Saturday, December 10, 2011

Gerhana bulan 7.34 malam nie..

Assalamualaikum..

Jangan lupa tengok gerhana bulan malam nie. Aku sendiri pun tak akan lepaskan peluang. Tapi tu pun kalau dapat tengok dari tingkap bilik la. Kalau tak dapat aku tengok online.. Hahaha. Macam yang pernah lakukan dan ada dalam entry tengok online. Tu pun kalau secara tak sengaja terjumpa dan ada link untuk tengok kejadian gerhana bulan online la. Kalau takde aku akan usahakan macam mana sekalipun. Iyalah bukan selalu dapat tengok dan kejadian macam nie jarang-jarang sekali berlaku.

Untuk gerhana bulan pada hari nie, khabarnya akan bermula pada jam 7.34 malam dan akan berakhir jam 1.30 pagi. Juga dikatakan gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.

Jadi apa tunggu lagi, persiakan diri dan boleh juga lakukan solat gerhana. Siapa yang ada kat Ibu negara tu katanya akan diadakan solat gerhana dekat Masjid Negara. Kalau berkesempatan singgahla. Aku dop jauh xleh nak pergi. Alasan sangat kan.. 

p/s - pakat tengok gerhana male nie deh belako.


DUMEX DUGRO

2 comments:

brainsikk said...

Subhanallah.. Cantik sungguh bulan itu :)

shera haifa said...

@brainsikk ~ ingt laa juga bhwa kiamat sudah dekat.. Masyallah..
masih cukup kah ibadat kita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails