Showing posts with label Meat Chicken Ball Spaghetti. Show all posts
Showing posts with label Meat Chicken Ball Spaghetti. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Meat Chicken Ball Spaghetti # 2

Assalamualaikum W.B.T.

Sebelum nie aku dah penah postkan entry pasal Meat Chicken Ball Spaghetti. Kali nie aku nak post lagi.  Nak suruh korang terliur sampai keluar air liur. Owhh jangan sampai menitik di atas laptop atau keyboard sudah, nanti korang sendiri juga yang kene lap. Hak3x..

Kisahnya dua minggu lepas masa aku balik kampung secara tak sengaja sebabnya nak settle akan borang perjanjian MARA. Adik aku yang bongsu nie dop sibuk suruh aku buatkan spaghetti. Yang aku peliknya kenapa bila aku balik je mesti nak suruh aku buatkan. Bila aku tak balik takde pula nak suruh Mama atau kakak aku buat. Padehal bukan susah pun buat spaghetti nie kalau guna sos yang dah siap. Cuma tambah lauk pauk aje lah.

Malas nak cakap banyak, aku buatkan ajelah. Lagipun aku sendiri dah lama juga tak makan spaghetti nie. Nak g makan kat Pizza Hut kalau sepinggan tak cukup sebab jenis yang makan banyak, jadi  baik masak sendiri boleh makan banyak-banyak. Bila masak sendiri nie, lauk pauk pun leh taruk banyak-banyak. 

Lauk pauk nak banyak

Dan memasak kali nie, aku juga dah tunjuk dan ajar kakak aku cara-cara memasaknya. Taklah nanti nak tunggu aku balik baru boleh makan. Entah-entah aku balik nanti, dye yang masak pula. Baru syok. XOXO

Saturday, June 25, 2011

Mari memasak Meat Chicken Ball Spaghetti

Pertama kali aku memasak dari awal sampai akhir, sampai boleh makan. Sebelum nie aku hanyalah tukang masak no 2 yang hanya tolong kacau gulai, tolong goreng ayam yang dah diperap sebabnya aku tak pandai memasak. Jadi lelaki-lelaki yang mana sedang memilih calon isteri yang pandai memasak, aku memang kene reject awal-awal.

Masakan aku yang pertama kali nie diberi nama Meat Chicken Ball Spaghetti. Aku masak Spaghetti OK. Makanan barat tu. Cayalaa. Kau ado? Apa yang diperlukan untuk memasak Meat Chicken Ball Spaghetti nie hanyalah :

  1. Satu bungkus spaghetti. suka hatilah nak beli jenama apa, tapi pastikan HALAL sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja.
  2. Satu bungkus daging burger. Tapi kalau nak beli daging cincang pun OK juga. Tapi pastikan HALAL juga, sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja.
  3. Beberapa bebola ayam. Beli yang HALAL juga ya sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja. 
  4. Satu botol sos KIMBALL khas untuk buat spaghetti. Nak pilih jenama lain pun boleh, tapi pastikan HALAL juga sebab aku mengalakkan memasak makanan HALAL sahaja.
Itulah barang yang diperlukan untuk memasak Meat Chicken Ball Spaghetti dan hanya memerlukan sebanyak RM 13.40 sahaja. Sepuloh orang boleh makan. Jimat. Kalau beli yang Pizza punya sebanyak tu harga, sorang je leh makan. Kalau kau kongsi pasti kau akan menjilat-jilat hingga ke pinggan. 


Apa yang perlu dilakukan mula-mula bagi memasak Meat Chicken Ball Spaghetti ini ialah,


Masak spaghetti yang dibeli tadi. Nak makan ramai, rebus semua yang ada dalam satu packet tu.


Nak pastikan spaghetti itu dah masak, baling satu urat ke dinding. Jangan baling semua, nanti takde yang nak makan pula. Membazir! Juga pastikan ianya dah lembut, kalau kurang lembut tu, tak enak nak dimakan.

Spaghetti dah siap masak. Tapi jangan makan dulu. Sosnye tak di masak lagi. Langkah-langkah yang diperlukan untuk memasak sos spaghetti pula ialah :

  1. Masukkan sedikit minyak.
  2. Kemudian masukkan daging burger yang dibeli tadi. Masakkan daging burger itu sampai masak [Dah nama lagi memasak kene la sampai masak]. Daging burger tu hendaklah dicincang-cincang sewaktu memasak. Kalau nak senang beli aje daging yang dah dicincang. Masukkan juga chicken ball. Yang nie jangan cincang-cincang tapi potong dua sahaja. Kalau nak masuk terus satu tu pun boleh.
  3. Bila dah pastikan daging dan chicken ball dah masak, masukkan sos KIMBALL. Masukkan sedikit air dan kacau biar rata. Untuk rasa pedas, boleh la masukkan sos cili sedikit. Kalau rasa tawar, taburkan sedikit garam.


Dah siap!!! Boleh laa dimakan bersama spaghetti.

p/s : entry aku yang paling panjang.

<<<<<<<< Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<<Proton Inspira>>>>>>>>>

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails