Assalamualaikum.
Apa pendapat korang bila beli nasi lemak itu hasilnya? Sambal tu hanyalah sambal semata-mata. Ikan bilis takde. Yang dapat ikan masin yang masin giler2 macam tu sekor. Bagi aku, aku mampu gelak Hahaha je. Tu nasi lemak beli kat R&R Senawang masa odw g Johor baru ni.
Nasi dia takde lah berlemak mana. Ala biasalah kan beli ni tak macam yang buat sendiri. Tapi sebabkan Mama tak breakfast yang proper sebelum gerak g JB tu terpaksalah beli jugak. Selalu pun bawak bekal kalau g mana-mana. Tapi on that day, air kat rumah sepupu takde. Tak dapat nak masak.
Biasa pun bila dah sekali kene memang tak beli dah. Itupun'Kerana Terpaksa Aku Relakan'.
