Sunday, September 12, 2010

Polis Sahkan Sosilawati Bersama Tiga Yang Lain Mati Dibunuh..

BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini Ahad.

Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. - BERNAMA

Nota kakitangan :
subhanallah..

sumber : mstar online


Thursday, September 9, 2010

''Ramadhan 1431 Hijrah''

Hari nie adalah hari terakhir untuk umat islam di Malaysia khasnya berpuasa, sebab aku dapat tau sapa2 yang dop kat New Zealand~NZ kene puasa lagi esok. Jadi selamat meneruskan puasa buat mereka di sana.

Sempena 1 Syawal esok dan sempena 30 Ramadhan pada hari ini, aku dengan seikhlas hatinya nak ucapkan Selamat tinggal bulan Ramadhan tahun 1431 Hijrah, semoga aku dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadahan tahun 1432 Hijrah dan semoga Ramadhan tahun ini menjadikan diri aku seorang yang lebih sabar dari Ramadhan yang sebelumnya. Tak lupa juga selamat datang buat Syawal tahun 1431 Hijrah, semoga Syawal ini memberi aku satu sinar untuk terus menerangi hidup ini.

Buat mereka yang baru bertolak dan akan bertolak untuk pulang ke kampung halaman, hati2 di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat, Ingatlah orang yang tersayang. Patuhilah undang2 jalan raya. Semoga kita semua selamat.

nota kirikanan :
mood raya xdtg lg..huk3x..

Friday, September 3, 2010

Salam Perantau dari Johor Sebelum balik Kelantan.. Kelantan i'm Coming!!!

Sementara aku masih lagi kat negeri orang nie. Aku nak buat Salam Perantau lah. hehe. Sebab bila aku dah balik umah, tak bermakna lagi nak buat salam perantau nie.

Okeh buat peneman dan pembaca setia blog nothingzorro nie aku nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk seminggu yang terakhir ini. Moga-moga kita mendapat keberkataan daripada Bulan Ramadhan ini. Ikhlaskan hati, Ubah niat kita kepada kebaikan dan Maafkanlah kesilapan lampau orang-orang yang menyakiti dirimu. Sedangkan Nabi ampunkan Umatnya.

Untuk kawan-kawan yang mengenali diri aku yang membaca blog aku, aku dah buat kad raya edisi Shera Haifa. Sila lihat kad-kad raya ini.


yang nie aku khaskan buat bloger2 yang hebat,,


yang ini buat rakan-rakan seperjuangan dekat UTM skudai..


yang nie lak buat all my friends that i luv more2 much,,


yang nie lak buat kawan2 yang memang dah lama terpisah expecially kawan2 sekolah rendah.


yang nie lak khas untuk budak2 LI aku yang terbaik punya..

nota kirikanan :
bas pukul 8.oo p.m.oKehh!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails