Sunday, December 21, 2014

Resepi : Spaggeti Chicken Carbonara

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.. 

Bila terasa nak makan spaggeti je, memang akan buat Spaggeti Carbonara. Jarang sangat nak buat Bolognese punya. Sebabnya iolss memang giler chesse. Plus my parents sendiri pun suka yang Carbonara. Tak kisah lah seafood ke, chicken ke memang akan buat Carbonara. Tapi kalau pakai daging tak sesuai nak buat Carbonara. Kalau pakai daging juga prefer Bolognese la. 


Iolss suka makan spaggeti taruk kuah banyak-banyak. Jadi bila nak taruk kuah banyak tak boleh nak buat pekat sangat. Kan ada yang terlebih spaggeti sebabnya kuah dah habis. Haha.

Selalunya bila buat kuah Carbonara ni, iolss beli je sos carbonara yang dalam tin tu yang jenama Frego. Tapi hari tu iolss ada tengok kawan masak, apa lagi iolss mintak lah resepi dia. Dia tak pakai yang dalam tin tu pun. Dia pakai yang instant sup jenama Vono ni aje. Dia ada pakai satu lagi yang instant sup tapi iolss macam biasa suka menderhaka. Jadi iolss tak beli yang tu. Guna yang jenama Vono ni aje.


Bahan-bahan
- 1 kotak instant soup jenama Vono
- 1 tin cendawan button *potong dadu
- isi ayam * slice
- susu fresh milk
- 1 biji bawang besar *potong dadu
- Serbuk black paper
- garam/gula

Cara-cara
1- Tumis bawang besar hingga naik bau.
2- Masukkan potongan ayam. Biarkan hingga ayam masak.
3- Masukkan separuh kotak susu fresh milk.
4- Masukkan instant soup jenama Vono. Dalam tu ada 3 paket. Masukkan semuanya.
5- Masukkan cendawan button.Kacau hingga mendidih.
6- Kalau pekat sangat masukkan air ikut keadaan.
7- Masukkan serbuk black paper, garam dan gula secukup rasa.
8- Siap sedia untuk dimakan.


Gambar atas api lagi ni. Tengah mendidih Uolss

Walaupun selalunya bila buat mesti Spaggeti Carbonara, Iolss tak pernah jemu makan. Habis sepinggan boleh tambah lagi sepinggan. Memang hantu Carbonara betul. Sebab selalu makan banyakkan jadi tak dapat lah nak g makan kat kedai. Kalau makan kat kedai berapa lah nanti berhabis. Memang prefer masak sendiri. Sedap ke tak sedap ke memang comfirm akan sedap. Sokmo habis je makanannya. Jadi uolss kalau yang hantu carbonara macam iolss ni, try masak. 

Kamsahamnida *_*

Friday, December 19, 2014

Apa kata anda?

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Uolss tahu kan sekarang kat Kelate dah banjir. Hampir 23K orang dah dipindahkan di seluruh Kelate. SubhanaAllah ramai betulkan. Gerun pula dengarnya. Sehingga yang iolss tahu dah 2 orang menjadi mangsa banjir. Tapi ada dengar cerita, 5 orang lagi budak tahfiz katanya dihanyutkan banjir. Iolss tak pasti pula cerita tu comfir ke tidak.

Tadi petang, iolss adik beradik g lah tengok air kar Tambatan Di Raja. Ramai juga orang tadi. Semua memanfaatkan hujung minggu dengan family g tengok air banjir. Yelah walaupun hanya air kan, tapi setahun sekali jadinya nak juga g tengok tahap mana airnya.

Waktu kat Tambatan Di Raja tu kan, iolss ada tertarik dengan satu van ni. Ha uolss nak tengok tak???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaa!!

Kalau macam ni lah kan, semua jalan yang melimpah air leh harung ni. Dah macam pajero dah rupa van ni. Akal panjang betul tuan van ni. Terbaik lah. 

Kamsahamnida *_*

Wednesday, December 17, 2014

Resepi : Mee Sup

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Kelate kembali dengan musim hujan. Bila dah hujan ni perut otomatik lapar je sokmo. Biar sebelum tu dah makan nasi pun. Dasyat kan. Ni semua sebab tak leh g kemana. Kalau boleh pergi, ofkos tak ingat makan dah. 

Bila sejuk-sejuk ni kita masak masakan panas lah. Maka terciptalah mee sup, iolls punya style. Bahan dan cara buat tak susah pun. Ada mee ada sayur boleh la buat. Ni iolss share cara iolss masak.

Bahan-bahannya:
1 paket mee kuning
5 ulas bawang putih - tumbuk
cili blend
udang 
sayur - kobis, sawi, carrot, tomato
sos cili, tomato, tiram
telur - 4biji
garam/gula

Cara-cara
1. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan satu senduk cili blend. Masak hingga naik minyak.
2. Masukkan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan udang dan telur. Biarkan bahan-bahan tu masak.
4. Masukkan garam/gula dan sos secukup rasa.
5. Masuukan sayur dan mee kuning.
6. Biarkan mendidih untuk seketika.
7. Sedia untuk dimakan.


Jadi ni lah rupa mee sup style iolss. Panas dari dapur. Baru lepas masak ni. Nyum3x. Sapa yang ingin mencuba sila-silakan. Iolss masak simple je.

Kamsahamnida *_*

Suami Ku Hensem?

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


aga gagaga

Kamsahamnida *_*

Tuesday, December 16, 2014

Green Tea @ Jalan Kebun Sultan KB

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sokmonyo dok kelih kat FB Mok Spupu dok g beli air green tea. Boleh dikatakan hari-hari dia g beli air ni. Tak puas-puas. Hari ni hoh buleh doh la iolss sendiri g beli. Meme umpph la. Biasanya dok minum green tea yang lipton aje. Zaman-zaman dok Universiti setiap pagi tak sah kalau tak rendam green tea. 


Bukan setakat green tea je ada jual kat situ, macam-macam perisa ada. Cappuccino ada, latte ada, horlick ada. Macam-macam ada. Kalau nak campur cappuccino ngan latte pun ada. Tadi iolss beli yang green tea dan chocolate+green tea. Dua-dua sedap. Tak manis sangat. Boleh la Mak iolss minum. Tentang harga pula tak mahal pun. Sebungkus tu RM2 aje. Kalau yang chocolate+green tea pula RM2.50. Harga bergantung pada berapa perisa kita tambah.


Air tu dia letak pula dalam paper bag yang di cop ni. Owhh nama kedai "Coffee Fresh" rupanya. Eh dia bukan macam kedai kopi tau tapi ala-ala macam gerai gitu. Kat paper bag tu siap ada no telefon. Jadi sapa yang nak order pun boleh la. Sampai kat gerai tu, air dah ada boleh terus minum.


Landmark gerai tu macam dalam gambar kat atas ni. Kredit dekat FB mok spupu. Yang dalam bulatan tu lah gerainya. Berdekatan dengan bangunan MCA dan Maxis Center di Jalan Kebun Sultan. Sapa-sapa yang nak cuba minum green tea @ perisa-perisa lain boleh la singgah gerai tu. 

Kamsahamnida *_*


Monday, December 15, 2014

Bridesmaids in action

Bismillahirahmanirahim dan Aassalamualaikum..

Bila attend wedding-wedding sahabat ni kan yang paling gembira tak lain tak bukan iaitu 'bridesmaid'. Yesss we are happy sebabnya sahabat kita dah jumpa soulmate kan. Jadi dah ada lah orang yang akan bahagiakan dia. Orang yang boleh jaga dia, insyaAllah untuk seumur hidup dia. Tahniah again Jiah & Jamri untuk perkahwinan korang.

Bila ikut brides photoshoot ni kan, yang hebat sekali dalam ber'selfie' mestilah bridesmaids. Tanpa bridesmaids ni gambar brides takde seri. Haha. Sebabnya bridesmaids ni penyeri untuk suasana waktu photoshoot tu. Meh tengok macam mana cerianya bridesmaids.







Hah tengok sapa ketua selfie. Haha. Kalau tak iolss ada kawan iolss sorang lagi tu. Yang lain-lain tu menumpang je. Asal bunyi timer je ofkos nak selfie sorang, tiba-tiba penuh ngan orang.  Memang giler bergambar semua ni. Tapi syok woo. Gembira sepanjang hari.

Dah pose dengan brides sekeping dua, we'olss tinggal diorang untuk bergambar berdua pulak. Lepas tu we'olss pergi make ikang, sotong celuk tepung. Yehh! Sapa Ganu kalau tak make seafood celuk tepung meme tak lengkap ya uolss. We'olss g menjamu selera dekat Pantai Batu Buruk. Makan dengan gelojoh betul. Siap nak bertambah bagai. Tapi nasib baik tak sempat g tambah, alih-alih semua dah kenyang. Haha. Owhh waktu mula-mula sampai tu ada brides lain lepas photoshoot mungkin menjamu selera juga. Lengkap dengan persalinan lagi.

Selfie dulu se'round' sebelum make!

Kamsahamnida *_*

Saturday, December 13, 2014

Ceritera Kahwin Jiah & Jamri

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Too beautiful and gorgeous you my dear best friend forever. Congratulate for your marriage. Lastly jumpa juga seseorang yang benar-benar menghargai mu sebagai perempuan. Terus diangkat martabat mu sebagai isteri untuk mendampingi dirinya. Gitu.


Actually ni wedding bff yang ke-3 out of 9. Wedding pertama pasal one bff done bulan Ogos. Wedding ke-2 lupa pula nak buat cerita yang bulan Oktober. Kira hutang dulu lah ya yang tu. So, this one wedding yang ke-3 awal bulan Disember hari tu. Semua wedding ni berlangsung kat Ganu. Means that untuk bff Ganu all DONE! So next year wedding di Kelate lah pulok. 


Untuk wedding ke-3 ni jumlah bff yang hadir semakin berkurang berbanding dengan yang 1st and 2nd hari tu. Empat orang kot takde. Sedih giler weh. Sorang tu yang kahwin bulan Oktober attend majlis sambut menantu untuk sebelah hubby dia. Sorang lagi terpaksa balik kampung nenek sakit. Sorang tu pula attend majlis kahwin group bff lain. Yang last ni pula tak balik katanya ada kerja nak setel dekat tempat belajar. =(


Takpe lah yang tak dapat datang tu nak buat mcam mana kan. Masing-masing ada hal kan. So yang mana ada let's enjoy. Amik gambar banyak-banyak lepas tu share kat group whatsapp kasi jelous mereka semua. Haha. 


To jiah : Just wanna say that be a "productive" ya. Kah2x.

Kamsahamnida *_*


Wednesday, December 10, 2014

Taken?

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum




Kamsahamnida *_*
posted from Bloggeroid

Sunday, December 7, 2014

Resepi : Japanese Cheese Cake with Nutella Topping

Bismillahirahmanirahim dan Assalmualaikum..

Alhamdullilah niat nak buat kek untuk birthday Adik berjaya juga dilaksanakan biarpun lambat sehari. Almaklumlah bila penyakit "M" menyerang yang sehari sebelum birthday Adik berkobar-kobar, hari kejadian lain jadinya. Tak dapat bayangkan kalau orang yang cari makan melalui buat kek kalau seminggu sebelum amik order rajin bukan main lagi bila hari kejadian kelaut pula rajinya mahu kene hentak dengan pembeli. HaHa

Japanese Cheese Cake with Nutella Topping

Idea nak buat kek ni muncul bila terlihat sorang baker kat IG ni buat this kek. Hah memang padah betul bila follow bakers ni semua kek nampak sedap je. Lepas tu mula lah nak cuba buat dan pengakhirannya diet iolss kelaut. Sedih betul bila mudah terpengaruh ni kan.

On top view

Sebabkan buat kek pun sehari selepas birthday takde nak tiup-tiup lilin dah sebab malam celebration entry kat sini dah tiup lilin kan. Jadi bila takde nak tiup lilin, lepas chiller sekejap iolss lah orang pertama potong kek ni. Sebabnya dah lama giler plan nak buat kek ni nak rasa sedap ke tak. Last-last tertunai waktu birthday Adik. Rezeki ko lah Adik nak ada kek birthday. HaHa. 

Jadi sapa yang nak cuba buat kek ni nak tahu kelazatan, iolss share resepi kat sini. Resepi ni iolss snapshoot je dari blog. Tapi lupa pula blog mana, jadi iolss nak mintak halal dan share resepi ni wahai pemilik blog. Hope membantu lah sapa yang nak mencuba kan.




Untuk topping tu, macam-macam topping leh letak. Pilihan ditangan anda. Buat ikut krativiti masing-masing. Iolss letak nutella sebab dah lama sangat nutella tu dok jadi perhiasan. Gunanya tidak beli pandai. Punca beli sebab harga nutella murah masa tengok tu. K bye.

Kamsahamnida *_*


Friday, December 5, 2014

Birthday Celebration si Bongsu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Adik, happy birthday to you.



Ololo so sweet lah celebrate birthday adik tahun ni. Sambut kat luar tu. And the bestnya Long balik dengan kejutan dan semata-mata nak sambut birthday Adik. No one yang tahu melainkan iolss je. Means that my parents pun tak tahu. Senyap-senyap je lepas plan g KB Mall iolss pergi amik Long kat airport. Adik yang follow sekali pun tak tahu. Bila Adik tanya, jawab "nok bowok adik g derak la, adik kae suko g derak". Haha

Hari kejadian [14/11/14], malam tu g KB Mall sebab long nak belanja KFC untuk sambut birthday adik. Before tu Long bawak g Baskin Robbin (BR) yang dalam KB Mall juga. Katanya nak beli aiskrim letak lilin bagi Adik tiup konon-konon ganti kek la [iolss adik buat kek nanti iolss buat tajuk entry lain ya]. And here without hesitate iolss tell uolss this is my first time merasa BR. Pity iolss kan. Almaklumlah aiskrim tu mahal sangat even one scoop pun. Iolss pernah janji dengan diri sendiri yang mana lepas dah dapat kerja baru nak merasa makan BR ni, tapi sebabkan birthday Adik, Long dah merialisasikan hasrat Iolss yang dah lama tertangguh ni. Hehe. Jadi bila dah dapat kerja nanti, kene cari makanan lain lah nak merasa beli dengan duit gaji sendiri. 

Weolss : one family without one member

Untuk Adik, 20 hari yang lepas genap sudah umur Adik 12 tahun. Walaupun umur Adik 20 tahun sekali pun, Adik tetap Adik. Tahniah untuk keputusan UPSR baru-baru ni. Berapa pun A's yang Adik dapat itu tak akan memberi kesan siapa adik 10 tahun akan datang. Mungkin. Usah bersedih dengan keputusan itu. Masih panjang lagi perjalanan yang Adik akan lalui andai Adik panjang umur. Ketika itu lakukan lah yang terbaik. Dunia hari ni tak akan sama dengan 10 tahun lagi. Tahun 2020 diramalkan sebagai tahun yang lagi mencabar dari sekarang. Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri khasnya, masyarakat dan negara amnya. 

Untuk hidup di muka bumi ni satu percaturan yang kita sendiri pilih sewaktu kita ditanya di dalam rahim Ibu lagi. Jadi siapkan diri Adik untuk sesuatu yang terbaik. Allah SWT sentiasa ada untuk Adik dimana sahaja berada. Yakinkan diri denganNya. Dialah jua yang akan membantu diri Adik. 

Terima kasih Papa & Mama untuk Adik.

Kamsahamnida *_*

Wednesday, December 3, 2014

Kuih Piring

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Kuih Piring

Uolss pernah makan tak kuih piring ni? Ioss xpernah tau pun kewujudan makanan nama kuih piring ni apatah lagi nak makan kan. Dapat kuih piring ni pun dari nenek angkat sebab dia baru balik dari Singapura. Iolss ingatkan ni makanan orang Singapura. Sekali tengok alamat, Melaka daa. Tapi yang peliknya bila pergi Melaka takde nampak pula makanan ni.  Berhenti kat RnR pun tak pernah jumpa. Ke jual kat mana je?

Bila try makan sekali kuih piring ni, perasaan dia 'Eh boleh tahan sedap juga'. Hehe. Dia ala-ala cair dalam mulut gitu. Takdelah manis sangat pun. Tapi satu yang tak gemar ialah bersepah bila makan. Habuk-habuk dia berterbangan uolss. 

Untuk pengalaman makan kuih piring ni lah kan, bila makan satu nak lagi. Aiyokk mana nak cari kalau habis nanti. Nenek angkat pagi dua peket je. Kat Kelate iolss tak pernah jumpa lagi ini kuih piring. Putu piring @ putu halba adalah jumpanya.

Kamsahamnida *_*

Monday, December 1, 2014

CPUV : Old Town White Coffee (OTWC)

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Alhamdullilah. alhamdullilah. Setelah sekian lama blog iolss takde CPUV akhirnya ada jugak yang muncul. So uolss click-click la kalau ada nampak iklan OTWC dop menari-nari ya. 


Iolss pernah merasa makan kat OTWC ni. Not bad. Nak baca review iolss pasal OTWC leh baca kat sini. That's the first n last time for now. Ada juga merancang nak g OTWC lagi tapi sokmo tak menjadi. Lagi-lagi sekrang dok umah lagi lah tak menjadi nak pergi.

Uolss click-click tau iklan OTWC kat blog iolss ni. Kamsahamnida *_*


Disember is Coming!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Hoi.. hoi.. Nak masuk tahun baru doh la. Baru je dok rasa sebulan lepas bulan Januari 2014, hari ni dah Disember 2014. MasyaAllah sekejap je rasakan. Orang kata kalau rasa sekejap kan apa yang selama ni kita buat adalah sia-sia. Betul kah?

Iolss harap di pengakhiran bulan Disember @ di pengakhiran tahun 2014 ni azam iolss pernah iols catatkan kat sini berjaya lah. Tapi tengok pada senarai tu macam mustahil je. Sob2x. What ever it is yang pasti iolss tetap bahagia. Wishlist tu nanti kita forward je tahun depan. Macam lah tak pernah buat kan. Wishlist tu pun hanya sebagai batu sandaran supaya kita tak tersasar dalam menjalani kehidupan. Dapat achieve tu adalah hadiah, tak dapat achieve tu nanti kene kerja keras lagi. That's all.

Kamsahamnida *_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails