Thursday, December 23, 2010

5 tahun berlalu.. Rasanya baru seperti semalam

Kepada semua pejuang-pejuang yang telah memperjuangkan diri dalam peperiksaan penilaian menengah rendah PMR, 


Esok keputusan rasmi peperiksaan penilaian menengah rendah (PMR) akan diumukan.
Moga adik-adik semua berjaya. Bagi yang tidak berjaya pula jangan patah semangat. Teruskan perjuangan. Bukan sampai di sini kehidupan ini, malah ada bertahun-tahun lagi yang akan dihadapi. Itupun andai nyawa masih di kandung badan. 

Bila dapat keputusan yang bagus pasti kegagalan lepas terutama semasa ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) akan dilupakan. Pasti kegembiraan menengelamkan kesedihan lalu. Kesedihan dan kegembiraan hanyalah pinjaman semata-mata.

Walaupun 5 tahun sudah berlalu zaman aku, tapi aku masih ingat saat-saat itu. Ketika itu hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Maklumlah keputusan diumukan pada bulan Disember. Di Kelantan sudah pasti ketika itu musim tengkujuh. Walaupun hujan turun tanpa henti, kaki aku melangkah juga ke dewan sekolah.

Setibanya aku di situ, keadaan sangat hingar bingar seumpama berada di pasar. Adanya mereka yang menangis kegembiraan dan adanya juga mereka yang menangis kesedihan. Perasaan aku ketika itu sangat berdebar-debar. Aku ke sana ditemani Mama & Papa. Lagilah rasa berdebar-debar, takut result yang aku perolehi menghampakan Mama & Papa. 

Melangkah menghampiri meja yang diduduki guru tingkatan, aku mendapatkan keputusan aku. Aku tak meyangka aku dapat result sebegitu. Tapi aku bersyukur dengan segala-galanya. Lepas pada hari itu, berminggu-minggu juga lah orang dop menanya akan result aku. Aku menjawab dengan sejujur-jujurnya.

Kini sudah tidak ada lagi orang yang bertanyakan akan hal ini. Mereka sudah tidak membangkitkan lagi akan keputusan aku dahulu. Apa yang dibangkitkan kini hanyalah keputusan yang aku dapat di universiti. Keadaan diibaratkan bila perkara itu tengah 'hot' ramai orang nak tahu dan bertanya. Tapi bila semua dah settle dan keadaan dah kembali 'cool' orang akan melupakan dan terus mendiamkan diri. 

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

15 comments:

NIA said...

hooooo baru teringat adik amek result arini!hahaha~

Unknown said...

teringat kenangan time amek pmr dulu

Unknown said...

sizuka ~ moga2 adik sis dpt result ok..

Unknown said...

E.d.y ~ crte lah sikit mcm mana kenangan tu..kalau tak keberatan lah

::FAIZ:: said...

aku tringat masa nak amek result..... mcm tak nak je amek... sebab takut. haha

Unknown said...

sebab perkara dulu x kan berulang kembali.
so kita harus mneruskan hehe :D
kita hanya akan menumpukan apa yang ada depan kita skrg..
bnda2 lepas lupakan :D

Unknown said...

Faiz ~ tkt nk mnghadapi kenyataan kan?

Unknown said...

fatin ~ setuju sngt2..benda yg lps usah d kenang..fokus pd yg akn berlangsung nti.

Unknown said...

xmo la..malu...xbijak..haha

Unknown said...

EDY ~ ehh suruh crte kenangan lah..bukan suruh crte rezult..hehe

hans said...

teringat result pmr aku yg teruk
heeheheh

P/S : Tolong Belikan Topup! Penting Nih!

Unknown said...

hans ~ xpe..rezult pmr dh xguna skrg

anum amir said...

betul betul betul.. gembira slalu!! ;p
sy singgah dan follow ;p

hans said...

hahahaha
tu la pasal
nasib

P/S : Final Piala Suzuki AFF 2010 : Lepas Nih Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek Kena Pakai Cermin Mata Lah Dekat Stadium Gelora Bung Karno

Unknown said...

miss anum ~ yehh,,,smile always jgk,,hehe..

mekacih yaa follow kite..

hans ~ haha,,yg d kira adalah kptusan trbaru yg kita ada..sadis jgk kadang2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails