Friday, June 8, 2012

Alhamdullilah lulus

Assalamualaikum.

Setelah lebih kurang seminggu tanpa blogwalking n tanpa update kini aku kembali lagi dengan entry terbaru. Juga lepas nie akan ada banyak lagi entry. Jika aku rajin laa. Nantikan!! 

Sejak dua menjak kebelakangan nie aku memang sibuk. Sibuk nak mampus. Bermula dengan 3 minggu yang lepas bila nak kene hantar proposal untuk 1st assesment. Lepas tu rest seminggu sebelum menghadapi saa-saat pembentangan. Memang cuak giler ahh.. Aku dah la jenis yang susah nak explain kat orang tambah-tambah lagi dalam BI. Kalau present dalam BM comfirm akan keluar perkataan Kelate aku. Maklumlah yang memang sejak kecil lagi dop Kelate. Tapikan kalau aku bentang dalam BM kan ada pulak panel x faham sebabnya seorang drpdanya tu bukan orang Malaysia.  Susah betul kalau x fluent BI nie..

Tapi hari nie hanya tinggal dalam 80% lagi kerja yang nak kene setel. Lepas nie kene tumpu pada lab work lah pula. Tapi alhamdullilah semuanya berjaya dengan lancar. Kawan aku yang sama kene present pun lulus juga. Dapatlah beliau buat PhD terus tanpa buat Master. Conrate sahabat aku tahu ko memang layak tuk terus buat PhD.. Nanti kita buat sendiri ya smua-semua tugas. Jangan bergantung harap dengan orang lain  lagi. Sudah cukup laa dengan apa yang dah berlaku. Banyak pengajarannya.. 

p/s ~ mood nak ke laut..

Saturday, June 2, 2012

Lengkap berbaju dah..

Assalamualaikum..

Kalau dulu togel..bogel.. (aishh 18SX) sekarang dah tak.. Dah berbaju dah. Merah pink lagi bajunya, siap ada love lagi. Suka2x.. Nak tengok?? Okeh kalau xnak tengok pun aku tak kecik hati, cuma aku nak bagitahu laa sila tekan kat pangkah sebelah atas kanan. Yang nak tengok alihkan anak mata ke bawah. Hehehe.

Nie lah benda yang dah berbaju tu..

Pandangan belakang

Pandangan hadapan

Korang nampak x love yang ada pada pandangan hadapan? Itu menunjukkan barang kepunyaan perempuan. Hek3x.. Kombinasi warna nie aku yang request dan aku hanya cakap dengan orang yang buat nie nak tali kat bahagian atasnya. Yang design tu, yang tukang buat design sndiri. Tapi memang cantik dan aku suka.

kalau berminat nak juga leh laa usha n tempah kat cnie barang2 cute.. pilih laa mana2 yg suka.. nk request pun boleh.. tukang buat nie ok sangat2.. sila laa yaaa..


p/s ~ ada yang bertanya kenapa merah?? Bekos i love merah so much!!!
p/s/s ~ juga ada yang bertanya nie tuk apa.. Dik nie adalah sarung external hardisk.. ^_^

Friday, June 1, 2012

Sayang papa


Assalamualaikum..

Sebelum memulakan matlamat hari nie, nak buat senaman jari dulu.. Tanggal 1 JUN 1962, lahirlaa anak kedua dalam keluarga Wan Jah dan Ismail. Anak yang dilahirkan itu telah diberi nama Suhaimi. Beliau terus membesar dan membesar sehingga ke hari nie genaplah umur beliau 50 tahun. Beliau yang aku ceritakan ini merupakan ayah kandung aku. 


Papa..
Selamat ulang tahun kelahiran..
Hari nie genaplah sudah umur papa 50 tahun..
Macam tak percaya pun ada umur papa dah mencecah angka '5'..
Dulu kak ngah sangat takut bila usia papa melewati angka '4'..
Mungkin kak ngah akan terus merasa takut bila umur papa sampai ke angka '5'..

Papa..
Terima kasih kerana menjadikan kak ngah sebagai anak papa..
Terima kasih atas segala pembelanjaan ke atas diri kak ngah..
Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbanan..
Ya kak ngah tahu itu satu tangungjawab papa sebenarnya, tapi kak ngah tetap nak ucap terima kasih..
Andai papa bukan seorang yang bertanggungjawab sudah tentu kak ngah tak dapat mengecapi semua itu..

Papa..
Semoga papa terus diberi kesihatan yang baik..
Supaya suatu hari nanti kak ngah boleh membalas segala apa yang papa berikan kepada kak ngah..
Kak ngah betul-betul sayang papa..
Walaupun pada hakikat sebenarnya kak ngah jarang hubungi papa..
Tapi kak ngah selalu tanya pasal papa bila telefon mama..

PAPA..
KAK NGAH ♥ PAPA SO MUCH..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails