Monday, January 3, 2011

Sesi persekolahan bermula. Semuanya nak baru


Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi mereka-mereka yang tinggal di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Manakala bagi negeri yang lain akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari. Sudah pastinya bila bermulanya sesi persekolahan yang baru, pelajar-pelajar akan bergaya dengan pakaian, kasut dan peralatan yang semuanya baru. Itu sudah pasti bagi mereka yang berkemampuan, namun bagi mereka yang tidak berkemampuan pula bagaimana? Adakah mereka akan turut bergaya? Sesetengah mereka sampaikan tidak mahu ke sekolah jika tidak mempunyai pakaian dan perlatan yang baru. Ini kerana mereka malu diejek dan diketawakan oleh rakan-rakan.


Ini amat menyesakkan pemikiran ibu bapa. Bagi ibu bapa yang hanya inginkan anak mereka berjaya dan tidak mengikut jejak langkah mereka pasti hampa dengan sikap anak mereka. Ketidakfahaman anak-anak akan kehidupan mereka yang serba kekurangan pasti akan mendesak ibu bapa. Tiadanya pakaian dan peralatan yang baru menjadi penghalang untuk menuntut ilmu. Namun ianya dapat diatasi jika ibu bapa hanya mempunyai seorang sahaja anak yang berperangai sedemikian. Bagaimana pula jika terdapat sepuluh orang yang sama sedemikan?

Apa-apa pun selamat kembali ke sekolah aku ucapkan. Belajar rajin-rajin ya semua. Zaman nie semua orang dah bijak-bijak dan pandai-pandai. Persaingan pun sangatlah hebat dan siapa yang malas akan jauh ketinggalan. Jika hari ini kita dah dikatakan berjaya, esok atau lusa tak semestinya kita akan berjaya kerana roda itu sentiasa berputar. Untuk mengekalkan kejayaan kita, hendaklah kita gandakan usaha bukan hanya berada di tahap yang sama.

Tak lupa juga buat semua cikgu-cikgu yang akan mula mengajar dan juga akan kembali ke sekolah, selamat bekerja dan kembali ke sekolah aku ucapkan. Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan atas tunjuk ajar yang telah diberikan kerana tanpa cikgu-cikgu tidak mungkin aku sampai ke tahap ini. Semua benda bermula dari bawah, andai kamu berjaya untuk menghadapi setiap cabaran dan rintangan kamu pasti akan berada diatas. Apa yang penting adalah usaha yang gigih dan berterusan.



Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

8 comments:

Nur Fannun said...

klu elok lagi pe slhnye pki yg lama..bkn de org nk chck pki yg bru ke lama..

Unknown said...

salam kenal..

hehehe kalo boleh dh keje cmni pon nk pakai baru bila msk thun baru.. tp kena korban $$ utk anak lg penting..:)

Kak Amy said...

salam kenal dan selamat tahun baru..amy singgah sini sambil follow, jemput ke sinar raudah ye..

Unknown said...

anak kakyong mula tadi hari ni...
haru juga dibuatnya..

FarhanaFabulous said...

epi new year..following...

hans said...

hehehehe
dah habis dah cuti

P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!

Unknown said...

rindunya zaman sekolah dulu

NM02 said...

selamat tahun baru dan selamat berkenalan dari saya dan kalu sudi, silalah follow saya balik. saya dah follow awak dan kita tukar link jadi member alam maya eh...

jgn luper follow *_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails