Assalamualaikum..
Sepanjang 2011 yang telah berlalu pergi nak cakap banyak peristiwa yang manis dari masam tak juga. Kehidupan kita nie kalau tak berada diatas pasti akan berada dibawah. Begitulah lazimnya.
Kebanyakkan mereka pasti lebih suka menulis yang manis-manis sahaja sebab yang manis itulah yang mengembirakan mereka. Bagi aku pula, bukan tak suka menulis yang manis, tapi yang masam itulah yang paling dikenang sebab ia banyak mengajar aku untuk bangkit dari kesilapan dan kejadian yang berlaku.
Namun sepanjang 2011 yang masam tidak sebanyak yang manis. Mungkin Allah S.W.T mahu menguji aku sejauh mana aku mensyukuri kemanisan yang aku lalui itu. Kenapa yang manis itu aku cakap Allah S.W.T nak menguji aku? Sebabnya Allah S.W.T nak tahu adakah kita akan lalai dan alpa dengan kemanisan yang diberikan juga adakah kita mengsyukurinya atau tidak. Bagi yang baru tahu, beringatlah jangan terlampau gembira dan leka dengan kemanisan di dunia ini.
Kemasaman 2011 tidak banyak yang dapat dikenang sebabnya yang berlaku hanyalah kejadian-kejadian yang kecil sahaja seperti kekangan masa untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir, kajian yang dilakukan kurang berjaya dan masalah bersama kawan-kawan. Tapi kemanisan 2011 betul-betul menguji aku. Apakah aku mengsyukurinya? Apakah aku akan menuntut demi mencari keredhaan-Nya? Semuanya tergalas dibahu. "Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".
Alhamdullilah setelah 3 tahun mengharungi perit letih menuntut ilmu akhirnya bulan sembilan baru-baru ini, aku selamat mengengami Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri. Aku telah berjaya mengembirakan keluarga paling penting kedua Ibu Bapa. Aku syukur dengan apa yang telah berlaku dalam hidup aku. Dengan kejayaan itu juga telah menyuntik semangat aku untuk terus menuntut ilmu ke peringkat seterusnya dan alhamdullilah aku sekarang tengah mendalami ilmu. Insyallah dengan usaha dan azam yang tinggi 2013 aku akan konvo buat yang kedua kalinya. Amin..
4 comments:
amin...
new here :)
Salam. Nk tanya .kimia induatri ni mcm mana n kerja dye menjurus kpd apa eyk? Mohon pendapat yer
Salam.kimia industri ni mcam mana n kerja dye menjurus terhadap apa yer.. mohon pendapat kalau x keberatan.
Post a Comment