Thursday, December 8, 2011

Lewat Lima Minit

Assalamualaikum..

Sapa lagi tak berpeluang dan tak berkesempatan g tengok Ombak Rindu? Masih berkesempatan rasanya. Filem tu pun masih lagi ditayangkan. Aku dan pun berjaya tengok filem tu walaupun masuk pawagam lewat 5 minit. Nasib baik 5 minit je kalau 5o minit rugi juga. Tentu banyak babak-babak yang aku terlepas. 

Ini terjadi apabila tiket wayang dah dibeli awal beberapa jam dari waktu tayangan. Tujuannya untuk dapatkan seat dan tempat yang paling strategik untuk menonton, maklumlaa nak tengok nie filem yang tengah hot. Keberangkalian untuk tengok filem terdongak banyak sangat. Pada awalnya pula nak pergi tengok wayang dengan naik bas UTM yang disediakan setiap hari minggu, tapi ada kawan cakap, kawan dye tunggu bas tak datang-datang. Aku sebenarnya pelik takkan laa bas takde lagipun bukan hari cuti apa-apa pun.

Maka plan telah ditukar takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Yang nak pergi tengok wayang semuanya 5 orang, jadi aku ngan rumate plan nak naik moto yang 3 orang lagi ada kawan nak pergi hantarkan dengan kereta. Bila tiba waktu nak pergi, angin tiba-tiba bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa dah, bagaikan gelora. Petir pula sambar menyambar. Takut juga nak naik mota dalam keadaan macam tu. Tak kene buat, terkene kilat waalahuallam. 

Dipendekkan cerita, bila dah keadaan macam tu, plan sekali lagi bertukar. Kali nie kelima-lima orang disumbak dalam satu kereta untuk dhantar bagi tengok wayang. Fuhhh lemas-lemas. Tapi alhamdullilah tiada siapa yang mati kelemasan. Kami semua berjaya sampai dengan selamat dan lepas tu semua jalan cepat-cepat takut bertambah banyak babak-babak best yang terlepas. Paling penting takut terlepas tengok babak yang ada Haris. Owh tak sanggup miss babak dye. 

p/s ~ entah apa-apa..
DUMEX DUGRO

2 comments:

aRe_Nim said...

mcam ikan sardin dalam kete.ehehe.

shera haifa said...

@anim ~ nsb baik kita dop dpn kan..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails