Sunday, June 26, 2011

Jangan pisahkan aku dengan mereka..

Betul syurga isteri ditelapak kaki suami. Tapi hubungan anak dengan seorang ibu mahupun bapa jangan dipisahkan. Darah yang mengalir di segenap tubuh badan seorang anak itu, adalah dari Ibu Bapa kandung mereka. Sejauh mana dipisahkan, lautan benua mana diharungi, setinggi mana gunung ditawan, darah yang mengalir tetap sama.

Ibu bapa mana yang sanggup berpisah dengan anak kandung mereka? Ibu bapa mana yang sanggup meracunkan anak sendiri? Kalau ada, itu adalah Ibu bapa berhati binatang. Tapi... macam mana boleh dikatakan berhati binatang, sebabnya yang aku tengok binatang pun sayang anak-anak mereka. Kendong kesana kemari, pergi cari makanan untuk si anak. Konfius...


Sudahlah apabila berkahwinnya anak perempuan dengan jejaka pilihan mahupun jejaka bukan pilihannya, maka anak perempuan itu hendaklah mengikut suaminya kemana sahaja suami pergi. Cukuplah dengan hanya membawa perginya anak perempuan jauh dari Ibu bapanya, janganlah pula memisahkan sehingga tidak boleh berjumpa langsung. Kasihanilah mereka...


Bila perginya anak perempuan meninggalkan ibu bapanya untuk mengikut seorang lelaki yang sah menjadi suaminya itu bukan bermakna Ibu bapa dilupakan. Itu juga bukan bermakna hubungan yang terjalin putus di situ sahaja. 

Wahai suami ''jangan pisahkan isterimu dengan ibu bapa isterimu'' dan buat bakal suamiku, jangan pisahkan aku dengan ibu bapa aku kerana sebab mereka lah aku hadir menjadi pelengkap hidupmu. Ucaplah terima kasih buat Ibu bapa aku dan hormatilah mereka.

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

18 comments:

Zie Madini said...

tol tu...suka entry ini. mmg syurga di telapak kaki suami bila perempuan kawen. tp jgn lah sampai pisahkan anak dgn parents dia. keji okeh bersikap gitu kan :)

Nizam Ijam said...

Entry yang best.. :)

”Cara Tinggal LINK di Comment”

anis aneesa said...

yerp,sy stuju..ptowtnye sbelum kawen,make sure yg tersayang tu dh aggap mak ayah kite mcm mak ayh dye sndiri dlu..jd,dye akn faham mcm mne prasaan kalo terpisah ngan mak ayh sndiri..^^

Hans Hanis said...

nih mesti semalam tengok cerekarama kan?

Boleh Tak Jangan Jadi Penonton Yang Menjengkelkan?

NIA said...

niceeeeeeeee

Unknown said...

@ Redbloodsnow ~ tq. mmg xpatut la kalau nk pisahkan anak ngn ibu bapa

Unknown said...

@nizam ~ tq..;)

Unknown said...

@anis ~ dan kalau blh cuba letak dri sndiri d tempat perempuan @ isterinya itu

Unknown said...

@hans ~ yepp.. meleleh aku tengok tau..

Unknown said...

@sizuka ~ tq..

hamzah ian said...

gmbr cantik.. pergh..

Hans Hanis said...

aku dah agak dah
hehehehe
aku xtgok semalam
tgok sekejap jer

Lirik Lagu Dimana Dimana (OST Annisa) - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah

Unknown said...

@hamzah - gambar cilok aje.. mana laaa pandai nak amik gmbr n edit cm tu,.huhuhu

Unknown said...

@hans - loookiranye xtngok smpai hbs laa?

Sabella Mohamad said...

hmm
betol tu
:(

kak ina kl said...

Betul tu akak setuju. Kadang-kadang ada suami yang tak bagi isteri menjenguk ibubapa mereka..teruk perangai suami camtu.

Unknown said...

@sabella ~ moga bkl suami kita xmcm tu

Unknown said...

@kak ina ~ xnk ahh dpt yg prngai cm tu. merana nti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails