Tuesday, November 30, 2010

Episod Akhir Drama Slot Lestary Asmara di TV3


Mana nak cari tv  nie.. Nak tengok cerita Asmara. Dah last malam nie. Mama Papa hantar tv sekarang nak tengok cite Asmara nie nanti terlepas. Dah nak ditayangkan dah nie. Cepat!!! Sambil lompat-lompat terjerit-jerit. Adik-adik jangan buat cam kakak tau.. Opss kakak cam dah tua lak. Okeh saya muda lagi k.. Jangan jerit dekat parents kita dosa tau. Jadi anak derhaka nanti keras jadi batu cam Si Tanggang. Dengar cakap tau..

Okeh dekat blog  blok sebelah ada tv. Tapi macam malas nak pergi sana. So tunggu tengok dekat tonton je lah iaitu web untuk tengok cerita-cerita dari Media Prima punya rangkaian tv. Sapa yang tengok kat tv jangan dop berani nak g tau ending cerita tu tau.


Buat tatapan gambar hero dan heroin drama tersebut iaitu Faezah Elai yang membawakan watak sebagai Zalia dan Shasz Jazle sebagai Asmara. Kiranye tajuk drama di ambik dari nama hero lah. Terima Kasih pak cik google tuk gambar2 tu semua.

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

''Petang yang amat Bosan''

Dikala hari yang dah petang dengan cuaca yang seperti tidak menizinkan aku untuk pergi jalan-jalan membuatkan aku bosan sangat-sangat. Wahai cuaca andai akan bertukar menjadi ribut petir bertukar la sebelum aku mengambil keputusan untuk keluar. Andai nanti aku akan dipanah petir dan ditiup angin kencang maka akan basah lah aku bilamana hujan menimpa bumi.

Begitu bosan tinggal dibumi yang mana penghuninya makin berkurang. Adakah tempat yang penghuninya makin berkurang? Sapa tau sila jawab dimana tempatnya. Aku tinggalkan pertanyaan itu sebagai teka teki aku. Sapa jawab dengan tepat dan paling pantas akan aku bagikan cenderahati. Seorang sahaja yang dikehendaki. Sila tinggalkan email sekali supaya senang untuk aku hubungi jika kamu adalah orang yang bertuah. Terima Kasih..

 Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Monday, November 29, 2010

''Mari Belajar Membaca dan Mengira bersama Cikgu.''

Cikgu : Selamat pagi murid-murid..
Murid2 : Selamat pagi cikgu!!
Cikgu : Baik hari nie kita akan belajar membaca ya.. Kita mula dengan bacaan A.B.C.. Murid2 ikut cikgu ya!!
Murid2 : Baik Cikgu!!

Cikgu itu mula lah mengajar murid-muridnya dari A to ZA to Z juga dikenali dengan nama kumpulan yang mempopularkan lagu darjat. Blogger Faiz Farish ada penah nyanyikan lagu nie. Kau nak degar dye nyanyi kau kelik je kat nama dye tu. Usaha tau aku cari post dye yang sal lagu darjat dye nyanyi tu. Terima kasih untuk aku.


Cikgu : Baik murid2. Bagus!! Mari kita belajar mengira pula.
Murid2 : Baik Cikgu!!


Cikgu : Murid2 sangat bagus. Kita teruskan belajar boleh?
Murid 1 : Cikgu!! Ada awek's intai kami!!
Murid2 : Betul cikgu!!
Cikgu : Mana??
Murid2: TUUUU!! Sambil memuncungkan mulut ke arah awek's yang dimaksudkan.

Gambar awek's
v
v
v
v
v
Tadaaaaa~~~ Wink2x adik2..

Cikgu : Tak mengapa murid2.. Itu kakak mau lihat murid2 belajar..
Murid2 : Owhh. OK.. (sambil membuat isyarat Thumbs up)
Cikgu : Kali nie cikgu akan ajar kamu mengenal huruf jawi.. Ikut cikgu ya semua..


Murid2 makin bersemangat belajar bila mana mereka dilihat oleh kakak-kakak cantik. Mereka dapat menghabiskan pembelajaran mereka dengan sangat baik. Kakak-kakak pun mahu pulang.



Sempat lak kakak sorang nie main air. Hah lau terjelopok jatuh dalam air tu habis basah. Murid2 pasti akan gelakkan kakak yang cumel nie..


P/S >> Gambar2 dari Hutan Bandar yang terletak di Johor Bharu.
Perjalanan kami ke sana sesaat sesat.. 1st time pergi sebab aku beriya2 nak tau Hutan Bandar kat mana..
Ada yang bergomolan di sana. Oittt tak kene gigit nyamuk ke!!
Makan disana.. Chicken chop murah yang berharga RM 5..

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

''Kawan is Everywhere''

Dimana sahaja kita berada pasti kita akan bertemu dengan orang yang tak pernah kita jumpa sebelum nie. Apa yang pasti bila kita bertemu dengan orang tu, kita akan kenal2 then terus kita akan jadi kawan. So dalam berkawan banyak kita kenal macam-macam jenis orang.

Ada yang pengotor. Bilik bukan main lagi bersepah. Baju tergantung sini sana. Setahun dop bilik tu, setahun juga lah tak bersapu. Ada lak yang jenis ''semua nak A'' je. Yang macam cerita kat TV3, lakonan oleh Nabil Raja Lawak. Jenis yang macam nie semua nak dye je yang betul even kita tau benda tu mmg salah. Tapi selalu aku layan je orang macam nie. Aku tak nak gaduh-gaduh dop bertengkar sal benda yang aku pasti betul. Selain pada tu ada yang jenis dop mengata kat belakang. Yang jenis mcm nie ramai kot n mybe aku tergolong gak. Huhu.. Dah tau aku mengumpat tapi selalu je buat. Subhanallah.

Tapi bagi aku, aku tak kisah apa jenis perangai pun korang asalkan bila aku susah ada yang boleh membantu. Tapi sekarang ''kawan senang ada dimana2 kawan susah entah ke mana''.. Yaa aku jarang nak susah dan aku tak penah cuba nak menyusahkan orang. Selagi aku boleh buat sendiri aku akan lakukan tanpa minta pertolongan orang lain. Lagipun aku tau yang tolong kita bukan semuanya ikhlas tapi maybe atas sebab belas kasihan. Namun walau apa pun sebab aku tetap ucap 'Terima Kasih' bila mereka tolong aku.


Aku jenis yang suka 'sound direct' means bila aku tak suka dan aku tak puas hati aku akan cakap depan-depan. Tapi tengok atas keberanian gak coz kadang-kadang rasa takut, hormat diorang and nak jaga hati orang boleh jadi aku diam je. Tapi bila berhadapan dengan jenis kawan yang suka 'sound direct' aku tak boleh berdiam diri. Kena lah lawan balik ann. Sebagai contoh, bila kita nak kene bunuh dengan orang tu, mesti kita nak defend and nak bunuh orang tu juga.


Nak kupas semua isu tentang kawan memang banyak. Nak buat perbahasan tajuk berkaitan dengan kawan memang banyak point. Entah-entah kedua-dua pihak tak nak beralah. Kesimpulannya, bagi aku dengan sapa korang nak kawan just kawan je. Tapi jangan lah dop berkawan dengan orang yang akan memusnahkan hidup kita, tapi berkawan lah dengan mereka yang boleh membawa kita ke arah kebaikan. Lagipun bukan dalam segala benda kita baik. Then satu lagi, kawan lah dengan orang yang betul-betul ikhlas nak kawan dengan kita bukan sebab kelebihan, kecantikan dan harta benda yang kita ada tapi sebab kita adalah kita. So 'be as yourself' jangan nak tiru orang lain.

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Friday, November 26, 2010

Senarai Pemain Bola Sepak Kelantan 2011

Kejap je an nak masuk 2011 dah. Umur pun dah makin besar angkanya tapi tuan tetap cun melecun. Opsss..Hehe.. Aku peminat setia bola sepak tau tapi setia depan TV je lah tak mampu bagai nak p tengok kat stadium nanti kene tibai dengan orang. Berasak-asak sesak nafas den nanti tak pasal-pasal jadi arwah. Tapi semua tu Qadha & Qadar. Kat mana-mana pun lau dah ajal leh terjadi. Jadi selalu ingt akan mati ya..

Cakap sal bola sepak ni ann bila Kelantan lawan je mana-mana negeri automatik akan aku anggap musuh. Tapi time lawan je musuh. Even Kelantan kalah sekali pun lepas perlawanan dah bukan musuh dah. Apa-apa pun moga team Kelantan terus gempak dengan tektik-tektik permainan. Untuk tahun 2011 

Pemain-Pemain:
1. Khairul Fahmi Che Mat - 30
2.Mohd Shahrizan Ismail - 22
3. Azizi Mat Rose - 2
4. Subramaniam a/l Sooryapard - 3
5. Khairan Eroza Razali - 5
6. Mohd Farisham Ismail - 6
7. Mohd Nizad Ayub - 7
8. Mohd Shakir Shaari - 8
9. Norshahrul Idlan Talaha - 9
10. Mohd Nor Farhan Muhammad - 10
11. Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin - 12
12. S Chanturu a/l Suppiah - 13
13. Mohd Daudsu Jamaludin - 15
14. Mohd Badhri Mohd Radzi - 16
15. Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid - 17
16. Wan Zaman Wan Mustapha - 18
17. Zul Yusri Che Harun - 19
18. Indraputra Mahayuddin - 23
19. Zairul Fitree Ishak - 24
20. Mohd Zamri Ramli
21. K. Soley
22. Mohamad Abdul Aziz Ismail
23. Mohd Nurul Azwan Roya
24. Mohd Ramzul Zahini Adnan

Senarai Pegawai:
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan:
Haji Azman Ibrahim

Pengurus Merangkap Ketua Jurulatih:
B Sathianathan

Penolong Jurulatih:
Mohd Hashim Mustapha
Mohd Sidek Shamsuddin

Jurulatih Penjaga Gol:
Ismail Chawailit Abu Bakar

Pegawai Media:
Wan Badri Bin Hj Wan Omar

Pegawai Perubatan/Fisio:
Ahmad Faris Musa

Pegawai Keselamatan:
Adenan Che Musa

Kitman:
Harun Ismail

****Yehh  B Sathianathan masih kekal sebagai jurulatih. 

Apa-apa pun senarai ini masih belum mendapat pengesahan dan akan diumumkan secara rasmi oleh Presiden KAFA. Nantikan majlis memperkenalkan pemain yang akan diadakan di Kota Bharu nanti. Info THE RED WORRIORS

Majukan Bola Sepak untuk Kelantan!!!

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.


''Nak tengok..baca..Silakan..''

DONE!!!
Misi tanpa dirancang pada hari ini menjadi. Buat julung-julung kali aku persembahkan bilik aku untuk tatapan kamu-kamu semua. Monolog dalam >> macamlah ada orang nak tengok.Whatever!!


Selepas beberapa hari exam tamat. Begitu rupa meja aku. Aku dah kemas, dengan semua nota aku dah letak dalam plastik senang nak bagi junior untuk aku topup ilmu diorang. Akukan senior yang baik tak pernah nak jeling junior nie siap bagi salam lagi tau. Korang tak percaya? Kau tanya budak nie Miss Farah, dia nie junior aku tau. Tanya tau!!


Tu dia bersepah dengan beg-beg yang bergantungan. Maklumlah aku kan LADIES not a GENTLEMAN.. Tak logik lah lau kau ladies tapi takde beg-beg nie. Kau ingat aku nak percaya sebarano.. Tak mungkin sama sekali. Beg-beg aku tu takde lah semahal beg-beg korang yang pastinya berjenama perghh melotop macam Louis Vuitto, Guess, Gucci biarpun korang beli kat nitemarket. Opss terbocor rahsia.. Maaf ehh.. Ya lah nak beli yang betul-betul ORI entah berapa rega beg-beg tu dan entah dari apa kulit beg tu diperbuat. Entah-entah dari vavi hah haram kau pegang kena samak tau.




Nie lah tempat aku melepak bagai dengan mengayakan kuak rama-rama ehh kupu-kupu. Kau tengok sampai tertonggeng patung pink aku. Patung tu nama 'Cici'. Comel an nama dye ada cam kecomelan aku. Auuu.. Nyah kau perasan lak. Yang warna oren macam dugong tu nama dye 'Hakirow'. Woahh aku pakai nama Jepun tu. Tapi engkau jangan tanya aku mana aku dapat nama tu, sebab aku main bedal je. Itu bukan dugong tau itu dolphin. Gaya dah macam dugong sebab aku dop lenyet dye malam-malam.

Fuhh kemas bilik sudah, baju basuh sudah. Nak g lab malas so bermalas-malas dekat bilik lah. Lau kuar habis duit. Simpan g KL..

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Thursday, November 25, 2010

Allah Memanggil Kita Hanya '3' Kali Sahaja Seumur Hidup

Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.
1) 'Panggilan pertama adalah Azan, ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.
Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,
2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.
Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...

3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Kerana itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:
Pertama, orang yang meninggalkan sholat
Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

Sumber FB

Sudah Solat kah kamu dikala ini?
Segerakanlah!!

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Wednesday, November 24, 2010

'gOOD bYE.. wELCOME..Manis jadikan Inspirasi Pahit jadikan Nasihat''

Yahoooo. Saya dah habis exam SPM  final. MERDEKA!!!

Tanggal 23 bulan 11 dua ribu sepuluh.
Hari yang mulia..Hari yang bahagia..
Sudah pasti menjadi sejarah..


Selamat tinggal Sem 5 welcome Sem 6. Semalam aku dah habiskan menjawab paper final aku yang last (padehal aku baru ingat yang aku tertinggal 1 soalan. tak habis juga aku menjawabnya). Apa-apa pun semoga Sem 5 dapat bersemadi dengan tenang dan aku tak kene repeat paper. Cuak juga asenya menunggu keputusan peperiksaan kuar nie. Takut ada yang ter'Kantoi' ke. Tapi aku tak nak 'kantoi' nie. Semoga Allah S.W.T membuka pintu jendela hati pensyarah-pensyarah aku untuk memberi markah lebih untuk aku. Nak bagi betul semua pun tak apa. Aku pun suka.

Bila dah habis exam apa lagi enjoy. Takkan korang bila dah habis exam masih lagi study kot. Hah korang study tuk sem seterusnya ke? Cayaalah korang macam tu baru dapat 4 flat. Actually dalam geng-geng aku, aku sorang je yang dah habis paper. Mereka yang lain, paling banyak pun ada dua paper je lagi. Jadi nak enjoy sangat-sangat pun tak berapa best. Tapi semalam nasib baik ada yang bersimpati dengan aku then nak teman aku kuar. So apa lagi kami pergi karoke lah. Gambar? Takde sebab syok sangat dop nyanyi sampai lupa nak amik gambar. Habis suara ada lah. Bukan main panjang lagi nafas nak kene tarik sebab nyanyi lagu Siti Nurhaliza ~ Nian di hati.

Lepas tu pergi pusing-pusing tengok baju. Hampir 10 pasang baju cuba pakai, tapi hampeh punya kawan aku satu baju pun tak beli. Alasanya baju besar (tapi boleh tutup aurat), sebab kawan aku tu kurus giler-giler, lebih kurang macam cicak kubeng. Balik kampus tangan kosong.

Next enjoy 26/11. Ada sapa nak ikut?

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Sunday, November 21, 2010

Jerebu 'Menyerang'

 Sejuk!!! Sambung tidur best nie. Bukan sebab hujan tapi sebab jerebu. Okeh Johor sekarang dilanda jerebu yang sangat-sangat teruk. Layan....
Gambar 1 : Atas sana ada jalan raya. Tak nampak doohhh. Tak dapat lah deng nak skodeng sapa yang lalu lalang.

Gambar 2 : Hujung sana ada rumah besar. Tiga tingkat dengan 24 bilik. Hah banyak bilikkan. Sebab tu aku kata rumah besar.


Semua gambar-gambar adalah view dari bilik aku.

Selamat berhujung minggu..

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Saturday, November 20, 2010

Nak ice krim coco top Mc'D!! :: Macam mana Ice Krim terbentuk??

Tiba-tiba rasa lapar ice krim coco top McDonalds.

Gambar :: Coco Top Mc'D

Nak tau tak?


Skejarah ais krim bermula sejak tahun 60 A.D. apabila maharaja Nero mengarahkan supaya orang bawahannya membawa ais dari kawasan pergunungan dan menuangkan buahan serta jus ke atasnya.. Namun demikian manisan itu masih belum lagi mengandungi "krim" seperti ais krim moden hari ini... ;-)


Gambar :: lembu ''Yak''


Pada tahun 1295, Marco Polo pulang ke Itali dari China dengan resepi ais krim di mana dia mencampurkan susu lembu "yak" ke dalam semangkuk salji maka terlahirlah ais krim pertama di dunia! :-)


Gambar :: Marco Polo *Tak ensem pun..Wuuu

Bestnya ice krim. Esok nak pergi cari coco top. Sapa nak?

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Thursday, November 18, 2010

Macam-macam Shera :: Maaf Aznil Hj Nawawi

Hari kedua Raya Aidiladha.

Sehingga kini perut ku sudah terisi dengan pelbahai jenis daging, ada daging ayam, daging lembu juga tidak ketinggalan daging manusia. Sampai daging manusia pun aku sapu dan mamoh kunyah hingga lumat. Agak-agak dah boleh ganti apa yaa? Sebelum itu aku ada sedikit peringatan, iaitu ''Jangan percaya dengan apa aku cakap''. Daging yang aku maksudkan daging yang kat perut aku nie. Isi-isi badan kesayangan aku.

Mood ::: Sedih

Menitis air mata darah sekalipun, dah tak guna. Buang air mata je. Habiskan tisu je. Esok tetap akan tiba dan aku akan berangkat pulang ke Johor menjauhkan diri dari keluarga lainlah kalau, esok sudah tiada untukku. Nauzubiilah. Bukan takut mati, tapi amalanku belum cukup untuk menampung kehidupan aku di akhirat dan juga aku belum sempat untuk membahagiakan dan membalas jasa kedua orang tua aku. Subhanallah. Tak salah untuk mengingati mati, malahan kita digalakkan untuk selalu mengingati supaya setiap amalan dan perlakuan kita terjaga.



Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Wednesday, November 17, 2010

Terengganu vs Kelantan ::: Bukan Perlawanan Bola

Watak-watak :
Menantu Terengganu
Mertua Kelantan

Disuatu pagi yang hening, bermulalah babak-babak antara mereka..


Menantu Terengganu : Mok..!! kalu mok gi kedaa tolong beli 'ketang' 4 kilo...! nanti kito bayar..

Mertua Kelantan : Bereeehhh..


Selepas Mertua pulang dari kedai..



Menantu Terengganu : Loooo..! Bakpo mok beli 'ubi ketang' (ubi kentang) banyok-banyok nih..!

Mertua Kelantan : Tadi mu kato beli ketang (ubi kentang)! Pah tu kete mano pulokk..?

Menantu Terengganu : Bukang ubi kentang! Kito suruh beli 'ketang'! Hok ada sepit (ketam).

Mertua Kelantan : Mano lah mok tau ketam ada sepit tu dekpon gak dop oyak 'ketang' mok ingat ubi kentang..

Begitulah drama antara orang Kelantan dan Terengganu. Ahaa lepas nie aku nak cari future husband orang Kelantan gak lah nanti takde lah berlaku salah faham. Tapi kalau dapat orang Terengganu pun aku terima dah itu jodoh aku. Lagipun aku pandai gak bahasa Terengganu nie..

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Tuesday, November 16, 2010

''Hari Raya Haji Tiba Lagi''

Sedar tak sedar esok kita dah nak raya. Maklumlah kalau Raya Aidilfitri pasti kita akan sedari bila nak raya sebab asyik dop bilang hari bila puasa nak habis. Raya haji nie takde puasa sebab tu, tutt tutt dah nak raya.

Alhamdullilah raya ni aku berjaya balik ke kampung. Sesetengah kawan aku, mereka tak dapat balik beraya bersama keluarga kerana tuntutan pelajaran lebih penting. Peperiksaan peringkat kedua akan bersambung lepas sahaja minggu hari raya. Bagi kawan-kawan aku yang tak balik, mereka dapat lah rasai suasana beraya di perantaun even dalam Malaysia sahaja. Sebab-sebab mereka tak balik beraya dan aku balik beraya kerana mereka ada banyak lagi paper yang perlu dihabiskan dan jadual mereka sangat padat. Aku pula hanya satu paper sahaja lagi sebab aku dah habiskan tiga sebleum raya. Inilah pengorbanan yang telah kawan-kawan aku lakukan. Pengorbanan aku bila?

Perngorbanan aku maybe tak balik kampung masa cuti semester nanti. Ini kerana aku harus menyiapkan projek PSM aku. Tapi apa yang aku harapkan dapat lah aku balik rumah. Aku nak ikut family pergi bercuti sebab kiteorang dah lama tak pergi bercuti sama-sama. Moga-moga aku dapat menyiapkan projek aku dengan baik.

Dikesempatan ini juga, aku nak pohon maaf dari teman-teman seperjuangan dan juga kawan-kawan yang mana kenal batang hidung dan juga yang tak kenal batang hidung. Apa yang diharapkan moga apa jenis pengorbanan yang korang lakukan itu hendaklah ikhlas dari jiwa.


Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

''Tag by Miss Farah''

Dah berminggu-minggu dapat tag nie tapi tak berkesempatan nak buat di samping cuba menyelami perasaan dan perangai dalam diri apa yang dikehendaki dan dimiliki. Setelah bergelumang dengan perasaan yang berkecamuk inilah hasilnya (jangan percaya sangat, ayat-ayat diatas satu alasan semata-mata)

Kata 'Miss Farah' :
Once you have been tagged, you are supposed to write
a note with 25 things, fact, habits or goal about you. At the
end choose 20 people to be tagged. 


1. Seorang perempuan,

2. yang suka bawa motosikal, kereta laju-laju,

3. sambil melayan@nyanyi lagu di radio (pasti tak ngatuk) ~ kerete aje ya   
    motosikal takde radio

4. Seorang mahasiswi ~ jurusan berkaitan Kimia, 

5. tapi sangat meminati mata pelajaran Matematik.

6. Selimut badan tak suka selimut kaki.

7. Tak merasa masuk matrik, terus masuk universiti

8. Suka layan lagu jiwang biarpun lirik takde kene mengena dengan diri.

9. Tak pernah derma darah bukan sebab kedekut tapi takut. Ngehh~~

10. Suka 'sound' orang depan-depan.

11. Suka kaler hitam, merah dan putih.

12. Tak suka orang yang tak 'punctual'. Masa itu Emas

13. 31 Disember 2009. Tarikh yang tak akan dilupakan

14. Bercita-cita nak ada kereta Lancer.

15. Juga bercita-cita nak ada DSLR. wuuuww

16. Tak suka dipaksa dan memaksa orang lain. 

17. Suka seni biarpun tak mempunyai bakat dalam seni.

18. Berdikari. Selagi boleh buat sendiri tak akan mengharapkan pertolongan 
     orang lain.

19. Kat asrama bangun pagi awal, kat rumah bangun pagi tengah hari
     lambat. 

20. Masakan berasaskan kicap is favourite. Nasib baik muka tak hitam      
     macam kicap. 

21. Tak suka pakai cincin. So for my future husband, jangan beli cincin yaa.

22. Suka angka '8'. Bulat-bulat macam taik biri-biri je..

23. Dulu tak makan ikan keli sebab kepala macam ular, tapi sekarang dah 
     makan tapi masih lagi dop terbayang-bayang kepala ikan yang macam 
     ular tu even kepala dah dipenggal.

24. Tak penah ada baju kebaya, sebab body tak cantik nak pakai kebaya.

25. Sekali bersahabat selama-lamanya sahabat. 

 DONE!!!!!! (^_~) 

OK!! Masa untuk tag mangsa-mangsa seterusnya.


Monday, November 15, 2010

Adik Ku's Ber'Day' *v*

Tanggal 14 November 2012 2002, terjadilah satu kelahiran di dalam keluarga aku. Seorang bayi perempuan telah dilahirkan menjadikan aku bukan anak perempuan bongsu lagi. Disaat ini air mataku bercucuran mengalir bagaikan hujan yang setia membasahi bumi  pada musim tengkujuh. Begitu hiba, sebak dan hampir sesak nafas aku. Pada ketika itu, umur aku sudah pun memijak menginjak ke angka 12.

Namun Suratan & kebetulan, nyanyian asal Kenny Rogers, Remy Ishak dan Martin Martini tiada siapa dapat menghalangnya. Aku yang pada ketika itu masih bergetah muda, harus menerima dengan Ikhlas. Sob sob sob.



Memandangkan aku hanya ada adik perempuan seorang sahaja, So mana-mana aku atau kakak aku pergi kiteorang akan bawa dia. Tapi lau bab pergi datim takde maknanye nak bawak sekali. Pasti kene tinggal punya. Hehe. Tak sia-sia anugerah Allah S.W.T. kerana adik aku telah melengkapi keluarga aku dalam erti makna lain membuatkan keluarga aku bertambah bahagia dengan lawak jenaka dan gelagak dia.



Dalam sedar tak sedar, dari sekecil ibu jari sekarang adik aku dah sebesar lengan. Dulu dari sekeping sekarang dah jadi berkeping-keping. Kecik-kecik dah diajar untuk diet. 


Hari ini dia pulang mengkhabarkan masih kekal di kelas yang sama iaitu kelas pertama di sekolahnya. Syukur Alhamdullilah. 


Harapan aku semoga adik aku terus mengulangi kejayaan yang cemerlang. Menjadi seorang anak yang mendengar kata aku Mama Papa dan juga menjadi adik yang baik buat kami adik beradik. Insyallah..


Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Sunday, November 14, 2010

China vs Malaysia - Sukan Asia 2010

Owh tak ku sangka cempedak manjadi nangka. Ehh adakah cam tu. Semua itu kekuasaan Allah S.W.T. tiada siapa boleh meyangkalnya. 

Perlawanan Malaysia lawan China semalam menyebabkan aku panas. Sama panas seperti perlawanan Kelantan dengan Negeri Sembilan tuk Piala Malaysia. Macam mana panasnya? Suhu mencapai 327 Celcius tau. Sama panas dengan boiling point tuk Sulfuric Acid. Kalau masak air dah tiga kali mengelegak. Nie semua di sebabkan oleh si Williams yang bagi tiga kad merah kepada pemain Malaysia. Gila kuasa betul. 



Bila mana aku tengok video yang si Safiq Rahim, Kapten Malaysia yang diberikan kad merah memang aku tak puas hati. Entah tak tau apa lagi yang boleh aku katakan selain daripada perkataan ''Berat Sebelah''. Dah senget aku tengok si Williams tu. Tapi apa-apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia kerana masih lagi berpeluang tuk masuk ke pusingan yang kedua. Buat yang terbaik. Jangan ada lagi lepas nie pengadil yang bengkok bongok cam si Williams tu.

Sumber : 

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Friday, November 12, 2010

''Suratan Takdir yang Menimpa''

Hari nie 12-11-10. Tarikh yang cukup cantik, cukup menarik untuk dipersembahkan atau pun dicatat. Setiap yang menarik itu pasti menjadi buruan ataupun igauan buat seseorang itu. Tidak dinafikan oleh aku tapi mungkin disangkal oleh sesetengah orang.

Dengan tarikh yang begitu menarik lah yang membuatkan sahabat-sahabat baik aku diragut kesempurnaan yang akhirnya meninggalkan kesan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk hilang ataupun akan kekal selama-lamanya. Namun ini semua ketentuan takdir. Perkara yang boleh dielak namun dengan kuasanye juga ia menimpa.


Namun dengan terjadinye peristiwa-peristiwa ini pasti menjadikan mereka seorang yang lebih berhati-hati malah menjadikan mereka seorang yang tabah dalam mengharungi sesuatu musibah.

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Tuesday, November 9, 2010

' Give Away Nazz@Purple '


Jom kawan-kawan join GA Nazz@Purple nie..
Masih berkesempatan,..Mana tau ada nasib di sini..

GIVE AWAY - LUCKY DRAW


Berminat!!
klik cnie pada gambar di atas..

Monday, November 8, 2010

Suka dan Gembira,,

Okeh dikala aku tengah menaip pada hari ini waktu ini masa ini jam ini minit ini saat ini aku telah habis tiga paper final (sila bace dalam satu nafas)..Wahwahwah. Ada sapa yang semput tak nak bagi CPR nie. Mungkin orang lain baru habis satu paper kot sebab kebanyakkan mereka mula exam pada hari ini. Cerita tetap sama macam yang penah aku bagitau pada entry yang sebelum nie tak berubah-rubah bahawasanye yang aku mula exam pada minggu belajar lagi. Sebab tu aku dah habis tiga paper.

Seperti yang dimaklumkan juga malam nie aku akan berangkat pulang ke kampung halaman bagi melihat perkembangan dan kemajuan kampung aku. Sila tunggu ketibaan aku ya wahai orang kampung.Opss ada ke orang kampung aku baca blog aku nie? Ermm lau ada sila tinggalkan komen yaa orang kampung, nanti balik boleh aku bunje minum 'sky juice'.

Setelah menempuh tiga paper, apa perasaan aku? Opss macam di'interbiew' je. Aku sangat gembira dan sedih. Kenapa? Gembira sebab nak balik kampung nak jumpa keluarga, nanti nak kuar ngan kakak nak g jalan-jalan. Wahh syoknye tak sabar rasanye. Okeh sedih pula sebab nak tinggalkan kawan-kawan yang sangat baik kat cnie. Ahhhaaa macam dah tak dapat jumpa pula lepas nie. Kami sama-sama gelak ketawa, golek-golek sama-sama, amik gambar sama-sama. Okeh nie gambar kami.







Aku ada satu sem lagi untuk bergembira dengan teman-teman yang begitu memahami dan sangat menyayangi. Dengan ini aku akan menfaatkan masa bersama mereka dengan sebaik-baiknye. Moga kita sama-sama berjaya, Luv All of U..


Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

Saturday, November 6, 2010

"Syilasyira 1st Giveaway"


Giveway bermula dari 1 Nov - 30 Nov 2010. Siapa cepat dia dapat. Eh sapa berminat boleh join. Klik cnie untuk maklumat lebih lanjut "Syilasyira 1st Giveaway"


Friday, November 5, 2010

Nantikan...

Tengah orang lain syok study (syook ke kamu-kamu semua study. siap gelak ketawa lagi) aku sibuk dop online. Singgah sana cnie. Tengok itu ini. Macam-macam lah. Gaya macam orang dah habis study je. Siap boleh update blog lagi Layan lagu yang semuanye jiwang karat cintan cintun. Macam orang dah putus cinta jatuh hati. Tak faham sungguh.

Next paper lagi dua hari. Lepas tu aku akan berangkat pulang ke kampung halaman, turun padang melawat mangsa-mangsa banjir, menghadiri jemputan makan-makan sebab BN dah menang dekat Dun Galas ( terpolitik pula. Sila abaikan) dan melihat Piala Malaysia di KTC~ Kota Bharu Trade Center (ada pamerkan tak). Jadi wahai rakyat jelate Kelantan sekalian nantikan kepulangan aku. Aku naik bas 8hb malam jenama KKKL.

Suasana sunyi sepi. Kawan-kawan aku betul-betul dah study. Aku harus berhenti online. Jumpa lagi di ruangan seterusnya. Nantikan..

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails