Thursday, January 20, 2011

''Bila kita diam kita dikatakan setuju''

Kenapa? Itulah persoalan aku untuk ''Bila kita diam kita dikatakan setuju''.. Kebiasaanya situasi yang boleh dikaitkan dengan hal ini ialah bila ada sebelah pihak telah datang untuk meminang kita. Ibu bapa telah pun bertanyakan hal ini kepada kita sama ada kita menerima atau tidak pinangan dari pihak tersebut. Kebanyakkan anak-anak dara pasti mendiamkan diri dari mengungkapkan perkataan 'setuju' atau pun 'tidak setuju'. 


Namun begitu hal ini mungkin telah disalah tafsirkan oleh ibu bapa kita. Diam kita bermakna kita setuju. Namun aku ada pandangan dan pendapat sendiri kenapa kita diam. 

1. Tidak mahu mengecewakan Ibu bapa
- Mungkin bila kita berbicara dan kita katakan 'tak setuju'. Ini pasti mengecewakan ibu bapa. Bersedianya ibu bapa untuk menyerahkan tanggungjawab kepada seseorang tapi apa yang telah kita ungkapkan telah membuatkan mereka sangat sedih. 

2. Malu untuk mengaku
- Ada juga mereka yang malu-malu kucing. ''Malu tetapi mahu''. Bersetuju untuk menerima peminangan tersebut, tapi malu untuk membicarakan. Kadang-kadang orang yang seperti ini selalu terlepas apa yang diinginkan. 

3. Berfikir seketika
- Apa yang harus diketahui ialah bila diam bermakna kita sedangkan berfikir. Nasib kita yang hendak dipertaruhkan di tangan orang lain. Kita hendaklah berfikir sehabis baik. Dapatkan orang itu menjaga kita nanti? Dapatkah orang itu bersama kita hingga ke akhir hayat?


4. Cuba mengawal perasaan
- Berdebar-debar. Itulah perasaan yang kebiasaannya dirasakan oleh mereka yang dipinang (wahh macam ada pengalaman pula). Dengan cara berdiam diri pasti dapat mengawal perasaan itu. 


Itulah pendapat dan pandangan aku tentang ''kenapa kita diam''. Lain orang mungkin lain pandangan. Kepada yang mempunyai pandangan dan pendapat boleh tinggalkan komen entry ini. Apa yang ingin dipesan ialah jangan malu-malu, teruskan mengapai apa yang telah terhidang di depan mata. 

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

4 comments:

Taufan Bin Ribut said...

shhttttttttttttttttttttttt

HaiDa HiDa said...

setuju sgt ngan alasan pertama.. mgkin jge berdiam diri tuk memberi peluang kepada ibu bapa yg tentukan.. :)

APi said...

diam untuk berfikir sejenak..^^

CeritaSekupang said...

diam tanda tengah berfikir dan senyum tanda setuju...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails