Saturday, January 22, 2011

Kau & Aku..


Kau adalah untuk aku. Aku adalah untuk kau..
 Seribu tahun atau seribu batu jauhnya, bila Allah menjanjikannya kita akan pasti bertemu. 

Perasaan itu...
Seandainya ia tulus dan ikhlas pasti akan berbekas di dalam diri. Andai ianya seperti angin yang datang dan kemudian pergi, langsung menjadikannya tiada apa-apa.


Kau dan aku...
Kebulan kebintang @ kekejora. Mengungkapkannya sungguh mudah kerana lidah tidak bertulang, namun merialisasikan itu satu perkara yang mustahil.
(sedangkan Datuk Dr Sheikh Muzaffar hanya dapat kebulan. Kebintang belum sampainya lagi. Itupun hanya beliau seorang ke sana, tidak dibawanya Dr Halina bersama-sama)

Sayang, Rindu..Kata-kata subjektif
Adakah ianya lahir dari hati yang tulus dan ikhlas? Atau ianya satu pembohongan yang pasti menjerat diri sendiri? Tidak jujurnya kamu!! Bukan sahaja kepada orang lain malah kepada diri sendiri.


Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Riang Ria Cuti Sekolah 2010 (Part Akhir)

 Yaaa benar tahun 2010 telah lama melabuhkan tirainya. Hampir sebulan kita di tahun 2011. Namun apa yang tersimpan dan menjadi memori yang indah pasti di kenang sampai bila-bila. Kita kembali semula ke tahun 2010 buat seketika. 

Tahun yang mungkin memberi 1001 kebahagian buat aku dan keluarga. Jika sebelum ini hubungan antara adik beradik tidak seberapa, namun tahun 2010 pencentus segalanya. Kemana sahaja kami pasti bersama-sama biarpun tidak ditemani ibu bapa. Itu lah yang dikatakan ''Air Dicincang Tak Akan Putus''. 


Bukan sahaja hubungan anatara aku adik beradik, malah hubungan antara papa aku dan juga adik beradik turut juga baik. Penghujung tahun baru-baru ini dan bersempena dengan Hari Krismas, kami bersama-sama telah bercuti ke Terengganu. Banyak kenangan yang tercipta. Malah aku juga berkesempatan untuk tahu di mana rumah Alyaa iaitu salah seorang kawan aku yang tinggal di Terengganu. 

Actually aku nie ramai kawan yang berasal dari Terengganu dan kerana itu juga telah mempengaruhi setiap perkataan dan percakapan aku. Segala kata-kata yang keluar dari mulut aku boleh dikatakan banyak berkataan dari bahasa Terengganu antaranya nape, bakpe, mende dan banyak lagi lah. Sampaikan bila aku call mama, aku bercakap dalam bahasa Terengganu. Bukan sebab aku lupa diri tapi aku dah terbiasa. Tapi bila aku balik kampung aku (Kelantan), aku akan cakap bahasa aku lah. Dah biasa makan budu kan..Hehhe


Okeh sepanjang bercuti di Terengganu, tak banyak tempat yang aku lawati pun. Ya lah dah setiap kali cuti tempat sama je pergi melancong. Apa boleh buat, Terengganu je yang paling dekat dan boleh balik hari. So nak tak nak, Terengganu lah destinasi pertama yang dipilih. Walau apa-apa pun cuti Raya Cina nie aku dah bercadang nak p Cameron dengan kakak aku, tapi kami tak tahu jalan. Can someone help me? Bagi tahu kami jalan nak ke sana, nak join sama pun okeh gak, kita p balik hari ya. Nak makan Strawberry rasanya.

Nanti sama-sama lah kita bersuka ria. Sebelum itu, berhati-hati lah di jalan raya ingatkah orang yang tersayang..


Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Friday, January 21, 2011

Pelajar UITM dihempap batu di Bukit Broga


Bukit Broga @ Broga Hill merupakan satu tempat yang sangat menarik. Terletaknya di Semenyih, Selangor menjadi satu pilihan yang bijak buat para photografer untuk mengabadikan gambar-gambar yang diambil di dalam album.. Malahan Broga Hill turut menjadi pilihan Dr Syed Muzaffar dan Dr Halina untuk membuat photoshoot bagi perkahwinan mereka. Keindahannya tidak dapat dipertikaikan lagi. Semuanya adalah anugerah Allah S.W.T. Walaupun dipenuhi dengan lalang yang mungkin lebih tinggi dari kita, namun ianya menarik ramai orang untuk kesana.

Juga berkeinginan untuk ke sana. Best gak lau buat gaya-gaya terbang atau golek-golek nie. Tapi entah bile peluang itu akan ada. Kalau ada rezeki dapat lah jejak kaki ke sana..



Mengenai tajuk diatas untuk lebih mengetahuinya sila rujuk sini


Untuk mencoretkan lebih lanjut aku takut lari dari cerita yang sebenar. Harap maklum..

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails