Friday, December 9, 2011

Pantang Larang

Assalamualaikum..

Hidup berpandukan pantang larang kadang kala ada untungnya. Untung sabut timbul, untung batu tengelam. Nak percaya tak nak percaya itu perkara yang kedua. Apa yang pertama ialah  tahu akan apa pantang larang itu.

Orang tua-tua dulu, banyak pantang larangnye. Buat tu tak boleh, buat ini tak boleh. Boleh dikatakan semua benda la tak boleh. Boleh terseksa hidup kalau semua tak boleh nie. Terkongkong mak nak..

Pandangan aku, pantang larang nenek moyang yang dibuat dulu-dulu nie ada benarnya juga. Apa yang diorang lakukan ada faedah dan kepentingan yang sememangnya kita tak tahu. Jadi disebabkan kita tak tahu apa kata kita follow je pantang larang mereka. Hehe cara short cut.

Kat bawah nie ada short video mengenai pantang larang. Dan dalam short video tu aku rasa ada benarnya apa yang di buat kesimpulan pasai pantang larang nenek moyang kita. Nak tahu korang tengok sendiri ya. Support laa video yang memberi makna buat kita. Sapa yang untung? Kita juga. Tetiba.. hek3x.


DUMEX DUGRO

Thursday, December 8, 2011

Short Film Tomato - Persabahatan

Assalamualaikum..

Tengok la sendiri video di bawah nie. Banyak perkara dan pembelajaran yang kita boleh amik. Moga serba sedikit dapat memberi kesedaran kepada kita dengan apa yang telah kita lakukan kepada kawan kita dan kawan kita lakukan kepada kita. 

Duduk jauh dari keluarga, membuatkan kawan, sahabat atau teman adalah orang yang paling dekat dan hampir dengan kita. Susah senang diharungi bersama. Onak duri di rentasi beramai-ramai. 

Keimanan dan ketakwaan hendaklah teguh supaya tidak disesatkan oleh syaitan laknatullah. Berdiri laa dengan berlandaskan al-Quran al-Karim, Insyallah kamu, anak cucu cicit Adam tidak akan sesat dan lalai. 


[133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; 
[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; 
[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 
[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. 

Ali-Imran:3:133-136

DUMEX DUGRO

Lewat Lima Minit

Assalamualaikum..

Sapa lagi tak berpeluang dan tak berkesempatan g tengok Ombak Rindu? Masih berkesempatan rasanya. Filem tu pun masih lagi ditayangkan. Aku dan pun berjaya tengok filem tu walaupun masuk pawagam lewat 5 minit. Nasib baik 5 minit je kalau 5o minit rugi juga. Tentu banyak babak-babak yang aku terlepas. 

Ini terjadi apabila tiket wayang dah dibeli awal beberapa jam dari waktu tayangan. Tujuannya untuk dapatkan seat dan tempat yang paling strategik untuk menonton, maklumlaa nak tengok nie filem yang tengah hot. Keberangkalian untuk tengok filem terdongak banyak sangat. Pada awalnya pula nak pergi tengok wayang dengan naik bas UTM yang disediakan setiap hari minggu, tapi ada kawan cakap, kawan dye tunggu bas tak datang-datang. Aku sebenarnya pelik takkan laa bas takde lagipun bukan hari cuti apa-apa pun.

Maka plan telah ditukar takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Yang nak pergi tengok wayang semuanya 5 orang, jadi aku ngan rumate plan nak naik moto yang 3 orang lagi ada kawan nak pergi hantarkan dengan kereta. Bila tiba waktu nak pergi, angin tiba-tiba bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa dah, bagaikan gelora. Petir pula sambar menyambar. Takut juga nak naik mota dalam keadaan macam tu. Tak kene buat, terkene kilat waalahuallam. 

Dipendekkan cerita, bila dah keadaan macam tu, plan sekali lagi bertukar. Kali nie kelima-lima orang disumbak dalam satu kereta untuk dhantar bagi tengok wayang. Fuhhh lemas-lemas. Tapi alhamdullilah tiada siapa yang mati kelemasan. Kami semua berjaya sampai dengan selamat dan lepas tu semua jalan cepat-cepat takut bertambah banyak babak-babak best yang terlepas. Paling penting takut terlepas tengok babak yang ada Haris. Owh tak sanggup miss babak dye. 

p/s ~ entah apa-apa..
DUMEX DUGRO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails