Monday, September 27, 2010

''Macam Siput sedUT yanG takleh nak sedut lagi''

Sebab line tenet yang lembab. Harapkan CELCOM pun xguna gak (hah aku kasi besar dah nie biar orang2 celcom baca tau). Bil bulan2 nak kene bayar tapi line cam siput sedut je, membuatkan aku susah nak update blog (Macam mana punya lembab siput sedut, Jngan tanya aku sebab aku pun tak tahu). Nak kene ketuk2 baru laju kot.

Dah masuk mngu ke2 tuk aku teruskan apa yang patut aku lakukan di bumi UTM nie. Wahh sekarang nie musim orang grad tau tak. Syok gler kan. Ambik gambar kat pntu utama, amik gambar kat tasik lah dan macam2 lagi. Aku tengok pun cam best je. Ishh xsabar asenya nak lalui saat2 cam mereka. Tapi an aku dah berpeluang menyarung jubah dan memakai topi grad tu. Mcam mana aku leh pakai? Owhh ada yang xpuas ati ehh tngok profil pic aku kat fb kat sebelah tu yang pakai topi yaa. Aku pinjam orang punya je tu sebab tahap kegatalan aku nak pakai benda2 tu dah tahap maksimum. Dah memang xleh nak sabar langsung.

Masa aku belajar kat MRSM dulu aku dan berkesempatan untuk lalui saat2 grad nie. Sama cam orang grad dekat universiti juga caranya. Tapi time tu dapat pakai jubah je, topinya tak de. Jubah bukan main besar sampai boleh masuk 2,3 orang lagi kat dalam tu. Aku dikira beruntung sebab awal2 lagi dah ada pengalaman tuk graduasi nie. Jadi buat sapa2 yang baca blog aku dan akan grad juga, aku nak ucapkan 'SELAMAT BERGRADUASI'. Moga terus berjaya.

nota kirikanan:
aku dilema..

Sunday, September 19, 2010

''Tinggal dulu..Jumpa lagi''

Selamat Pagi dan Salam Ahad..
sob sekk sob sekk..kenapa? Aku akan kembali dimana aku sepatutnya berada. Meninggalkan family tuk teruskan perjuangan yang berbaki 1 sem 2bulan ini. Kawan2 doakan aku ya. Aku juga mendoakan kalian semua.


nota kirikanan :
Selamat jalan Romeo. Jangan terlalu merindui diri ini.

Tuesday, September 14, 2010

''rAya2 juga...sampai jodoh kene kahwin..''

Assalamualaikum dan salam hari raya ke-6. Pejam tak pejam, sedar tak sedar upenya dah hari ke-6 umat Islam di seluruh Malaysia merayakan kedatangan Syawal dengan memohon keampunan dari insan2 yang mana mereka telah buat silap dah salah. Aku tak terkecuali dari memohon keampunan mereka2. Owhh sungguh lega rasa diri aku bila aku dapat minta maaf dengan orang2 yang aku rasa aku dah banyak buat salah, terutama skali mama dan papa aku.




Aku nie anak degil sikit dan suka buat kedua2 orang tua aku risau sal aku. Dah lah aku nie dop jauh dari pandangan mata mereka lepas tu buat benda2 yang ganas dan extrem plak. Mak ayah mana tak risau kan takut jadi pe2 kat anak mereka. Tambah2 dengan aku yang perempuan nie. Jaga anak perempuan sorang umpama jaga sekandang lembu. Kesian mereka.




Bila tiba hari raya, Semua Insan bergembira..
Tapi bagi sesetangah orang, Mereka bergembira dengan kahwin..

Kompang dipalu,
pegantin baru..



Congrate buat kak asma ngan abang lutfi. Kak asma nie sepupu papa aku. Dah sampai jodoh dye. Aku bila plak? Aku tak kisah bila2 pun sebab aku target nak kawin lg 5,6 tahun. Aku pun muda bergetah lagi orang kata. Tak sesuai nak khwin pun lagi dengan keanak2kan aku nie. Korang semua bila lagi? Jodoh jauh lagi gak ke? Meh baca semua nie kat bawah ada aku sediakan doa. Nanti baca2la ya. Insyallah. Nak khwn jemput2 la aku juga.



Bila cakap sal jodoh nie,yang aku tau jodoh terbahagi kepada 3. Kene berati2 ngan jodoh kita nie. Ada jodoh cara baik, ada gak cara yang tak baik.

1- Jodoh dari syaitan
- Contohnya si mat jumpa si kiah. Lepas tu kenal mengenali antara satu sama lain. Suka each other. Bila dah suka, apa lagi cucuk sana sini lah. Tup tup si kiah termegandung sebab si mat nie tak pakai pelindung (bukan takal ya). Lepas tu baru mereka kalut ribut nak kahwin.

2- Jodoh dari jin
- Yang nie plak jodoh cara paksaan dah orang tak suka p lah cari orang lain. Yang dop terhegeh-hegeh nape. Dah takde orang suka dan terdesak sangat2 ke. Bila orang tak suka dop tiup sana tipu sini (guna bomoh). Last kahwin juga.

3- Jodoh dari Allah
- Jodoh yang paling suci, yang mana telah di redhai oleh Allah. Perkenalan diteruskan dengan ikatan yang suci (masuk meminang), kemudian yang si perempuan setuju dan di akhiri dengan perkahwinan. Cara nie lebih baik dan diberkati Insyallah hingga akhir hayat. Amin.



Inyallah mama dan papa aku akan kekal selama2nya. Lebih kurang 24tahun usia perkahwinan mereka. Moga kekal selama2nya.

nota kirikanan :
esok open ouse..meh ah jalan2 umah aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails