Tuesday, June 14, 2011

Berakhir sudah Akademi Fantasia. Hazama Juaranya.

Pending.. Orang lain dah lama cerita sal kemenangan Hazama dan keberakhirnya musim Akademi Fantasia. Tapi aku baru nak tulis hari nie. Alaa tak pe, hal-hal cam nie akan berlarutan seminggu, so aku bukan terlambat sangat pun. Dua, tiga hari aje. Hal Daudsu pun tak habis lagi. Tengok nie masih ada lagi yang cari Daudsu.


Yang aku pelik bin ajaibnya napa lah cari Daudsu kat internet, carilah kau umah mak ayah Daudsu ke, takpun cari kat umah Daudsu sendiri. Boleh tentang mata dengan Daudsu sendiri. [tu pun lau Daudsu ada rumah sendiri lah, sebab aku pun tak tahu dye ada rumah sendiri ke tak]. Leh amik gambar sama-sama lagi. Famouus kau bila kau upload gambar ngan Daudsu kat mana-mana web. Hehe.

Sapa tak kenal lagi Hazama, nie aku perkenalkan gambarnya. Aku curi kat pak cik google je, takdenya aku nak pergi depan-depan Hazama amik gambar nie.


Dengan kejayaan Hazama menjadi Juara AF 9, maka berakhir sudah Akademi Fantasia yang telah bersiaran selama sembilan tahun. Pejam celik, pejam celik dah sembilan tahun masa berlalu dan dalam masa sembilan tahun juga dah berjuta-juta yang hadir menjalani uji bakat Akademi Fantasia [mungkin]. Selepas nie mungkin berjuta-juta yang tidak berjaya masuk Akademi Fantasia tu akan akan hadir menjalani uji bakat untuk Imam Muda atau mungkin Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran di Astro. Insyallah.

Kejayaan yang diperoleh oleh Hazama tu telah melayakkannya untuk menerima 200k. Mak ayah kau aku banyaknya. Erm kata Hazama yang dipetik dari Metro :


Moga dengan apa yang diucapkan tu, Hazama tunaikannya. Alhamdullilah keluarga tidak dilupakan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails