Sunday, January 16, 2011

Jangan kerana mulut......

Jangan kerana mulut badan binasa. Tapi jika kerana mulut, pulut habis tak mengapa. Wahh pulut ikan kering. BEST juga kan.. Lapar pula aku rasakan..

~Cantik ke?~

Hah nganga luas-luas, tapi jangan sampaikan terkoyak sudah. Kalau nganga luas-luas mulut wangi tak mengapa, jangan mulut busuk sudah. Bukan busuk sebab makan petai atau tak gosok gigi (opss pagi nie aku tak gosok lagi), tapi busuk sebab dop menjaja cerita orang. 

~owhh busuk ek. Bau mulut kau lah!!~

Menjaja cerita-cerita orang yang sememangnya akan menjadi hot aka panas. Sampaikan terkibas-kibas. Lau jaja goreng pisang yang panas tu adanya faedah, leh makan juga, perut pun jadi kenyang. 

~Tau pun kau mulut jahat!!~

Jahat sebab apa? Kau faham-faham sendiri lah. Baik jadi orang bisu dari kau boleh berkata-kata. Menambahkan dosa aje dengan umpat keji kau tu. Tak puas hati dengan orang tu, janganlah pula dop menjaja perihal buruk dan rahsia orang tu. Kalau kau nak tahu, bertapa tingginya kepercayaan orang tu pada kau sehinggakan dye bercerita rahsia dye dekat kau. Tapi kau telah meragut kepercayaan orang tu.

Sampaikan sekarang aku dapat lihat, takde orang nak kawan dengan kau. Semuanya sebab mulut kau lah. Pot pet pot pet pot pet dop cerita dengan orang buruk baik orang lain. Kau tak rasa itu memalukan kau ke? Owhh mungkin tak lah kan sebab tu kau sibuk dop menjaja dekat orang. Aku cadangakan kau jaga lah mulut kau tu kalau kau tak nak kau makin kehilangan kawan. Nie cadangan je, kau tak nak ikut pun tak mengapa sebabnya aku tak dapat untung atau rugi pun. 

Kesimpulannya ''JANGAN KERANA MULUT!!''

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda



8 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

bg colgate byk2..suruh cuci mulut.bertaubat

ezzah said...

kerana mulut badan binasa :)

Unknown said...

bukan salah mulut, tp salah lidah yg tak bertulang tu

Jejak Blogger said...

mulut Tuhan beri satu je kat kita... tu pun susah nak jaga.. baya Tuhan beri kita 10 mulut? fuh...

Cikku said...

shera: potpet potpet potpet dan potpet
kemudian potpet lagi.heheh

pasni buleh la buat entri jangan kerana mata. XD

Mr. Swift said...

Morning! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
Heyy btw lawa blog and happy blogging! And happy new year 2011 too! Sempat lagi kan? :)


Psst! : Bloggis Comel Buat Perkara Tak Patut Jangan Tiru!

Psst : Lelaki Bersuara Emas Jadi MrBean!

Nazz@Purple said...

tak suke org cm tu..

Aleen Aiden said...

kesimpulannye xpayah nak sebuk hal org.sebuk hal sendiri sudah.mcm 2kah?hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails