Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

Wednesday, November 4, 2015

Chicken chop @ Tooplates

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Ni cerita basi 3minggu lepas masa g JB. Malam last nak balik KB tu sebelum naik bas g lah makan dulu kan. Katanya bas pukul 9 maka lepas maghrib tu terus keluar. Sebabnya JB ni unpredictable. Kalau dia nak jem, bila2 aje boleh jem.

Kat BBU JB sekarang dah UP. Banyak butik2 famous macam Bella Amaara, Radiusite, Imaan boutique dll. Kedai2 makan pun tak kurangnya. Pilih je nak makan kat mana. Malam tu kami makan kat Tooplates. Alkisahnya kedai yang member nak pergi tu tutup. Kiranya ni 1st time jugak utk mereka.


Gambar cilok FB tooplates

Masa sampai tu ada lah dalam 2,3 meja yang penuh. Maklumlah malam masih muda kan. Orang tak ramai lagi keluar utk makan. 


Chezy chicket chop *menu favourite

Aku order yang atas tu. Harga RM18/pinggan. Bagi aku harga tu ok lah kalau makan kat kedai macam tu. Lagi2 kat BBU. Kalau kat hutan bandar tu lain cerita. Hehe. Untuk rasa pula ayam tu best lembut je. Yang ni style grill. Cuma yang tak berapa nak suka sos dia. Macam terlebih bawang putih je. Tapi member rasa dia kata sedap. So it depend pada individu tu sendiri. 

Lepas dah makan tu berkejaran g Larkin. Berlari2 g kat bas. Yelah dah pukul 9 kot sampai Larkin. Dan2 aje aku naik bas jalan. Huwaa nampak sangat kalau aku lambat bas tinggal woo. Dah tenang atas bas tu, nak termuntah pun ada. Tapi rugi lah makan mahal2 nak muntah semula kan. 

Nah address  dan FB page untuk tooplates. Kalau rasa2 nak g mencuba leh lah ke sana. 

No. 29, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor
FB : Tooplates_BBU


Monday, November 2, 2015

Ber'Dip N Dip' @ IOI City Mall

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alkisahnya kakak aku (long) nak makan Dip N Dip. Kebetulan masa g KL untuk IV baru ni sempat dengan dia gaji. Makanya suka lah aku kan hehe. Sebab nak jugak merasa Dip N Dip walaupun sekali. Selalu dok tengok orang je up gambar kan. So terima kasih long sebab belanja. Nak harapkan aku memang tak dapat la. Tapi In sya Allah kalau aku dah kerja kita g makan lagi aku belanja ya. ;)


Kita belanja sekeping pic long 


Long ni kata je dok KL dah 2 tahun tapinya jarang beno nak keluar dari sarang dia kalau adik beradik tak datang KL. Nak g IOI City Mall ni sesat kau. Memang ikut waze tapi salah setting tempat. Aku tanya IOI mana dia kata IOI Mall. Maka ke Puchong lah kita. Bila dah sampai tu dia kata ehh bukan IOI ni. Jadi ber huhu lah kat situ. Rupa2nya IOI City Mall nama tempat yg nak dituju. Hari kejadian tu puasa 9 Muharram. Keluar lepas asar dah. Sampai Puchong pun dah jam 6 waktu tu. Bila search balik IOI yang nak dituju tu lagi 30 minit. Tak campur dengan gagapnya baca waze campur lagi dengan sokmo gps xdetect. Long putus asa dah, tapi aku nak jugak pergi kan. Finally we r menage to reach there. Punya lah excited kan sebab berjaya.



Dah sampai tu cari tempat lepak dulu utk bukak puasa sebabnya aku ada bawak bekal nasi goreng. Long pun ada beli roti masa singgah kat econsave. Jadi berbukalah dengan bekalan yang dibawa tu. Dip N Dip tu dessert nanti ya.

Strawberry Milkshake RM16

Brownies Crepe rm28.50

Tu je yang kami order. Share berdua. Kenyang makan nasi goreng ngan roti xhilang pun lagi. Secara keseluruhanya service terbaik. Makanan pun not bad. Yang aku dok perati orang g situ ramai yang amik satu je lepas tu share. Ada yang amik air mineral. Kami tak order lah air mineral sebab mana2 aku pergi memang aku bawa air mineral. 


Diabetis saya makan awak tau!!

Aku pilih utk duduk kat luar. Nampak tak aircond dalam gambar atas tu. Hah itu pekerja dia pasangkan. Pusing betul2 ngadap aku. Sebab tu aku kata service dia terbaik. Muhaha. 

p/s ~ setakat nak g cuba rasa boleh la. Kalau nak suruh kenyang dengan makanannya memang tak lah. Baik makan nasi or western food. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails