Thursday, March 31, 2016

Menang Etude House

Assalamualaikum..


just for fun.. Hanya log in, jawab soalan mudah dan hantar. Menang tu adalah satu rezeki. Sekurang-kurangnya usaha. Ye dak. 




Terpelih utk menang produk edute house. Famous jugak etude house ni. Rasanya kat Aeon ada kedai etude. Kalau tak silap. Sebab dah lama tak pergi Aeon. Nanti bukak kat KB 28 April ni aku survey ya. So far aku tak berapa nak pakai cream @ any makeup ni tapi dah menang OK je. Kita tengok nak buat apa dgn barang tu. Heee


p/s ~ Pihak Eh xcontact lg pasal suh amik barang.Waiting for that

Monday, March 28, 2016

Meh pilih tema baju raya 2016

Assalamualaikum.

69 hari lagi Insha Allah kita yg beragama Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Sekejap je kan. Adakah hari2 yang berlalu itu kita manfaatkan dengan baik? *pertanyaan kpd diri sndiri.

Bila dah nak puasa selalunya yg mak2 pening nak pilih tema baju apa untuk raya kan. Maklumlah lambat hantar kat tukang jahit kan pakai baju raya thn lps lah jwbnya. Tapi kalau yg selesa pakai beli yang dah siap lagi berbaloi2 sebenarnya. Upah jahit ngan beli kain pun dah sama harga dgn beli baju siap. Tak pun mungkin beli siap lagi murah. Either one. 

Selalunya bab nak pilih tema baju raya ni mst kene tengok dulu baju2 raya yang sebelum ni warna apa kan. Tak tengok kan tersama pulak dengan sebelum ni. Lepas tu warna tu jelah yang banyak ada dalam almari. So let's check it out warna-warna yang berkenan..

Kuning

biru

merah

pink

purple

kelabu

hitam

 putih

oren

 koko

hijau

ok. Dah ada ke warna yang berkenan? Dah boleh mula cari kain tu. Kan nanti habis pulak. Heeee

p/s ~ nanti nak tunjuk kat mama jgak warna2 ni. So takdelah nanti konfius nak cakap tu wrna apa. 

Friday, March 25, 2016

Lengkap sudah koleksi beg sukan Edisi Ola Bola

Assalamualaikum..

Banyak ni semua dah ada pemilik. 

Hari tu tebus beg A & B ada kat entry tebus beg milo ola bola. Hari ni dapat pulak beg C & D. Horaay lengkap sudah koleksi beg sukan edisi ola bola ni. First time rasanya macam bersemangat giler kumpul dan tebus ni. Sebelum ni takde pun. *manusia dah berubah

Koleksi beg Ola Bola Ihsan Milo. Nak snap gambar koleksi sndiri malas bukak dlm plastik. :P

Antara tempat penebusan

Ini adalah minggu terakhir untuk penebusan segera. Minggu depan dah takde. Sapa yang tak berkesempatan nak g tebus boleh hantar melalui pos. 6 minggu selepas 31 Mac baru anda dapat beg tu. Lambatkan nak dapat. Sebab tu aku prefer g tukar kat pusat penebusan. Kene beratur ke, datang awal ke belasah je. Nak 1000 usaha, tak nak beribu-ribu alasan (pepatah sendiri buat). 

p/s ~ lepas ni mmg akan terus kumpul aje. Bila ada penebusan @ contest boleh terus guna aje. Takde lah baru kalut nak simpan kan.

Thursday, March 24, 2016

Resepi Aiskrim Malaysia

Assalamualaikum..

Panas membahang kan Malaysia sekarang. Kelantan ni dah seminggu sejak balik dari KL itu hari tak hujan-hujan lagi. Nak tido petang on kipas nombor lima pun tak jalan jugak. Bahang itu tetap ada. Rasa cam nak berendam dalam tub je tapi tub takde. heee

Bila panas macam ni memang mencari air sejuk je. Sebelum ni tak berapa nak minum sangat air sejuk sebab minum sikit dah xboleh masuk sejuk sangat. Musim panas ni memang air sejuk yang dicari. Tak sempat nak sejuk selalu habis. 

Sekarang ni dok viral pasal airkrim sumi tu. Memang kene lah dengan musim panas cam gini ni. Jadi aku pun tak terlepas nak buat jugak. Dari minggu lepas lagi beli bahan-bahannya tapi plastik aiskrim baru semalam beli itu yang baru jadi ni.


Resepi aiskrim malaysia

Bahan-bahan
1L air masak
500ml fresh milk
2 senduk susu pekat
secubit garam
sumi
choki-choki
Milo

Cara-cara
1. Didihkan air masak bersama secucit garam.
2. Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau rata. Biarkan mendidih sekali lagi.
3. Biarkan sejuk.
4. Masukkan sumi yang dibelah kpd 2 bahagian & choki-choki. Tuangkan susu dalam plastik dan bekukan.
5. Lebihan susu campur dengan Milo, tuangkan dan bekukan.

Buat semalam dapat dalam 18 batang. Ada lebih lagi yang milo tapi aku campur ais minum dulu. Tak tahan wehh berpeluh-peluh dok ikat aiskrim tu. Pagi tadi aku dah rasmi kan pun perisa milo. Lembut je sedap! Yang perisa sumi ada lah satu. Heee. Itu pun sumi sumbangan dari kenduri. Yang choki-choki pulak beli kat kedai RM2. Ada lah 6 batang. Cam mahal je kan?

p/s ~ habis yang ni nanti buat perisa lain pulak.

Wednesday, March 23, 2016

Tok peraih kerepek

Assalamualaikum..

tok peraih = pemborong Rujukan kamus dewan

Kalau g Ayer Hitam tak memborong memang tak lengkap. Tak kisah la borong kerepek ke, pasu pasu ke. Apa-apa ajelah. Aku kalau g sana memang borong kerepek lah. Pasu mana boleh makan.. Ye dak? Heee. Dah lama tak pergi Ayer Hitam ni. Last pergi masa odw balik lepas setel hantar thesis bulan 9 2014. Wahh dah setahun jugak kan.  

Angkat masa nak snap je. Lepas tu aku pas kat org lain :P

Selalu pun kalau borong kerepek aku tak beli kat kedai depan-depan yang banyak tu. Aku terus g kilang kerepek kat belakang sana. Murah ke? Macam harga sama je ngn kat depan tapi tak tahu la napa macam best je memborong kat situ. Heeee. Owhh harga ada sikit naik. Macam kerepek ubi, last aku beli sekilo RM10 ni dah jadi RM12. Hurmmm

Kilang ni dok kat bahagian belakang pada kedai yang banyak tu. Ada masuk lorong sikit. Nak g ngan kereta depan kedai terus pun boleh. Tapi hari tu aku lupa lorong kereta masuk ikut mana. 

Tuesday, March 22, 2016

Tree Top Walk Sungai Sedim

Assalamualaikum..

Cuti-cuti ke Penang masa CNY baru ni dapatlah g mandi sungai. Kalau dok Kelantan memang takdenya nak g mandi sungai bagai. Sebab negeri sendiri kan. Last pergi Lata Tembakah & Jeram Linang pun tak tahu dah bila. Dah takde dalam memori. Tapi macam dah hampir 5 tahun kot. Heee

Hari last kat Penang dapat g Sungai Sedim kat Kulim Kedah. Perjalanan dalam 30-45 minit je. Nak masuk tu kene bayar. Berapa tak pasti sebab kereta depan tolong bayarkan. Dah masuk tu Ya Allah punya ramai lah orang sampai tak tahu nak parking tikar kat mana. Maklumlah cuti kan. Semua nak spend time dengan family. Naik turun naik turun last jumpa lah tempat nak parking tikar. 

Bajet2 land rover tu kami yang punya. Heheee

Tengok golongan mana yang lebih berminat pada air.. :P

Masa tu aku tak turun lagi. Bajet tak nak turun lah sebab malas nak salin pakaian. Last2 adik tudung pelangi naik atas suruh jugak aku turun sebab takde orang layan dia. Wakaka. Nak tak nak terpaksa lah.

Dah siap mandi sembahyang semua dalam jam 3 petang kteorang g Tree top walk pulak. Kat kawasan dalm tu jugak cuma kene panjat jalan tar ke atas sikit. Nak masuk pun orang sponser jugak. Rasanya RM10 untuk dewasa. Kanak-kanak tak pasti. Untuk info leh layari website Tree top wall sungai sedim

Tugu tree top walk

Rombongan Wan Jah ke tree top walk

Pemandangan dari atas


Mula-mula naik tu agak kecut jugak lah wei. Bergoyang-goyang kau. Yelah kan naik ramai. Tengok pulak ke bawah. Rasa macam betul ke aku naik benda ni. Hahaha. Sorang dari group member pulak yang jenis gayat takut tinggi. Berpeluh jugak lah dia nak habis pusing kat atas tu. Masuk dan keluar dekat tempat yang sama, so sapa yang rasa xpuas sekali round tu boleh lah pusing berkali2. Dekat 30 minit jugak kat atas tu, sambil-sambil amik gambar dan tengok kehijaun. 

p/s ~ worth try *_*


Monday, March 21, 2016

Resepi Kek pandan cheese leleh Azlina ina

Assalamualaikum..

Sejak 2,3 menjak ni resepi yang di share oleh Azlina Ina kat FB memang meletup2. Dah la buat niaga pakai resepi tu lepas tu tak keberatan nak share pulak. Setengah orang yang berniaga ni kan dia tak akan share resepi dia. Tak tahu lah pulak atas sebab apa. Tapi selalunya makin kita share makin mencurah2kan rezekinya. Bagi yang tak share mungkin bila dia share orang akan buat dan tak akan beli kek dia. *pendapat masing-masing

Aku salah seorang yang tak akan beli kek Azlina Ina. Yelah dah dia share resepi kan aku buat lah sendiri. Lagipun dengan kos perjalanan tak kan dia nak delivery ke Kelantan kan. Ye tak? Hehehe

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh

Bahan-bahan Kek
Telur 5 bijik 
1 sb ovalate sudu besar
1 cawan gula(sgt2 penting gune gula kastor yg halus egt halus)
Pes pandan 2sk 
Pewarne hijau 2 titis ke 3 titis
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk cream off tartar (pilihan nak letak boleh xnak xpe die bantu kek lebih ringan tu je)

1/4 cawan minyak masak/ butter yang dicairkan

Cara-cara
1. Telur+gula+ovalate+pes pandan+pewarne ijau . mix hight speed mixer selama 15 hngga 20 minit hingga gebu.
2. Ayak tepung besama 1 sk baking powder dan 1sk soda dan 1sk cream off tartar. Masukkan ke dalam bahan yang mix di langkah pertama sikit demi sedikit sehingga habis. MIx sehingga sebati.
3. Masuk minyak td 1/4 cawan. kacau laju- laju 
4. Lapik loyang dengan baking paper. Tuang adunan hentak2 sket supaya kurang kek belubang lubang masa masak.
5. Wrap loyang dengan plastik untuk mengelakkan dari air yang menitis dari pengukus masuk ke dalam adunan.
6. Kukus 40 minit api sederhana. Pengukus hendaklah dipanas sebelum adunan di masukkan untuk kukus.
7. Dah masak bukak plastik wrap loyang tadi dan terbalikkan atas tray. Tanggalkan baking paper yang dialas tadi dan terbalikkan pada kedudukan asal semula. Biarkan sejuk.

Bahan-bahan cheese leleh
1 tiub tartura cheese
1/2 cawan susu pekat
200ml susu cair 


Cara-cara
1. Blend kesemua bahan sehingga sebati.
2. Kek dah sejuk boleh lah tuang keatas kek dengan rata. Untuk hiasan boleh parut keju cheddar @ hancurkan kek lebihan dan tabur di atas kek. 

Kek pandan dengan hiasan keju cheddar parut

Kek strawberry resepi yang sama. Just tukar pakar pes strawberry je

Ternyata gebu dan lembut.

Memang berbaloi-baloi buat sendiri. Boleh ubah ikut kesukaan sendiri. Nak buat strawberry ke, pandan ke. Perisa coklat pun boleh. Atas kreativiti masing-masing. Semua orang yang makan kata kek ni lembut dan sedap. 

Friday, March 18, 2016

Nasi Lemak RM2 ikan seekor

Assalamualaikum.



Apa pendapat korang bila beli nasi lemak itu hasilnya? Sambal tu hanyalah sambal semata-mata. Ikan bilis takde. Yang dapat ikan masin yang masin giler2 macam tu sekor. Bagi aku, aku mampu gelak Hahaha je. Tu nasi lemak beli kat R&R Senawang masa odw g Johor baru ni. 

Nasi dia takde lah berlemak mana. Ala biasalah kan beli ni tak macam yang buat sendiri. Tapi sebabkan Mama tak breakfast yang proper sebelum gerak g JB tu terpaksalah beli jugak. Selalu pun  bawak bekal kalau g mana-mana. Tapi on that day, air kat rumah sepupu takde. Tak dapat nak masak. 

Biasa pun bila dah sekali kene memang tak beli dah. Itupun'Kerana Terpaksa Aku Relakan'. 

Wednesday, March 9, 2016

Nasi Kandar Line Clear

Assalamualaikum..


Sesetengah orang kalau makanan mamak ni ada yang tak boleh nak makan. Tapi aku ok aje. Turun dari Penang Hill tu terus g makan nasi kandar line clear. Popular betul nasi kandar ni kat Penang. Tak rasa kiranya macam tak lengkap la percutian ke Penang. Kat Kelantan pun ada restoran nasi kandar ni bersebelahan dengan bangunan Billion. Tapi tak pernah pun masuk. 


gambar kredit sini

Masa sampai tu beratur sampai ke luar. Dah laa lorong sempit. Rasa macam betul ke popular kan. Haha. Sebabkan pergi ni ramai, ada budak-budak lagi  diorang suruh masuk duduk dulu. Makanya terus masuk tak payah nak beratur. Order je nanti makanan diorang hantar ke meja.

Hari tu sepupu yang order. Aku dengar dia order air teh limau 2 jug, ayam goreng dan kari kepala ikan. Tapinya mula-mula tu sampai ayam je, kari kepala ikan tak sampai. Dah habis makan baru kari tu sampai. Last-last tolak je. Sebab dah habis makan kot. Kan lapar kejap je dah habis makannya.

Ayam goreng. Rasa? Macam biasa.

Kari dia best!

Makan lauk ayam pun dah sedap. Sebab kari dia kaw punya. Kari mamak ni tanpa santan, so hanya pekat dengan rempah kari je. Memang bertambah-tambah kari aku senduk letak atas nasi. Ni lah pertama kali aku makan kari mamak. Selalu makan kari Mama je. :P

Tapi kan aku tak berapa nak gemar dia punya hygiene. Masuk tu korang terus jumpa tempat membasuh sebelah kiri. Berkecah airnya. Belah kanan pulak tempat amik lauk dan kaunter. Selalu tempat membasuh kat belakang kan, ni depan customer kot. Bagi aku lah itu pertama dan terakhir kot makan nasi kandar line clear. Makanan pun mahal. Lauk ayam sahaja aku dengar sepupu aku cakap RM85. Gilerr tak mahal!


Thursday, March 3, 2016

Penang Hill @ Bukit Bendera

Assalamualaikum..

Bila dah ke Penang tapi tak g Bukit Bendera tersangat lah rugi. Bagi aku yang dah 10 tahun tak jejak kaki ke sana lah. Hehe. So bila orang tanya je nak g mana kat Penang memang aku jawab Bukit Bendera. Tempat-tempat lain? Tak tahu dah!

Dah sampai. View dari tempat parking. Level atas sekali. Parking penuh!

 Selepas hampir satu jam Papa beratur nak beli tiket ni. 

Harga tiket RM 10/dewasa, RM3/kanak-kanak dan budak sekolah pulak RM5. Kalau nak murah sila pergi sebelum jam 9 pagi tapi hanya untuk musim tak cuti sekolah. Kalau musim cuti sekolah tak applicable ya. 

4 out of 6

HAPPY MEal :)

Rombongan anak beranak Wan Jah ke Penang Hill

Kenapa aku beria sangat nak naik Penang Hill? Sebab nak amik gambar kat sini
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Love Lock

Aku tak buat pun love lock tu. Cukup lah love tu terkunci dalam hati aku dan hanya Dia sahaja yang tahu. Ayat cliche sangat. kuwang2x.. Padehal xtahu nak tulis napa bakal suami apa.. :P

Nia hah love lock aku

Ada satu lagi spot nak amik gambar masa kat love lock ni. yang tempat kerusi macam cite Cik Bunga En sombong tu. Tapi ada orang dok lepak lelama pulak. Makanya cukup sudah disitu. Moh la kita turun pergi makan nasi kandar line clear yang famous tu. Dapat dok depan masa turun, boleh lah tengok pemandangan. Nasib baik fast lane ada family yang mat salleh je dan group kiteorang tak lepas nak masuk tren yang sebelum dapat lah dok line depan sekali. :)

Tren selisih 

Tuesday, March 1, 2016

Selepas 10 tahun dapat ke sana lagi

Assalamualaikum..

Cuti CNY baru2 ni dapat lah jejak kaki ke Pulau Pinang. Itupun sebab ikut family g umah Mak saudara Papa. Aku yang tak kerja ni memang mengekor ajelah mana pun mereka pergi. Sementara tak kerja kan. Dah kerja nanti mesti terikat dengan jadual kerja dan susah cuti pulak. Nanti entah bila kan dapat ke sana.  Oh ya sebenarnya dari tahun lepas lagi plan nak ke Penang ni.

Night view kat bahagian tanah besar

Dinner @ Adam Char Koay Teow

Char Koay Teow Udang

Ke Pulau Pinang kalau tak makan Char Koay Teow memang tak lengkap. Makanan yang famous kat sana. Tapi sebelum makanan yang di order sampai, makan dulu nasi lemak. Adam Char Koay Teow agak famous jugak lah kat sana. Papa tak makan koay teow jadi Papa makan nasi lemak je. 

Cinta hati Seraa

Cinta hati Mama & Papa

Ke Penang kalau tak naik feri pun kira tak lengkap jugak. Hehe. Tambang naik feri dengan kereta RM7.70/buah. Hampir sejam jugak lah tunggu turn nak naik feri ni. Bukan main lama kan. Sabar ajelah menunggu. Patutnya musim cuti ni perbanyakkanlah perkhidmatan feri tu. *Marah

p/s ~ lagi cerita Pulau Pinang lain entry ya. Panjang sangat storynya..  4 hari 3 malam kan.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails