Tuesday, July 30, 2013

Cek Mek 1st try fail!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

1st try aku dalam membuat kuih cek mek. Fail teruk! Dengan shape nya yang tak jadi, pastu bila nak tutup selepas isi gula lagi satu hal. Tak termasuk bila goreng jadi hangit cam tu. Sedih kuih kegemaran tak menjadi.


Patutlah sebelum nie aku ada cakap ngan Mama yang aku nak buat kuih cek mek nie. Tapi Mama kata kalau nak makan tu beli je lagi senang. Now i realise. Kat Pasar Siti Khadijah tu berlambak cek mek nie. Tapi pastikan pergi awal la. Sebab aku pernah pergi tengahari cek mek dah habis. Tsk2x.

Memang lepas pada nie aku tak akan buat cek mek dah kot. Tangan keras dan tak berseni. Tak reti nak buat cek mek jadi cantik cam gambar bawah nie. 


Kalau dapat suami yang suka cek mek juga, nanti kita beli je kat kedai eh. Lagi sonang. Kita makan sesama ya. Haha. 

Sunday, July 28, 2013

Cheese biskut senang membuatnya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Waktu balik rumah hujung mngu lepas aku sempat lah buat kuih. Aku kalau balik rumah je mesti ada benda baru nak cuba buat. Yelah resepi pun tengok kat blog je. Tapi aku jenis suka yang simple aje. Yang mana bahan-bahan dan cara membuat tu senang. Tapi kebanyakkan yang bahan-bahan simple memang cara buat dia senang. Aku suka!

So trending sekarang ialah cheese biskut. Aku tengok pun dari blog Cik Epal. Haihh apa yang Cik Epal buat mesti aku nak cuba buat juga. Begitu besar pengaruh Cik Epal nie. Kalau sebelum nie aku buat Jus Campuran , yang tu pun dari blog Cik Epal resepinya. Dan sebab nak buat jus itu juga aku gila nak beli blender. Haishh..


Cream Cheese (200 g)
Biskut crea crackers
1/2 susu pekat
Horlicks
Nestum

Aku guna Horlicks dan nestum untuk buat cheese biskut nie sebab aku suka. Lagipula dengan dua bahan nie aku nak guna untuk buat popia Nestum Horlicks pula. Wah rajin tak aku? Hehe tetiba masuk bakul angkat sendiri. 

Nak tahu cara nak buat cheese biskut ini bolehlah google. Kalau susah sangat pergi je blog Cik Epal tu. Sonang. Kat sana memang dia tunjuk cam mano nak buat. Aku malas nak tunjuk sebab aku tak amik gambar. Lagipula kualiti gambar aku tak cantik maklumlah belum mampu pakai smarphone. Huhu

Jadi kat cnie aku taruk je gambar cheese biskut dalam pembikinan dan yang dah siap. Aku buat dua bekas sebab satu untuk kat rumah dan satu untuk bekal kat kakak aku yang nak balik KL. Yang untuk kat rumah tu aku dah potong separuh untuk bawa balik JB. Nak bawa balik sebekas nanti takde tempat nak simpan. Bukan ada fridge pun kat JB.

Lapisan biskut yang dah dilapisi dengan horlicks dan cheese.

Dua bekas yang dihasilkan.

Kakak aku kata sedap. Nanti dia suruh buat lagi. Over betul kakak aku nie, dia malas nak buat aku juga yang kene nanti. Tapi tak mengapa aku rajin. Heh sekali lagi masuk bakul angkat sendiri. Maaf lah ya.

p/s ~ korang ada tak mana resepi mudah-mudah. Leh lah bagi idea tuk aku buat. Hehe 

Friday, July 26, 2013

Kudrat Membawa Berkat : Short Film Petronas Raya 2013

Bismiilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


"Masalah yang timbul bukan sebagai sebab untuk tidak berjaya, malah masalah itu untuk melihat sejauh mana kita berusaha untuk menyelesaikannya." 


"Usaha yang bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan masalah bukan bermaksud beban tetapi usaha yang bersungguh-sungguh itulah pemangkin untuk berjaya di depan hari."



Shortfilm yang diberi tajuk "Jahit" ini pastinya tidak akan mengecewakan siapa yang melihatnya. Malah bakal membuatkan anda untuk berfikir kembali akan kehidupan yang anda lalui. [link]

p/s ~ 

Tuesday, July 23, 2013

Berkumpul untuk berbuka bersama-sama

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hujung minggu baru nie aku cuba cari masa untuk balik ke kampung. Kebetulan pula kakak aku pun balik. Jadi disebabkan dia kene kerja dan akan balik malam raya, aku amik peluang untuk balik supaya dapatlah kami sekeluarga berbuka puasa bersama-sama. Kalau tak aku sepatut balik 1 ogos, tapi waktu tu memang takde kesempatan untuk berkumpul cukup ahli la.

Berbuka puasa dirumah sesungguhnya juadah tersangat lah banyak. Kuih muih campur yang buat dengan yang jiran tetangga bagi memang lah penuh meja. Itu tak masuk lauk pauk untuk makan ngan nasi lagi. MasyaAllah. Murah rezeki betul di bulan Ramadan nie. Alhamdullilah.


Tu tak termasuk dengan ayam golek lagi. Papa beli sempena meraikan berbuka puasa ramai-ramai. Terharu betul dengan apa yang Papa lakukan. Sebelum aku plan nak balik nie, Mama ada bagitahu sebabkan aku ngan kakak balik lain-lain, Papa ada cadang nak beli ayam golek sebanyak 2 kali. Iaitu waktu kakak aku balik dan waktu aku balik. Owh Papa Love You so muchhh la.


Dua hari berbuka dengan ahli keluarga yang cukup lengkap tersangatlah bermakna. Syukur Alhamdullilah. Kadang-kadang terfikir juga oleh aku macam mana mereka yang dah tak punyai ibu bapa menghadapi keadaan ini. Tak dapat aku bayangkan situasi itu andai terjadi kepada aku.

p/s ~ hargailah ahli keluarga sementara mereka masih ada.

Saturday, July 20, 2013

Restoran Mohd Chan, Kota Kemuning

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hujung bulan Jun baru nie, aku ada pergi rumah mak saudara yang kat Klang sana. Kebetulan tujuan g sana pun sebab nak g memborong kat Jalan Tar dan Soga. Shopping untuk raya katanya. Dan kebetulan tu juga, kakak aku dah masuk gaji dan nak belanja family mak saudara. 

Disebabkan tak berapa nak familiar sangat kat kawasan tempat tinggal mereka tu, so tempat makan tu kira diorang lah decide. Jadi Restoran Mohd Chan lah yang jadi pilihan. Rupanya Restoran Mohd Chan nie ada banyak cawangan. Yang kiteorang pergi tu kat Kota Kemuning. Restoran nie kepunyaan Cina Muslim. Nak tahu lebih lanjut leh buka web nie http://www.mohdchan.com.my/


Antara makanan pada malam itu. Makanan dia sedaplah juga. Patutlah hampir nak full house keadaan kat restoran tu. Tambahan harga makanan bagi aku ok la. Sepinggan udang butter harga RM 25 untuk 10 ekor. Harga siakap kukus tu pula RM35 kalau x silap. Dan semangkuk tomyam tu RM15. Itu pun kalau x silap. Hehe


Dan ini adalah air yang aku order. Yeh raibina laici.. Best woo.. First time minum air nie and jumpa dalam menu ada air raibina laici. Sapa nak try leh cuba buat kat rumah. 

p/s ~ bukan selalu dapat makan kat restoran nie. Kadang2 je.

“Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!”

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum.


Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!
join klik banner

Hari makin ke hari rasa cam nak berjinak balik je join contest-contest semua nie. Haihh bunyi macam aku nie xde keje aje kan. Padehal akulah yang paling banyak kerja, yang pura-pura takde keje. MasyaAllah. Tak sedor diri. #biorlah

Contest kali nie agak masyukkk weii.. Tengok hadiah yang ditawarkan pun dah buat aku meleleh. Hah tengok sndiri lah hadiah-hadiahnya.

Tempat pertama – Wang tunai RM500 
Tempat Kedua – Wang tunai RM300 
Tempat Ketiga – Wang Tunai RM100 
Tempat Keempat – Topup/ Wang Tunai RM50 
Tempat Kelima – Topup/ Wang Tunai RM30 
Tempat Keenam – Topup/ Wang Tunai RM20 
Tempat Ketujuh Hingga Ke 16 – Topup/ Wang Tunai RM10 50 Pemenang Bertuah x Topup/ Wang Tunai RM10 
Jumlah Hadiah RM1,500 dimana seramai 66 orang layak memenangi hadiah berupa wang tunai atau topup 

Masyukkkan?? Hah kalau korang tengok pun mesti nak join punya. Manalah tahu teka punya teka sekali tepat or hampir tepat ke. Rezeki tu dapat RM500. Sapo nak bui wei banyak tu kalau takde usaha or tak kerja. Haihh.


contest mega raua Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!
RM 60.85

Bebel banyak pun takde guna. Aku dah teka tu. Entah betul entah tidak. Aku hanya angarkan aje. Mintak-mintak menanglah mana-mana hadiah dalam senarai tu. Amin..

Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.MyMedia-SiberGempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.ComYanty.MyFizaFantagiroSecretOfShailaBanKami.Net,Aynoranur.ComAimaBabyComelLongoi.ComSilenceBlogz.ComKacangBoy.ComCikKiwi,BeritaKaki

Friday, July 19, 2013

Siputlah Baaaaaaaa

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


2,3 kali tengok video nie masih juga rasa xpuas... Tahniah Saiful Nang sebab berjaya hasilkan parody burung murai nie..

"bila banyak tanya, orang lapar rasa berbulu"

#selamat berbuka semua.

Thursday, July 18, 2013

Diekori anjing

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Nie kisah semalam punya. Pukul 12.30 tengah malam. Masa nie baru balik dari lab sebab buat reaction. Tu pun sebab senior suruh balik. Kalau ikutkan sebenar xsiap pun lagi reaction. Tapi memikirkan aku perempuan balik sorang2 tengah malam dengan naik moto, senior benarkan aku balik dulu n dia tngu sampai semuanya siap. Baik juga senior aku nie. Kebetulan masa tu aku dah memang mengantuk entah berapa kali menguap dah pun.

Kejadian diekori anjing nie pun bila aku dah sampai kat blok. Turun dari moto aku dah nampak dah anjing dok bersila baik punya bawah tangga yang dekat ngan parking moto tu. So aku buat xtahu aje lah. Padehal dalam hati janganlah tiba2 anjing nie ekori or kejar aku. Dalam dok rasa takut tu aku sempat lagi toleh belakang.

Hurmm memang baik punya timing toleh tu. Rupanya anjing tu tengah membontot aku dengan jarak 100 meter aje. Aku apa lagi pecut 100km/h la. Dah tak fikir apa. Yang penting selamatkan diri. Yelah mana tahu dalam anjing mengekori, dalam kepala anjing tu dok fikir nak kejar aku juga baik aku pecut dulu. Memang semput wei lari dari anjing. Dengan nak kene naik tangga untuk sampai ke tingkat tiga. Huh mencabar.

Sampai aras aku, terus g bilik kawan yang belum berkunci. Berdebar xusah cerita lah wei. Nak cerita kat kawan pe yg berlaku pun kene tngu jantung berdegup normal. Dan nasib baik anjing tu tak ikut naik atas. Entah kemana anjing tu menghilang. Sebabnya masa mula2 aku lari tu aku xtahu anjing tu kejar aku atau tidak. Memang xsempat nak toleh dah. 

Fobia weii bila benda nie berlaku kat diri sendiri. Sebelum nie ada juga nampak anjing kat bawah blok nie. Ada juga terfikir langkah2 yang akan dilakukan bila tiba-tiba anjing to kejar ke apa kan. Memang dah siap sedia dari awal. Langkah2 pun xjauh dari apa yang telah aku buat bila aku nampak anjing membontot aku tu. Iaitu lari.

p/s ~ kata je kawasan berpagar tapi anjing ada juga. 

Wednesday, July 17, 2013

Agama Islam :: Panduan Keselamatan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


kredit to instagram tweet_islamik

Coke Ramadan CPUV ke-14

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dah berzaman rupanya iklan coca-cola nie dok menari-nari kat blog cuma kejap ada kejap xde je. Haiyakk apa pasal selama nie xperasaan eH. Hurmm yelah bukak nuffnang pun jarang2 cam mano nak perasaan.. Sendiri punya salah. :(


Bukak puasa kalau x minum coca cola nie rasa puasa cam xlengkap kan? Ye dak? Heh. Tapi bagi aku kalau x minum plain water pasti akan rasa xlengkap. Yelah dengan kuih muih yang manis2, plain water lah jadi penawarnya. Jangan bila puasa semua nak main bantai je. Maklumlah sebab laparkan lebih separuh hari puasa. Tapi chill lah bkan selalu pun puasa. Rasanya kalau puasa x wajib aku leh cop jari lah comfirm akan ada yang orang yang x akan puasa seumur hidup dia. Betul x?

Thumb

Tapi kalau coca cola nie dihidangkan waktu raya pasti syokkk!! Ada satu rumah kat kawasan kejiranan aku memang tiap2 kali raya akan ada air coca cola

Monday, July 15, 2013

Ku tahu ku adaMu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kau berikan ku kekuatan, Tuk berpegang pada jalan, Walau penuh dengan cabaran, Ku tahu ku adaMu Tuhan.


 # Mental, fizikal sudah aku persiapkan. Harap aku tidak kecundang dalam menghadapi segala cabaran mu. 
# Namun, hati kecil ini tetap merasa sakitnya. Tipulah.
# Dengan itu, bantuanMu amat aku perlukan.
# Semoga dengan bulan Ramadhan nie aku dapat bersabar lebih dari bulan2 sebelumnya.
# Lebih bersikap positif dalam banyak hal.
# Kurangkan ber'omong' kosong.
# Sentiasa basahkan bibir dengan berzikir. InsyALLAH..


Sunday, July 14, 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

I LOVE GIVEAWAY

Dah lama xjoin giveaway semua nie. Kalau dulu rajin lah juga sebab macam tak berapa nak buzy. Tapi sekarang hurmm nak berceloteh pun xsempat apatah lagi nak join giveaway. Tapi malam nie punya cite xtahu lah cam mano leh plak rasa nak join giveaway Nisa Kay nie. Mungkin arinie dapat terlebih 5 minit kot masa tu yang beria join jugak giveaway Nisa Kay nie. Cuba-cuba nasib orang kata. Tak cuba xtahu nasib baik ke tidak ye. Heh

Sapa yang berminat nak join tu leh la klik giveaway Nisa Kay nie. Kita sama2 cuba nasib di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini.

Friday, July 12, 2013

Iklan Raya Samsung Malaysia

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Ini iklan raya 2013 yang pertama yang aku tengok. Dihasilkan oleh Samsung Malaysia. Dapat membuatkan air mata ini mengalir. Nasib aku baik kerana masih lagi belajar dan semestinya aku dapat pulang untuk menyambutnya bersama keluarga yang tersayang. Untuk kemudian hari tidak pula aku ketahui.

Mungkin pada ketika itu aku sudah bekerja dan tidak dapat cuti. Juga kemungkinan aku sudah berkahwin dan giliran beraya adalah rumah mak bapak sebelah sana. Huhu tidak dapat aku gambarkan bagaimana situasi itu. Mesti my parents pun akan sedih macam dalam iklan nie.

p/s ~ harapan dapat seorang 'suami' yang IC nya '03'.

Wednesday, July 10, 2013

Bukan hanya puasa perut

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.


p/s ~ Selamat hari pertama berpuasa semua..

Tuesday, July 9, 2013

Cahaya Ramadhan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan dan kurniaanNya aku masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan tahun 1434 Hijrah ini.  Dengan kesempatan yang diberikan ini aku nak ucap selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang membaca coretan ini. Ambillah peluang yang setahun sekali ini untuk mempertingkatkan amal ibadat. Semoga dengan apa yang kita jalani diberkati oleh-Nya. Insyallah.



Juga di sini antara amalan yang bakal menjadikan anda kelihatan cantik di hari raya nanti iaitu puasa genap 30hari(kecuali uzur), terawih lengkap 30malam, banyak membaca Al-Quran, banyak bersedekah dan juga amalan2 lain yang semestinya baik dan tidak memudaratkan diri sendiri.



p/s ~ Permulaan puasa di perantauan lagi tahun nie.

Monday, July 8, 2013

Burger Bakar Abang Bakar

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Akhirnya Burger Bakar Abang Burn jajahan Johor Bahru dapat aku jejaki! Huhh memang lama giler kot aku dok usha burger bakar abang burn, hari ini baru dapat dilaksanakan untuk merasa kelazatan yang tak terhingga burger bakar abang burn nie. *abang burn puji burger abang burn nie, xde nak bagi saya burger free ke? 

Tapi sebelum buat keputusan nak pergi burger bakar abang burn nie, kami dah pergi dulu yang dekat Restoran Bumbu Kampung untuk menikmati burger bakar yang kat situ. Malangnya nasib sebab pergi aje kat kawasan restoran tu, kami xjumpa pun restoran tu. Adakah disebabkan restoran itu sudah di tutup atau kami tersalah tempat. Hurmm keep thinking on that. Apa-apa pun kalau restoran tu dijumpai xdapat lah nak merasa burger bakar abang bakar nie. Alhamdullilah maybe ada hikmat untuk itu.

Supremo Cheese Beef with onions ring and deep fried mushrooms

Burn Cheese Chicken

Meatball with cheese wedges

Inilah antara menu yang menjadi pilihan dan untuk dua orang. Yang Meatball tu bungkus bawa balik sbb perut dah full house. Overall 4.5/5. Beef dye memang lembut dan ayam dye crunchy. Ngeh2x. Sapa tak pernah makan leh lah buat lawatan ke mana-mana lokasi abang bakar. Tapi sapa yang tinggal kat Kelate burger abang bakar tak sampai sana lagi. Aku pun nasib baik dok JB dapatlah merasa burger abang burn nie. 

p/s ~ hingga kenyang pagi esok

Friday, July 5, 2013

Jus Campuran

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum 

Kalau sebelum nie mee kari berinpirasikan Cik Mat, kali nie berinspirasikan Cik Epal maka berjaya aku hasilkan Jus campuran nie. 


Aku nie macam xde idea sendirikan selalu buat sesuatu mesti cilok dari idea orang kan. Haih lemah otak ke pemalas punya otak aku nie. Tapi nak buat macam mana, gambar yang korang upload dekat blog tu cantik sangat. Buatkan aku selalu selera nak cuba tiru. Kih3x..

Jus campuran yang aku buat nie aku ubah juga dari idea Cik Epal. Ye lah aku tak nak dikatakan peniru nanti. Lagipun kalau mencuba nie tak derhaka tak sah. Bahan2 untuk jus campuran aku nie ialah buah kiwi, pisang dan bayam. Aku selalu makan bayam goreng je, kali nie bayam buat jus weii. Masa mula2 nak buat tu ak dah dok fikir, lalu ke aku nak minum nie.

Jus campuran macam nie sangat sesuai untuk orang nak diet. Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba nie sesuai sangat lah kalau nak amal minum jus macam nie. Try lah ya..

p/s ~ pengaruh gambar sangat tinggi!



Wednesday, July 3, 2013

Mee Kari 1st Edition

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Lepas je tengok gambar mee kari kat blog yang tak asing lagi dalam bidang masakan iaitu Mat Gebu, terus rasa nak makan tu membuak-buak. Tak boleh dah nak tahan lagi. Bukan setakat mee kari je, smua makanan yang ada kat dalam blog Cik Mat smua aku nak makan. Melampau kan. Hehe. 

Yang nak makan tu aku tak kisah lagi, yang aku kisahnye bila nak makan pastu rasa nk masak. Hah yang tu naye la wei. Sebabnya aku dok hostel, lepastu dye punya bahan2 kalau beli xleh nak simpan lama sbb nanti layu or rosak macam tu aje. Tragis tak? Tapi keinginan nak masak tetap kene di rialisasikan.. Kalau tak hari-hari lah dok berzikir nak masak. Dari berzikir benda yang tak berfaedah tu baik berzikir Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala ujian milik Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah itu Maha Besar). Dapat juga pahalanya kan.


Ber'inspirasi'kan resepi dari blog Cik Mat maka berjayalah aku masak mee kari. Tengok gambar xde lah semenarik gambar yang ada kat blog Cik Mat tu. Tapi yang penting hati puas sbb dapat masak. Rupenya bahan2 n cara nak masak mee kari nie xdelah 'renyah' sangat. Oh 'renyah' tu maksud dye susah. Nie tatabahasa Perak kot sbb aku selalu dgr kawan aku orang Perak sebut perkataan nie.

Kalau tengok bahan kat bawah nie agak berbeza sedikit kalau yang dekat blog Cik Mat. Yelah dah Cik Mat punya resepi ada letak ketam aku pakai 'fish cake' je. Dalam memasak nie  kalau tak derhaka bukan memasak namanya. Kita kene ada idea n kreativiti sndiri sebenarnya. Orang kata 'identiti' diri. Hehe

BAHAN-BAHAN KUAH :-)
1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
1 biji kentang, saiz sederhana, kupas, rebus hingga empuk dan lecek halus
1 pokok sawi boh choi, tanggalkan sehelai2, cuci dan toskan
6 biji tauhu pok, kerat 6 setiap 1
3 ketul 'fish cake'
pati ikan bilis
200 ml santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji tomato

BAHAN-BAHAN LAIN 
Mi kuning secukupnya, cuci, celur dan toskan
Taugeh secukupnya, buang ekor, cuci dan toskan
Telur rebus

CARA MEMBUATNYA
  1. Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskn minyak dalam periuk, tumis pes rempah hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 2000 ml), kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang lecek dan santan. Kacau dan biar mendidih perlahan. Tambah ketam, dan masak sekejap. Tambah tauhu pok dan kiub ikan bilis. Biar mendidih dan kacau sekali sekala. Masukkan sawi bok choy, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan secukupnya mi kuning dalam mangkuk sesuai tuang kuah bersama isi2nya. Tabur taugeh. Hiaskan dengan telur.
Aku masak dalam multi coocker. Agak menyusahkanlah. Dengan lambat nak mendidih satu hal. Dah lah masak masa tengah lapar, kesabaran hilang terus. Pe2 pun dah hapus satu makanan yang di'idam'kan. Ada lagi yang menanti. Simpan tuk masak di bulan puasa nanti la plak. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails