Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa.. Love U,,

Selamat Hari Bapa untuk bapa, ayah, abah, papa, walid, daddy dan sebagainya diluar sana. Teruskanlah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab untuk keluarga. Galaslah tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin. Jangan hanya pandai menabur janji.

Aku amat bertuah kerana sehingga kini, aku masih lagi mempunyai seorang Papa yang setia disisi. Bersama-sama membantu keluarga dan menjaga keselamatan keluarga. Susah sentiasa digalas seorang dan senang dikongsi bersama. Banyak jasa yang telah Papa taburkan dan hulurkan. 


Hidup ini pasti penuh dengan onak ranjau yang tidak dapat diatasi tanpa Papa. Segalanya Papa yang lakukan dari bayar bil, tukar tayar motosikal yang pancit, potong rumput dan sebagainya. Tanpa Papa pasti semuanya tak akan terurus. Diri ini sangat menyayangimu Papa.


p/s - Papa saya tak suka bergambar. Tak banyak gambar papa dalam simpanan. Lepas nie nak amik gambar Papa banyak-banyak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails