Yaaa benar tahun 2010 telah lama melabuhkan tirainya. Hampir sebulan kita di tahun 2011. Namun apa yang tersimpan dan menjadi memori yang indah pasti di kenang sampai bila-bila. Kita kembali semula ke tahun 2010 buat seketika.
Tahun yang mungkin memberi 1001 kebahagian buat aku dan keluarga. Jika sebelum ini hubungan antara adik beradik tidak seberapa, namun tahun 2010 pencentus segalanya. Kemana sahaja kami pasti bersama-sama biarpun tidak ditemani ibu bapa. Itu lah yang dikatakan ''Air Dicincang Tak Akan Putus''.
Bukan sahaja hubungan anatara aku adik beradik, malah hubungan antara papa aku dan juga adik beradik turut juga baik. Penghujung tahun baru-baru ini dan bersempena dengan Hari Krismas, kami bersama-sama telah bercuti ke Terengganu. Banyak kenangan yang tercipta. Malah aku juga berkesempatan untuk tahu di mana rumah Alyaa iaitu salah seorang kawan aku yang tinggal di Terengganu.
Actually aku nie ramai kawan yang berasal dari Terengganu dan kerana itu juga telah mempengaruhi setiap perkataan dan percakapan aku. Segala kata-kata yang keluar dari mulut aku boleh dikatakan banyak berkataan dari bahasa Terengganu antaranya nape, bakpe, mende dan banyak lagi lah. Sampaikan bila aku call mama, aku bercakap dalam bahasa Terengganu. Bukan sebab aku lupa diri tapi aku dah terbiasa. Tapi bila aku balik kampung aku (Kelantan), aku akan cakap bahasa aku lah. Dah biasa makan budu kan..Hehhe
Okeh sepanjang bercuti di Terengganu, tak banyak tempat yang aku lawati pun. Ya lah dah setiap kali cuti tempat sama je pergi melancong. Apa boleh buat, Terengganu je yang paling dekat dan boleh balik hari. So nak tak nak, Terengganu lah destinasi pertama yang dipilih. Walau apa-apa pun cuti Raya Cina nie aku dah bercadang nak p Cameron dengan kakak aku, tapi kami tak tahu jalan. Can someone help me? Bagi tahu kami jalan nak ke sana, nak join sama pun okeh gak, kita p balik hari ya. Nak makan Strawberry rasanya.
Nanti sama-sama lah kita bersuka ria. Sebelum itu, berhati-hati lah di jalan raya ingatkah orang yang tersayang..
Nanti sama-sama lah kita bersuka ria. Sebelum itu, berhati-hati lah di jalan raya ingatkah orang yang tersayang..
Sehingga berjumpa lagi
Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda
1 comment:
ak org tganu tp y i talk matsaleh n mostly klate?? heheh.
g cameron eh? best tu. ak tanah mesjid kristal pon blom sentuh lg.ni kn cameron.. aigoooo.
Post a Comment