Monday, June 6, 2011

Sultan bersama rakyat. Daulat Tuanku!

Ukur jalan, pusing-pusing bandar atau masuk keluar shopping complex dan pasar ikan, itulah aku dan adik beradik. Mana aje ada aktiviti yang berlangsung pasti tak akan kami lepaskan peluang untuk berkunjung. 

Sepanjang 3 hari yang lepas iaitu dari 3-5 Jun 2011, telah berlangungnya satu aktiviti di Kelantan ini yang diberi nama Karnival Walkathon D'Raja Kelantan 2011 (Walk With Me-M5). Aktiviti ini berlangsung di perkarangan stadium Sultan Muhammad ke-IV. Karnival ini diberi nama sedemikian kerana ia melibatkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V [Tuanku Muhammad Faris Petra] yang berjalan kaki bersama bersama rakyat sejauh tiga kilometer. Itu sekali gus memecah rekod Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi kategori penyertaan walkaton paling ramai yang disertai oleh 21,111 rakyat seluruh Kelantan. [adik aku salah seorang peserta. Aku tak join sebab sayang lemak].


Aktiviti sedemikian secara tak langsung dapat mengukuhkan lagi hubungan di antara peneraju takhta dengan rakyat jelata. Malah aktiviti ini juga dapat memberikan tubuh badan yang sihat, disamping dapat pusing sekitar bandar Kota Bharu tanpa mengalami kesesakan. Hehe. Tapi berlaku juga kesesakkan disebabkan banyak jalan ditutup jadi kenderaan terperangkap.


Apa-apa pun ini merupakan satu aktiviti yang julung-julung kali diadakan. Tahniah dan syabas kepada penganjur.

next entry : Jumpa artis tapi tak tahu siapa.. Haha

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails