Sunday, June 5, 2011

Antara 'FriEND' dan 'FamILY'

GirlfriEND..
BoyfriEND..

Semuanya akan berakhir. Ini berdasarkan pada penghujung pada perkataan itu yang mana 3 abjad terakhir adalah 'END'. Jadi tak mustahil FriEND juga akan berakhir kerana situasinya lebih kurang sama sahaja. Hanya dengan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan, hubungan yang terbina bertahun-tahun akan terkubur begitu sahaja. Andai persefahaman tidak ditemui semuanya hancur berderai.  

Bukan itu sahaja, bila dah mempunyai kerjaya yang membanggakan tak mustahil juga akan melupakan FriEND yang tidak berjaya. Malah boleh juga mengakui bahawasanya tidak pernah mengenali FriEND itu sedangkan selama ini jatuh bangun bersama-sama. [semoga aku dilindungi dari perkara seperti ini. aku sayang FriENDs aku]

Tapi akan ada satu perkataan yang mana tak akan berakhir. Air andai dicincang pasti tak akan putus. Kalau putus pun hanya satu masa pabila kita mencincang air tersebut dan ianya akan bersambung kembali. Perkataan itu disebut 'FamILY'. Darah yang mengalir dalam tubuh badan ini, membuatkan hubungan itu tak akan berakhir. Duduk lah kamu di Kutub Utara, duduklah kamu di Kutub Selatan, kamu tetap dalam ingatan. Itulah dye 'FamILY'. Ingatan pasti tak akan pudar.

Andai terasa sekalipun semuanya tak akan berpanjangan kerana mengingatkan akan satu perhubungan yang sangat dekat. Jadi FamILY adalah segala-galanya. FriEND andai putus boleh dicari ganti, tapi FamILY andai putus maka sebatang kara lah hidup ini. Jadi utamakanlah FamILY daripada FriEND.


6 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

famILY=I LOVE YOU

afiQah ismaiL said...

sweet. fmly segalanya kan :)

Unknown said...

adoii..ta nak ahh smpai lupe kawann..

Unknown said...

@sugar2 ~ love my family too

Unknown said...

@afuqah ~ yehh smuanya family. tnpa family siapalah kita

Unknown said...

@syrupmasin ~ mmmg xnk lupa kawan. kalau kwn lupa kita cm mana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails