Thursday, November 10, 2011

Bukan mudah untuk berjanji

Assalamualaikum..

Bila berjanji kita hendaklah tunaikan. Kalau tak mampu nak tunaikan baik tak payah berjanji, walaupun hanya berjanji dengan budak-budak. Berjanji dengan budak-budak nie bukan lah senang sebenarnya malah adalah yang paling susah, sebab selagi apa yang kita janji dengan dye tak ditunaikan selagi itu dye akan tuntut.

Ini apa yang aku perhatikan. Contoh macam adik aku. Mama ada janji dengan adik aku kalau dye dapat 'straight' A's dalam peperiksaan akhir tahun, apa yang adik aku nak Mama akan belikan. Dan tanpa disangka, tanpa diduga, she got all A's. Sebelum nie, dalam keputusan peperiksaan adik aku yang terdahulu kalau tak ada B's memang tak SAH. Jadi bila dah adik aku dapat all A's, adik aku pun nak tuntut janji ngan Mama. Adik aku nie berkeinginan nak pelihara seekor binatang yang sangat comel dan bagi aku pula binatang tu cute. Binatang yang dimaksudkan ialah HAMSTER

   
comel dan cute kan?

Bila dah berkeinginan nak pelihara Hamster, bila dan berjanji, nak tak nak memang kene cari dan beli. Apa yang menjadi masalah kat cnie, bila dah tak tahu nak cari kat mana, proses pencarian Hamster telah dihentikan. Adik aku mula lah bising dop tanya Mama bila nak beli Hamster. Aku yang mencari pun dah mula pening tak tahu nak cari kat mana lagi.

Ada juga 'search' kat internet dan jumpa lah ada satu tempat nie jual Hamster, tapi dye punya 'fur' tak cantik. Macam Hamster tu tak dijaga dan tak dibersihkan aje. Kotor. Harga pun murah dalam RM20. Tapi tak tahulah pula kalau harga Hamster tu memang murah.

Kesimpulannya sehingga ke hari nie Hamster tu tak dapat dibeli lagi. Adik aku hari-hari dop tanya bila nak pergi beli. Jadi ada tak kat cnie sapa-sapa yang tahu kat mana kedai ada jual HAMSTER sekitar KOTA BHARU? Kalau tau leh laa drop your comment.

p/s ~ skema sangat penulisan hari nie siap ada kesimpulan lagi. Teringgat time tulis karangan dulu-dulu.

2 comments:

zayik said...

KB mall tingkat atas xder ker? Situ kan ada pet shop gak~

shera haifa said...

zayik ~ TQ..yg kat c2 perginya..tp xcntik dye punya fur

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails