15 Jun baru nie, aku berkesampatan melihat gerhana bulan dengan mata aku sendiri. Bersesuian dengan tagline blog nie ''Dari Pandangan kepada Penulisan'' maka aku nak berceloteh sikit tentang gerhana bulan yang aku tengok nie.
Sebenarnya aku tak tahu pun tentang tayangan video online untuk melihat gerhana bulan nie ada. Masa tu dalam jam 3 pagi lebih-lebih sikit. Aku cam biasa lah dop godek sana, godek sini, buka sana, buka sini, dan secara tak sengaja ada terjumpa link yang leh tengok video gerhana bulan secara online. Patut lah aku tak rasa nak tido lagi masa tu, rupanya ada sesuatu yang jarang aku tengok yang aku nak tengok.
Masa aku tengok tu, gerhana bulan dah tiga per empat complict. Tapi aku tak nak lepaskan untuk tengok gerhana bulan penuh biarpun ianya secara online. Nak pergi keluar rumah tengok secara terus aku takut. Bukan aku takut apa, takut tak nampak sebab mungkin dihalang oleh rumah dan pokok-pokok kelapa yang tinggi ditepi rumah aku nie. [dah rumah dalam hutan katakan]
Lagi satu minit maka akan cukuplah masa yang diperkatakan dimana gerhana bulan penuh akan berlaku. Ia pun dah bertukar kepada warna merah keorenan. Gigih aku tunggu untuk tengok gerhana bulan yang diperkatakan akan berlaku 2 kali untuk tahun 2011 nie. Satu lagi tarikh yang diperkatakan akan berlakunya gerhana bulan nie ialah pada 25 November. Jadi kepada yang tak berkesempatan nak tengok sebab dah tido atau tak ingat akan terjadinya gerhana bulan pada 15 Jun baru-baru nie leh lah set alarm dekat handset nanti untuk 25 November.
Gerhana cam nie susah nak dapat tengok tau. Kalau dapat tengok sekali seumur hidup pun dikira Alhamdullilah dah dari tak dapat tengok langsung sepanjang hayat. Rugi juga tambahan pula ini merupakan salah satu kebesaran Allah S.W.T..
Lepas jam 3.22 A.M. aku terus masuk tido. Maklumlah nanti nak pergi kerja lagi. Ehh aku dah kerja lah. Aku tak pernah ceritakan aku dah kerja. Tak mengapa, aku bukan berjawatan tinggi pun dalam kerjaya aku tu, hanya anak kuali kuli sahaja. Cukup lah duit yang aku dapat untuk disimpan didalam bank.
4 comments:
tak sempat tgok :(
walawehhh
coollll
tgok online tu
Filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2
@EZAN - Tunggu tengok yg 25 nov pula lh..
@hans - maju dah kan skrg..hehe
Post a Comment