Salam perkenalan yang disambut menjadikan hubungan yang terjalin di alam maya bertambah erat. Pertemuan yang tak disengajakan telah disalah tafsirkan. Kasih sayang yang diberikan sesama manusia turut disalah ertikan. Menyebabkan berputiknya rasa cinta dalam diri si Adam buat si Hawa.
Malangnya rasa cinta itu tidak berputik di dalam diri si Hawa menjadikannya umpama cinta tak bersahut dan ianya terbang bersama-sama angin sepi. Namun si Adam tetap menagih rasa itu dengan mahukan kata-kata sayang. Itu menjadikan diri si Hawa rimas dan tak selesa. Namun begitu, si Hawa tetap memberikan kata-kata sayang sedangkan dye tidak ikhlas mengucapkannya. Maka wujudlah satu pembohongan di situ. Teganya si Hawa memperbodohkan si Adam, tapi itulah yang mampu si Hawa lakukan bagi mempertahankan hubungan sebagai kawan.
Walaupun begitu, pengucapan kata sayang itu sudah diperjelaskan oleh si Hawa bahawasanya sayang itu hanyalah sebagai seorang kawan. Nampaknya ia dapat diterima baik oleh si Adam. Si Hawa turut mengjangkakan si Adam faham akan tiada cinta untuknya. Tapi sebaliknya yang terjadi. Si Adam tidak jemu-jemu mengungkapkan kata ''I LOVE YOU''. Ini menjadikan keadaan yang sedia parah bertambah parah.
Kini hubungan si Hawa dan si Adam telah putus. Turut putus ialah hubungan antara kawan. Ini semua berlaku setelah si Hawa berterus terang akan perasaannya yang sebenar terhadap si Adam. Si Adam yang tidak dapat menerima kebenaran yang sebenar telah berjanji tidak akan menghubungi si Hawa lagi. Walaupun si Hawa gembira yang si Adam tidak akan menghubunginya lagi, tapi ada juga sedih sebabnya si Hawa telah kehilangan seorang teman.
Kini apa yang mampu si Hawa lakukan hanyalah berdoa semoga kehidupan si Adam bahagia dengan tiadanya si Hawa. Si Hawa turut mengharapkan si Adam bertemu dengan wanita yang lagi baik darinya. Ini kerana si Hawa merasakan bahawasanya dia bukanlah wanita yang baik dan tak sesuai untuk berdamping dengan si Adam yang dikenalinya itu. Apa yang si Hawa doakan adalah semuanya yang terbaik untuk si Adam. Maaf..
Teruskan kehidupan selagi kita diberi kesempatan.
Jalan yang berliku-liku di hadapan adalah kehidupan sebenar buat kita..
Sehingga berjumpa lagi..
Adakalanya kita hendaklah melepaskan apa yang kita sudah dapat
1 comment:
hurm.
kalau jodoh tak ke mana.
kan?
kalau bukan sekarang, mungkin kemudian?
XD
Post a Comment