Assalamualaikum..
Tahun 2011 kini sudah hampir ke penghujungnya. Kurang seminggu sahaja lagi 2012 bakal menjengah. Jadi kiamat sudah dekat??? MasyaAllah.. Macam mana nie? Amal ibadat aku masih belum cukup? Dosa masih belum dicover dengan pahala? Waalahuallam..
Tahun 2012 dikatakan dunia akan kiamat ini hanyalah ramalan oleh orang putih. Siap buat filem bagai. Nak tunjuk mereka hebat lah tu, sedangkan pada hakikat sebenar Allah S.W.T lagi hebat. Lagi maha mengetahui. Tak payah dah ramal-meramal laa, kalau esok Allah S.W.T dah tetapkan dunia akan kiamat tak nanti tahun 2012 dah. Baik tobat hari nie juga. Lagipun Allah S.W.T telah berfirman:
"Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 3)
Sebelum mereka meramalkan bahawa tahun 2012 dunia akan kiamat, mereka pernah meramalkan tahun-tahun sebelum ini. Jadi bila tahun yang diramalkan itu dunia tidak juga kimat, mereka meramalkan tahun 2012 pula. Tak mustahil jika tahun 2012 sudah sampai ke penghujungnya dan dunia tak juga hancur musnah pasti mereka akan meramalkan tahun yang seterusnya.
Kita sebagai hambanya dan hanya menumpang hidup di atas muka bumi nie haruslah sentiasa mempersiapkan diri. Jatuh bangun kita hanya bergantung kepada kehendak-Nya. Jika kita mampu mengharungi semua itu, kita mungkin sudah berjaya dalam ujiannya.
p/s - Tahukah anda ujian dari seseorang itu juga merupakan satu ujian daripada-Nya.
DUMEX DUGRO
DUMEX DUGRO
No comments:
Post a Comment