Sunday, November 6, 2011

10 perkara aku suka bila aku balik rumah..

Assalamualaikum..

Bila dapat tahu ada cuti dan aku bakal balik rumah, aku tak sabar nak 'coundown' untuk tarikh tersebut. Maklumlah sapa tak suka balik rumah kan? Tapi tak tahu la pula kalau ada yang tak suka balik rumah. Serba sedikit sebab aku suka balik rumah ialah..



1- Boleh makan banyak-banyak dan tak perlu bayar. Kalau dekat universiti kene beli dan bayar sendiri. Ambik banyak, bayar pun banyak.

2- Boleh makan makanan yang susah dan jarang boleh makan. Seperti keropok lekor, nugget. Sebabnya keropok lekor kalau pergi pasar malam baru boleh beli, tapi tak sama dengan yang dekat Kelantan punya. Nugget pula boleh beli yang frozen kat pasar raya, tapi takde multicooker tak boleh nak masak juga. 

3- Boleh makan makanan yang Mama masak. Even Mama hanya goreng sebiji telur menjadi telur mata dimakan bersama kicap, ianya sedap sebab Mama masak dengan penuh rasa kasih dan sayang.

4- Boleh pergi jalan-jalan. Kalau kat universiti nak pergi jalan-jalan jauh kene sewa kereta sebab aku hanya memiliki motosikal sahaja kat sana. Motosikal tak sesuai nak jalan jauh-jauh. Nanti kalau hujan basah dan boleh menyebabkan sakit belakang dan bontot bila perjalanannya lama. 

4- Boleh guna mesin untuk membasuh baju. Nak membasuh seminggu sekali pun tak mengapa. Kalau dekat universiti hari-hari aku membasuh, kalau dibiarkan lama banyak pula baju aku kene memberus dalam satu hari. Bukan tak ada mesin kat sana, tapi aku kene keluarkan duit untuk sogok mesin tu untuk basuh baju aku. Aku kan kedekut + jimat , jadi baik aku basuh sendiri.

5- Boleh tido dengan lena bertemankan bantal busuk. Bukan bermaksud dekat univerisiti tidak boleh tido dengan lena, tapi bantak busuk mana ada kat universiti. 

6- Boleh guling-guling atas katil. Bukan bermaksud dekat univerisiti aku tido beralaskan simen, tapi kat rumah katilnya boleh tido dua orang tapi aku tido sorang, kat universiti pula katil stail bujang yang memang sorang boleh tido. Mana boleh guling-guling nanti ada yang terjatuh sebab lebih makan kawasan. 

7- Boleh tengok cerita, drama atau apa sahaja rancangan yang disiarkan kat televisyen. Kat universiti pun ada televisyen dan boleh nak tengok semua tu juga, tapi televisyen hanya ada kat bahagian bawah sekali manakala aku pula dop tingkat atas sekali. Faham-fahamlah bila perasaan malas itu bermaharajalela dalam diri, apa pun tak boleh.

8- Boleh bergelak ketawa dengan keluarga. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau nak bergelak ketawa dengan keluarga boleh je telefon salah seorang dari keluarga, dan buat lah lawak untuk bergelak ketawa. Tapi ianya tak sama bila kita sendiri berhadapan dengan orang itu. Boleh tengok ekspresi muka pun dah boleh bergelak ketawa sebenarnya. 

9- Boleh tolong bawa Mama kemana sahaja Mama mahu pergi. Maklumlah Mama tak ada lesen jadi pergerakkannya terbatas. Kakak dan Papa pula kerja, bila aku balik boleh laa aku bawa Mama pergi mana dia nak pergi.

10- Paling penting sekali, aku boleh jumpa Papa, Mama, Along, Acik dan Adik. Itulah yang paling aku suka. Even aku dengan adik beradik suka bergaduh, berkelahi tapi air dicincang tak akan putus. Malah hubungan aku dan mereka semakin erat.

Itulah sahaja..

p/s - korang suka balik rumah x?

8 comments:

feza said...

mesti la suka balik rumah. tapi sekarang mmg ada kat rumah pun.weeee

nurin said...

bkn 10. tapi berpuluh puluh kan kan kan. memang best ah lau balik umah. muehehe

EZAN IDMA said...

homesick ni!hehe

shera haifa said...

@feza ~ yehh.. suka kan.. xnak balik universiti dh laa

shera haifa said...

@nurin ~ ckup laa 10 dulu.. kan panjang sampai bwh lak..

shera haifa said...

@EZAN IDMA ~ jngn omesik sngt.. nti leh la balik umh tu..:)

ILA HonEyBuNNy said...

ila setuju semua neh...

macam sama ja dengan ila..heheh...makan banyak2 n g jalan2 tu plg best..tido pun nyaman ja di umah kan..best2...

shera haifa said...

@ILA HonEyBuNNy ~ balik rumah pastinya tak lekang nak balun makan bnyk2. pastinya..
pergi jalan2 tu sampingan.. tapi lagi best g jalan2 cari makan.hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails