Friday, August 31, 2012

New tudung,shawl raya style

Bismilahirahmairahim dan Assalamualaikum

Buang tabiat! Aku xpernah terfikir yang aku akan pakai shawl cam gaya pertama untuk hari 1st raya. Rasa cam terlampau bergaya dan entah la. Tak reti aku nak cakap. Sebelum nie aku xpernah nak pakai cam gitu. Maklumlah kawan2 aku apatah lagi kakak aku sendiri takde nak pakai cam aku pakai nie. Selalunya aku sendiri pun pakai tudung bawal lepas tu pin cam 'butterfly' kat bahu, tak pun pin kat bahagian atas kepala sebelah, sebelah lagi atas bahu. 

(gaya pertama)

Entah hantu pe yang rasuk aku suruh pakai cam gitu. Tapi ok lah nice (puji sendiri) cuma yang paling tak selesa bila aku jumpa sepupu sepapat cam aku ter'over' pula. Malu pun ada. Namun aku peduli apa, aku suka hati la. Pulak!!

(gaya kedua)

Disebabkan tak nak nampak terlebih over, i thing gaya kedua nie lagi ok. Simple, easy. Just sarung dan kancing di bawah dagu. Selesa pun ya. Takde lah nak rimas kat leher sebab kene belit. Kadang2 juga cara aku pergayakan tudung or shawl nie semuanya ikut mood. Kalau nak bergaya aku pakai laa cantik2, kalau nak nampak simple aku pakai cara biasa je. 

p/s ~ But both gaya,1st time raya aku pakai cam gnie.


Apakah nasib kucing ini?

Bismillahirahmanirahm dan Assalamualaikum..


Ya Allah, apakah nasib kucing di dalam bulatan itu sehingga ke hari ini? Adakah kucing ini sudah diselamatkan? Atau sudah dibawa oleh arus air yang laju juga adakah sudah mati kelaparan disitu? Kalau aku mampu untuk menyelamatkan kau wahai kucing tidak akan sesekali aku membiarkan kau meng'iau' keseorangan didalam longkang yang besar itu

Meng'iau' 'iau' kau seekor disitu kerana kata tuan kedai sebelah longkang yang ada kucing nie dari semalam(sebelum hari aku ke kedai itu) lagi kucing nie terperangkap. Dah la tebing sebelahnye sangat tinggi macam mana nak amik. Kucing ampunkan aku kerana hanya mampu amik gambar sahaja. Aku bukan sengaja nak biarkan kau disitu hingga hayat mu. Cuma yang boleh aku harap 2hari yang dah berlalu nie ada orang yang lalu lalang simpati dengan kau dah telah selamatkan kau duhai kucing yang malang. 

Yang aku pelik camne kau leh jatuh hingga ke situ duduknye. Sedangkan ada pagar zink disebelah longkang nie. Ermm sudah tersurat kejadiannye begini, siapala kita untuk berfikir dan pertikaikan camne kucing nie leh jatuh ke situ.

p/s ~ Aku betul2 harapkan sehingga hari nie kucing nie dah selamat. Amin.

Thursday, August 30, 2012

Daftar pemilih yang telah disahkan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Akhirnya setelah sekian lama diproses kini status aku telah disahkan. Aku xakan jadi pengundi hantu. Aku akan mengundi untuk masa depan anak-anak dan cucu-cucu aku. Cewahh begitu jauh ke depan pemikiran aku. Hahaha


Aku akan pastikan undi aku itu menyumbang satu mata kemenangan untuk mereka pada masa hadapan. Wah wah. Tak nak cakap lebih2, aku tak nak berpolitik kat cnie sebab aku xsuka berpolitik. Just nak cakap aku SAH akan mengundi tahun nie.

p/s ~ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, August 28, 2012

Misteri hilangnya RM 20

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Pagi semalam kebetulan papa nak g simpan duit raya adik2 aku pe lagi nak la tumpang skaki. Kan dapat duit raya. hehe. Nak gak menabung untuk masa depan yang entah cerah atau gelap nie. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. 

Dah papa ngan mama dop membilang kat dapur, aku pun g laa amik sampul duit yang terisi duit raya terkumpul sebab nak bilang skali nak masukkan dalam ASB, tengok2 duit RM20 kertas xde. Dah nak nagis masa tu. RM 20 nie duit yang aku dapat kat giant, tapi dah aku tukarkan dengan duit raya 2keping RM 10. Maklumla bila dah duit baru nie sayang nak guna baik aku simpan. 


Aku bagitahu mereka RM 20 aku hilang. Mama kata cari la betul2. Masalahnye nak cari betul2 cam ne dah dop dalam sampul tu mana nak cari lagi kan. Bila dah xde dalam tu, kira xde la. Dah syak takut adik aku amik xbagitahu. Tapi bila tanye dye lepas dye balik dari sekolah, katanye xde amik pula. HABIS MANA LESAP RM 20! 

Misteri betul. Kebetulan akak aku pula ada hilang jam. Jam yang xmahal la sebab akak aku nie dye suka pakai jam RM 1O je. Memang pelik. Sebelum nie pun papa ngan mama aku sendiri pun ada hilang jam juga. Tapi jam depa mahal2 laa ratus2 reganye. Memang xleh nak fikir dah mana hilangnya. Nak kata salah letak tu idak la memang sure giler letak dalam sampul tu. Aku ada sekeping tu je RM 20 tu. Korang pelik x??

p/s ~ toyol peliharaan sapa la yang amik nie. S*** je.

Sunday, August 26, 2012

BE raya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Alhamdullilah.. Ada 2 BE baru. Walaupun dah seminggu sambut raya, nak juga kata nie BE raya. Syawalkan belum habis lagi. Hehe. Nie adalah BE yang ke 9 dan ke 10. 


TQ Nuffnang.. TQ WW Das Auto 2.0.. TQ GSG: The possession..

Saturday, August 25, 2012

Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Adam Mukhris & Ain Hawani- Arron Aziz & Nadiya Nissa.


Pelakon utama untuk cerita Adam & Hawa yang bakal ditayangkan di Astro Mustika HD mulai 27 Ogos nie. Tak sabar nak tngok cite nie. Katanye penulis novel cite Adam & Hawa, Aisha Sofea siap turun ke set lakonan untuk pantau. 

Pe2 pun kita dengar lagu Hafiz & Dato' CT dulu. Lagu OST Adam & Hawa. 



p/s ~ best lagu nie.

Monday, August 20, 2012

Duit raya terkumpul

Bismillahirahmanirahim dan Assalmualaikum..

Alhamdulillah di usia yang sebegini aku masih lagi diberi duit raya. Syukur. Rezeki yang dihulurkan tidak elok ditolak kalau ia sudah ditakdirkan menjadi milik kita. =)


Tak dapat banyak, lebih RM50 pun dah kira ok. Leh laa wat duit belanja kat JB. Hehe. Bagi yang umur lebih baya aku, kalau orang hulur tu xpayah laa nak segan2. Amik aje. Bukan sokmo (selalu) dapat duit dari orang lain (sanak sedara). Sekali setahun aje. Bila dah keje/khwin ofkos memang xakan dapat dah. Sementara masih layak dapat nie, amik ya.

p/s ~ Korang dapat berapa duit raya?

Sunday, August 19, 2012

BE ke-9 tahun 2012

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Woo sedih betul jadi aku nie kan.. Sejak Nuffnang berwajah baru memang blurr terus. Ada BE baru kat blog pun xtahu. tsk tsk.. Dasyat tul. Memang pas nie nak kene tilik nuffnang betul2 nieh..


BE kali nie datangnye dari John Master Raya. Patutlaa aku buka blog je mesti ada iklan John Master tapi aku enggak tahu aku dapat BE dari John Master.. Keciannn..

p/s ~ TQ Nuffnang.. TQ John Master.

Saturday, August 18, 2012

Esok raya 1433 H

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Bulan Ramadhan bulan yang diberkati, 
Disambut dengan hati yang suci,
Hendak kirim kad tidak sempat lagi,
Kiriman kat BLOG jadi pengganti.

Mari bersama menyambut lebaran,
Memupuk perpaduan sesama kita,
Aidilfitri hari kemenangan,
Saling bermaafan dihari mulia.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433 H.

ikhlas dari sy shera haifa dan keluarga.

p/s ~ jemput laa datang rumah, apam polkadot best!!

Apam Polkadot edisi pertama SIAP!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Biar pun ada kisah tertinggal barang2 di JB, ianya tidak mematahkan semangat aku untuk menghasilkan apam polkadot edisi pertama. Semangat kental yang ada dalam diri ini membolehkan aku untuk bangga sedekit. Walawehh.. Kenapa diberi nama edisi pertama sebabnya apam polkadot ini merupakan hasil buatan dan dekorasi pertama oleh aku. Sebelum nie x pernah buat, hanya tahu makan yang dah siap. Sekian.

Walaupun dah ada perkataan 'sekian' tapi belum habis lagi ya. Aku buat sorang2 apam polkadot nie. Penat!!! Aku buat pakai tiga warna je iaitu merah, kuning dan purple. Warna purple aku bantai air anggur mama aku. Ada aku kisah? Hehe asalkan menjadi sudah.


Sebelum dikukus mak oiii chantiknye dot dot kau. Lepas dikukus buruk bebeno rghupenya. Warna pula pudar. Huwawawa nagis. 


Mama aku cakap mungkin jadi pudar sebab tak guna pewarna sebenar dye kot. Entah aku pun xtahu. Aku guna pewarna merah, kuning tu pakai pewarna yang dalam botol macam esen vanila tu. Bagi aku asalkan pewarna dan leh ubahkan dari warna putih bolehkan aje semuanya. Korang yang pernah buat apam polkadot nie pakai pewarna yang mana ehh?

Resepi buat apam nie aku google je. 

  • 3 bj Telur gred B (dr peti sejuk yer...) - aku pakai gred C je, telur yang luar dr peti sejuk. 
  • 1 ts ovellet
  • 220g gula kastor - aku amik 3/4 cawan 
  • 150L susu segar @ susu cair  - aku guna susu cair : juga amik 3/4 cawan 
  • 275 g tepung gandum - aku amik 2 cawan 
  • 3ts baking powder - 3/4 sudu besar
  • 1ts esen vanilla - 1 penutup botol
  • Pewarna makanan - aku bantai pewarna buat air. HAHA
  • Filling kaya,kiwi, strawberry,coklat etc.... - guna filling bluberry

Kebanyakkannya aku ubah main ikut suka hati aku kan. Hehe. Aku derhaka sat. Pe2 pun apam polkadot edisi pertama dah siap. Berbuka nanti rasa dulu, kalau sedap akan ada edisi kedua pula. =)

p/s ~ Cubalaa korang.  


Aiskrim Goreng Coklat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Setelah lama dop usha cara buat aiskrim goreng nie, kali nie aku berjaya buat juga. Yehh. Nak buat aiskrim goreng nie nak kene tunggu balik rumah tau dak. Kalau xbalik mana nak cekau frezer nak buat letak lepas jadi bulat cam dorayaki tu. Maunye meleleh dalam multicooker je nanti. Membazikk sebab tak jadi.

Sebelum nie kakak aku ada buat dah aiskrim goreng nie tapi xjadi. Alkisahnye aiskrim terkeluar dalam kuali pung pang pung pang meletup. Air ngan minyak apa lagi berperang la. Time dye buat tu aku takde kat umah, belum balik. Aku cakap laa dye xpandai nak buat. Bajet aku hebat. Huwawa

Lepas dapat dalam 3ketul, nak buat ketul ke 4, aishh tepi xtertutup rapat plak. Sebabnye aku g tindih atas tempat yang ada roti. Last2 aku stop. Goreng aje mana yang okeh claim tepinya. Yang tak jadi tepinya aku bantai masuk mulut cm tu aje.

So, yang leh goreng ada 3ketul aje.. Ahli keluarga ada 6. Makan catu2 laa sebab nak rasa cm mana bestnye aiskrim goreng nie. Tapi adik lelaki ngan adik perempuan makan sorang satu. Kesudahannya papa ngan mama xmerasa. Aku pula kongsi makan ngan kakak aku. Kurang asam tul adik2 aku nie. Yang adik lelaki pula lepas makan satu dye sorang leh plak suruh aku wat lagi.. Manyak cantik muka ko.. 

p/s  ~ Batuk pun still lagi bernafsu ngan aiskrim. Coklat is my favorite flavor.

Thursday, August 16, 2012

GCB kini kembali

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Yum2x.. Bestnye kan kalau dapat time2 ginie.. hehe.. Maaf laa kalau entry nie buat korang terliur.. Jangan lupa puasa k. Kalau terliur sangat beli laa buat berbuka nanti yaaa.. 


Savor great moments with the taste of a grilled whole chicken thigh, topped with groovy chargrill sauce and gorgeous iceberg lettuce, sandwiched between a gloriously toasted, warm sesame seed bun. 

Aku pun xsabar nie nak makan.. Tapi kene tunggu balik JB dulu laa baru leh beli. Kat umah nie jarang sngt nak makan Mc'D baik makan masakan mama.. hehe

p/s  ~ 28 hb dh balik JB. sedihnya..

Tertinggal kat JB

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Haishh beriya bukan main lagi. Belum balik kampung lagi dan beli siap2 kat JB. Last2 semua bantai tertinggal kat JB. Huwaaaa.. Apam Polkadot


Nak tak nak kalau nak buat juga kene la beli yang baru. Kalau tak mana nak menjadi apam polkadotnye. Nak kene g cari barang balik laa kat sweet berry nampak gayanya.. =(

p/s ~ lain kali jangan beli dulu dah tau diri tu pelupa..

Sunday, August 12, 2012

Officially twenty two

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masa begitu cepat berlalu. Kita sekarang sudah pun berada di pengakhiran Ramadhan. Ya Allah. Adakah ini Ramadhan terakhir buat aku? Andai itu adalah suratan hidup aku, bantulah aku menghadapinya.

1st August 2012..


1st time my bufday jatuh pada bulan Ramadhan. Moga diberkatinya. Takde nak celebrate bagai sebab bulan puasa kan. Orang wish pun dah kira alhamdullilah. Thanks buat yang wish dengan hanta mesej, post dekat FB, tuit kat twitter. Thank you so muchhh.. 

Hari 1 ogos tu, kami (lab rat's) nak buat masak2 kat umah one of the lab rat's. Best main masak2 nie. Yehuu. Aku masak gak. Aku masak mek bunga, sejenis kuih dr negeri aku, Kelate. That day aku ada buka peti sejuk dan secara xsengaja ada nampak kotak kek, but aku x bajet tu kek aku yang punya. Hinggalah lepas berbuka tu, diorang bawa keluar kek tu. Wahh terharu wehh. Korang (lab rat's) memang BEST wa cakap lu. Love korang laaa..

p/s ~ Aku tak mengharapkan intan belian, yang aku harapkan sekelumit ingatan buat diri ini.

Friday, August 10, 2012

Kisah anak yatim balik raya - Iklan raya BERNAS 2012

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Buka je laptop, online terus disajikan dengan sesuatu yang cuku menyedihkan nie. Ya Allah aku bersyukur atas kurnian nikmat yang kau berikan kepada aku sehingga ke hari ini. Dikelilingi dengan keluarga yang bahagia, sahabat yang baik juga diberi kemudahan segalanya. Alhamdullilah..



Untuk yang kurang bernasib baik, korang seorang yang tabah, kuat, cekal hati dan amat dikasihi oleh Allah s.w.t. Teruskan liku-liku kehidupan ini dengan sabar. Pasti akan ada dipermudahkan segalanya walaupun ianye berliku-liku..

p/s ~ thumbs up BERNAS. Iklan yang boleh dikatakan membuka minda masyarakat untuk sedar.

Wednesday, August 8, 2012

WW 27 : Masuk FB lu

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


p/s ~ Korang macam nie ke?

Tuesday, August 7, 2012

Erti Al Fatihah by Voices Of Ummi

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Pandai baca tapi xtahu maksud. Alangkah ruginye kan. Jadi marilah kita sama2 hayati setiap maksud Al-FATIHAH yang selalu kita baca setiap hari ini. 



Lagu nie sesuai untuk semua peringkat usia. Lagi2 untuk anak-anak yang baru nak belajar. InsyaAllah pasti ianya membantu.

p/s ~ Lakukan perubahan dalam hidup kita..

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran

Bismillahiramanirahim dan Assalamualaikum..

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. 

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Pelajarilah membaca Al-Quran. Rugilah mereka2 yang tidak pandai membaca Al-Quran kerana dengan membaca Al-Quran banyak ganjarannya. 


“Orang yang membaca Al Quran dan dia pandai membacanya maka (nanti di akhirat akan dikumpulkan) bersama para malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca Al Quran dan dia terbata-bata karenanya serta kesusahan maka baginya dua pahala “ (Muttafaq alaih)

“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari)



p/s ~ Jangan malu2 untuk belajar kalau xpandai baca Al-Quran.

Sunday, August 5, 2012

Sahabat sejati

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Ya kat FB aku memang aku hide aku punya tarikh birthday. Aku nak tengok sapa2 yang benar2 ingat bufday aku. Tak kisah la diorang yang ingat anta mesej kat fon or post kat FB sekalipun aku terima. Ternyata tak ramai yang ingat bufday aku. Kawan2 sejak dulu apatah lagi. Kecewa? Ada juga laa terdetik dalam diri. Tipu laa kalau aku cakap aku suka kawan yang aku harapkan tuk wish awal tak berbuat demikian. T_T


Lagipun aku tak mengharapkan kek setinggi KLCC, hadiah sebesar kapal terbang jika mereka ingat bufday aku sekalipun, cuma yang aku harapkan hanyalah sepotong ayat 'SELAMAT HARI LAHIR' sahaja. Itu sudah cukup bermakna bagi aku bila mana seorang itu aku angap SAHABAT.


Walaubagaimanapun, even korang yang tak wish bufday aku, itu bukan bermakna korang bukan sahabat aku lagi. Aku terima alasan korang yang sibuk kerana sudah mempunyai kerjaya, aku terima alasan korang yang cakap tak ingat, lagpun birthday mak korang sndiri pun xingt, aku juga terima alasan korang yang was2 dengan tarikh birthday aku. Aku terima semuanya. 


Sesungguhnye setiap pertambahan umur kita, makin dekat kita ke arah kematian. Juga makin tua kita. Bila kita makin tua, daya ingatan juga sudah semakin tumpul. =)


p/s ~ Siapalah aku? ^_^

Saturday, August 4, 2012

Kuih Mek Bunga

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Mek Bunga in da house. First time aku buat benda nie. Selalu buat kat rumah but i just helping not preparing  from first. But now ini hasil air tangan aku sendiri. Yehhh


Excited punya pasal sampai aku MMS gambar kat mama, told her dat i prepared and make Mek Bunga by my own. Owhh i'm proud with my self. Aku dalam usaha untuk pertingkatkan  skill memasak yang ada sebenarnya. So semua benda macam nak try buat. Before this i'm try to make Pavlova. Maklumlah ada jiwa keperempuanan kan so, this the right time for me to try something that i don't expert.

Cara buat Mek Bunga nie sonang sahaja. First what u must have to make it is :

Bahan-bahan
  • 1 paket tepung pulut
  • 200ml santan pekat - beli yang dalam kotak
  • 1-2 biji telur 
  • gula
  • minyak
Cara-cara 
  • Kacau tepung bersama santan - jika perlu tambah air, tambahkan
  • Celup tepung dalam telur
  • Goreng hingga masak - kuning2
  • Tabur gula
  • Siap untuk dimakan
Yehh sonangkan? Kalau xpernah buat dan makan, try la. Buat buka puasa nanti. Pastinye ia menarik. Lab rat's pun xpernah makan Mek Bunga nie. Sebab tu aku gigih nak buat benda nie nak bagi diorang rasa. Dan aku rasa ianya tidak mengecewakan mereka. Harap2 laa walaupun kat bibir kata sedap dalam hati tiada siapa yang tahu. =)

p/s ~ Owh my English..

Terima Kasih Cik Ika

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Tiga hari lepas, kad raya ada sampai kat rumah dan di sampul surat itu tertera nama aku. Yahoooo.. Di zaman canggih dan teknologi ni masih ada yang sudi bagi kad raya. Terima kasih Cik Ika. Nie kad raya pertama tahun nie. Ermm ada lagi ke kad raya nak sampai atas nama aku nanti?


Aku dah tahu sebenarnye yang aku bakal dapat kad raya nie. Haha. Kiranye no surprise laa. Aku dapat kad nie pun sebab aku cuba nasib join segmen kad raya Cik Ika. Kiranye aku antara yang bertuah la dalam 50 orang sebab Cik Ika decide nak bagi kad raya tu kat 50 orang. Wahh ramai tu kan. Baik hati betul Cik Ika kita nie. Nanti korang g laa terjah blog Cik Ika nak kenal ngan orang yang baik hati nie. 


Cik Ika nie juga rajin tau. Dekat kesemua 50 sampul dye tulis alamat dan nama penerima guna tangan je. Biasanye orang kalau dah banyak macam nie diorang type je, malas nak menaip kan. Kalau aku pun main type je. Lagipun tulisan aku x cantik. Tapi Cik Ika tulisan dye cantik woo.

Pe2 pun Cik Ika, thank bagi kad raya nie kat kita. S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I R.A.Y.A A.I.D.I.L.F.I.T.R.I M.A.A.F Z.A.H.I.R D.A.N B.A.T.I.N.

p/s ~ Cik Ika tahun nie baju raya berapa pasang?

Friday, August 3, 2012

Baskin Robbins percuma

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Setelah sepi tanpa entry sebab sibuk dop buat paper hinggakan manusia berlari pun dah 2 hari xtengok, kini aku kembali. Nie pun sebabnye paper dh siap. Kalau paper xsiap takdenya aku nak menaip kat cnie. Baik menaip kat microsoft office word siap gak kerja yang lagi penting tu.

  

Sana sini orang dop cerita yang BR aka Baskin Robbins nak bagi aiskrim percuma. Phewiiitt.  Aku suka yang percuma nie. Juga inilah masa yang ditunggu2 memandangkan aku xpernah merasa aiskrim BR nie. Haishh sodap ke ehh? Jangan harap mahal saje sodapnye tidak sudah. Tapi kalau free sedap ke xsedap ke belasahkan aje. 

Walaubagaimanapun, nak dapat BR free nie bukan senang weii. Malaysia kene pastikan dapat EMAS untuk Olimpik London 2012 nie baru BR bagi makan aiskrim percuma. Klau tak, kene beli takde percuma2 nie. Haiyakk manyak susah ye tuk dapat yang percuma nie. Jadi sekarang nie, hanya bergunung2 harapan kepada Chong Wei sahaja tuk dapat BR percuma nie. Chong Wei tolong dapatkan EMAS tuk Malaysia. Juga aku tahu kau pun nak EMAS tuk koleksi peribadi kan. So be a good and aggressive player k.

Info lbh lanjut sal BR free leh layari baskinrobbins.com  dan impian emas negara.

p/s ~ 8hb tu aku masih kat JB, kalau Chong Wei dapat EMAS leh laa g make BR.  Kat Kelate xdop BR nie. :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails