Monday, December 20, 2010

Pemberian orang adalah rezeki buat kita..jangan nak berlagak boleh tak??

Ini pendapat aku bukan pendapatan aku, sebab aku tak kerja lagi. Okeh pendapat aku, apa yang orang kasi kat aku, itulah rezeki aku. Aku akan ambil walupun ia sangat sedikit dan seciput je. Aku bukan nak hak orang, tapi bila mana orang bagi hak dia pada aku, seluas padang bola sepak aku tadah tak pun seluas kawasan gurun aku tadah. Sebabnya padang bola sepak tu kecik sangat.

Bila dan dapat rezeki tu, aku akan ucap terima kasih banyak-banyak. Lagipun aku bukan meminta-minta tapi dah rezeki aku, aku amik lah. Nanti kalau tak amik ada lak yang kecik hati, sebabnya seperti tak sudi nak menerima pemberian orang itu sedangkan orang itu ikhlas nak bagi.


Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah. Jadi jadikanlah tangan kau dan aku sebagai tangan yang diatas kerana banyak keuntungan dan pahala. Hidup berjiran banyak memainkan peranan bagi menjadikan tangan sentiasa di atas. Contohnya kalau pandai buat kek, boleh lah bagi jiran sebiji kek. Tak boleh bagi sebiji, satu bahagian pun tak mengapa. Bagi jiran rasa dan komen masakan kita. Kalau jiran cakap tak sedap boleh upgradekan lagi masakan biar kasi sedap. Tapi adakah jiran jenis yang berterus terang cakap masakan kita tak sedap? 


Ini gambar kucing dengan makanan yang diberi oleh tangan yang diatas. Persoalannya kucing itu makan tak? Kucing nie aku jumpa kat hospital tadi, semasa temankan nenek aku jumpa doc. Time nenek aku dop makan, kucing nie dop tengok-tengok aje. Kucing nie pakai cara halus untuk menagih simpati. Pandai kucing nie. Bila dah dop tengok-tengok, nenek aku pun kasilah sedikit dari makanan di sebabkan simpati. Nenek aku kasi kucing itu nasi dan sedikit tulang ayam. Apa yang terjadi?


Kucing itu makan. Tapi kau tau kucing itu makan apa? Kau mesti tak tahukan. Okeh biar aku bagi tau. Kucing itu hanya makan tulang ayam sahaja, dan nasi di biarkannya. Berlagak tak kucing nie? Bila dah habis je tulang ayam leh lak dop tengok-tengok menagih simpati. Nak tulang ayam lagi lah tu. Aku lempang juga kucing nie, baru  kau tau langit tu tinggi ke rendah. Owhhh mentang-mentang kau kucing yang dop hospital kau nak demand makan sedap-sedap ya. Kau tau tak, kucing kat umah aku pun makan nasi dengan tulang ikan je. Takdenya aku nak beli makanan mahal-mahal macam Whiskes tu. Nie kau dapat nasi dengan tulang ayam lagi, makan aje lah. Belajar bersyukur sikit jangan nak berlagak buat tak sedar diri. Orang bagi pun dah dikira Alhamdullilah tau. Terimalah dengan seadanya.

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

12 comments:

Unknown said...

nak kucing tu..nak bela..huhu

Unknown said...

E.d.Y ~ p cari kt hospital kubang kerian..tp xtau lah tkut dh ada org amik..kucing nie kan dh msuk blog dah famous..hehe

suka kucing ehh??

Ezzattie said...

comell lah kuceng tu..tapi, ade kurap tak?? ahahaha.

Unknown said...

Ezzat ~ enth,,xsmpt nk nengok sbb dh berlagak sngt..xbrminat dh...hehe

Unknown said...

a'ah..suka kucing...baru2 ni ada dpt 2 ekor kucing...but kene curik...sedih giler

Bulan Purnama said...

nak kek..heehe

New Post : Kehidupan seorang mahasiswa terlampau..

Unknown said...

kucing ni sebijik ngn kucing aku.. :)

Unknown said...

E.d.Y ~ napa smpai kene curi? hah tu lah sapa suruh xjaga btl2..dh kene curi,,mst kucing tu cntik kan?

Unknown said...

kasim ahmad ~ kte xpndai buat kek..lg pun kita x berjiran kan? ngehhh

Unknown said...

heidi ~ kau ada hilang kucing x? enth2 nie kucing kau yg hilng kot..hehe baik p cari kat hospital universiti sains malaysia kubang kerian..wink2x~~

KNS said...

kesian kucing tu
=( xreti makan nasi agaknye...
huhu

Unknown said...

Fxysche Nas ~ dh trbiasa dgn khdpan dkt hospital,,xpnh mkn nasi..ermm kecian jgk ya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails