Saturday, July 31, 2010

Lagi 16 Jam..Tinggallah kau..Selamat Jalan moga kita tidak ketemu lagi.



Berat mata memandang, berat lagi bahu aku yang menanggung semua ini. Untuk melepaskan kau pergi amat berat bagi aku kerana dikala angka 19 banyak mengajar aku erti kesusahan dan kesenangan. Pelbagai dugaan dan cabaran aku harungi dan itu semua tidak mematahkan semangat ku malah terus membangkitkan perasaan untuk meneruskan kehidupan ini. Kehidupan ini telah mengajar aku erti berdikari, kesabaran dan berusaha. Dalam episod angka 19 ini, tarikh 31 Disember 2009 merupakan satu sejarah yang aku memang tidak dapat lupakan. Untuk lebih lanjut tentang sejarah itu rujuk sini dan sini.

Betapa beruntungnya aku kerana dilahirkan di dunia ini. Sebelum itu, aku telah dinobatkan seorang yang berjaya dalam memastikan kehidupan ini milik aku. Kamu yang membaca juga merupakan seorang yang berjaya. Berjayanya kamu pada saat itu tidak bermakna kamu berjaya di saat ini. Namun usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil.

Angka 2 dikala ini sedang enak melambai-lambai untuk menjenguk aku. Angka 1 sedang dalam kesedihan bagi meninggalkan aku. Namun aku sebagai pemilik dan bakal menjadi pemilik angka-angka itu berasa teramat-amat sedih. Tiada lagi perkataan belas yang bakal terungkap di bibir mulut bila orang bertanyakan akan usia ini.

Nota kirikanan :
Akan mendapatkan big apple untuk angka 19

Friday, July 30, 2010

Aku Suka >> Imam muda Pilihan Menang iaitu Imam Muda Asyraf

Pertama kalinya aku nak ucap tahniah kepada Imam Muda Asyraf kerana telah dinobatkan sebagai Imam Muda bagi musim pertama. Buat Imam Muda Hizbur juga tahniah diucapkan kerana sampai ke peringkat akhir. Juga ucapan tahniah buat Astro Oasis kerana dapat menjayakan program yang begitu bagus seperti Imam Muda ini. Malahan program ini turut mendapat sambutan di luar negara. Kita sebagai warganegara yang cintakan Malaysia patut bangga dengan pencapaian seperti ini.




Tinggal di asrama tidak bermakna aku tidak dapat melihat program ini. Dengan kecanggihan teknologi yang semakin membangun, hanya dengan menggunakan hujung jari jemari anda pasti anda dapat melihatnya. Buat sesiapa yang juga senasib dengan aku yang tidak dapat melihat rancangan ini di kaca televisyen pastikan anda klik di sini. Bukan hanya episod kemuncak yang dapat anda saksikan, malahan kesemua episod disiarkan.

Moga program Imam Muda ini terus mendapat sambutan dengan mengadakan Imam Muda musim yang pertama dan seterusnya seperti mana rancangan hiburan yang tidak putus-putus bersiaran di televisyen seperti Akademi Fantasia sehingga terdapatnya Akademi Fantasia musim ke 8 dan rancangan Mentor sehingga adanya Mentor musim ke 4. Rancangan ini terus mendapat sambutan sehinggakan para penonton tidak jemu-jemu untuk melihatnya. Harapan semoga program Imam Muda ini turut menpunyai peminatnya yang tersendiri juga.


Nota kirikanan :
Mengidam big apple!!!

Wednesday, July 28, 2010

''Geram..Gembira.. Semua ada''

Kejam!!! Ikhlas tak buat kerja? Keteorang bayar tau perkhidmatan bas tu. Kalau nak kerja buat lah cara cam orang kerja. Pastikan semua pelajar yang nak p kelas diangkut dengan jayanya. Bukannya bila pelajar nak naik bas, pintu bas ditutup, bas dah gerak. Sedangkan masih ada ruang-ruang kosong untuk dipenuhi. Such an idiot person. Kalau sorang dua je pemandu bas yang cam tu aku leh konsider lagi. Nie dah 3,4,5 sapa yang leh sabar weii. Gerrrrr

Balik je kelas aku terus p pejabat kolej untuk dapatkan tandatangan penolong pengurus asrama bagi borang permohonan pelekat kenderaan. Sekali aku p dekat pondok pegawai keselamatan untuk serahan borang bagi mendapatkan steaker, pegawai tu cakap borang aku sem lepas punya. Lagi lah aku gerrrr. Borang tu pak cik guard yang dekat pintu utama yang bagi wei. Nak tak nak aku kene isi borang baru dan p amik tandatangan baru. Arhggg aku memang takde kerja agaknya sampai kene buat kerja sama berulang-ulang kali. Bosan betul. Borang tu akan diserahkan esok pagi pula.

Aku and the geng ada kisah menarik. Kteorang sama-sama berjuang dengan masuk pertandingan futsal. Siap ada trainning lagi. Macam nak lawan antara kolej dan universiti pula. Kelakar sungguh. Trainning pula tanpa streching. Mulalah sakit sana, lebam sini. Tapi kami enjoy dan sempat lagi posing. Memang tak leh blaa.. Gambar takleh nak letak sebab tak comel. Hehe

Nota kirikanan :
Majulah sukan untuk badan yang sihat.

Monday, July 26, 2010

''Aku bukan Perempuan Desperate''




Akhirnya aku ketemu juga facebook dye. Selama nie dengan menggunakan email yang sama napa aku search tak jumpa pun, tapi malam nie rezeki itu milik aku. Namun aku tak add pun dye. Sebab? Aku tak nak dye ingat aku nie terhegeh hegeh nak kan dye. Tapi memang aku nak kat dye pun. Biarlah ini rahsia antara aku ngan korang yang baca cerita aku.

Aku tak nak jadi cam 'perigi mencari timba', aku tak nak meletakkan maruah aku teralu rendah sehingga aku yang memulakan langkah. Bukan akan nampak cam aku nie desperate sangat ke? Namun aku hanya berserah kepada mu Ya Allah. Jika benar dye adalah buat aku, kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya, namun jika tidak kau jauhkanlah hatiku dari hatinya.



nota kirikanan :
kalau ada jodoh takkan lari gunung dikejar.

Sunday, July 25, 2010

''Kenangan Hari Ini>> 24 Julai 2010 (Sabtu)


~kamu amat kerdil~


~ masa depan saya ada disana~


~keayuan dye amat terserlah ~


~kebahagian milik kami~





~Saya SAYANG dye~


~juga sayang mereka~

nota kirikanan :
hanya gambar sebagai tatapan.

Friday, July 23, 2010

''Selamat Hari Jadi Perdana Menteri Malaysia''

23 Julai >> Hari Jadi Datuk Seri Najib Tun Razak..

Mengharapkan kemakmuran Malaysia..

Info : mStar Online

Nota kirikanan :
Aku makin tua

Wednesday, July 21, 2010

''Wireless UTM >>dapat aku gapai''

MAJU!! Perkataan yang harus aku lengkapkan untuk Wireless UTM. Dalam tempoh 2 tahun setengah aku dop UTM, inilah 1st time aku dapat excess internet guna Wireless UTM dari bilik aku. Kalau tak, apa pun aku tak dapat. Nak online terpaksa lah ada 'Broke' bukan ''James Broke'' tapi ''Brokeband'', ataupun aku kene p area pejabat untuk dapat wireless. Sangat kejam bukan.

Selama mana wireless ini mampu bertahan? Adakah hanya untuk seketika? atau Adakah untuk selama lamanya? Nanti aku update lagi. Kalau untuk selama-lamanye aku kene terminate lah brokeband kan. Kalau tak membazir je, sebab ada tapi tak guna. Ish membazir tu amalan syaitan. Tak leh nak ikut. So i will think about it later.

nota kirikanan :
Update blog guna wireless UTM.

Tuesday, July 20, 2010

''Jahatnya Shera. B*B*!!!!''

Dah 2 hari aku tidak meroyan. Kali ini aku ingin kembali meroyan setelah apa yang terjadi. Apa kaitan tajuk entry ngan aku? Shera tu adalah ejaan bagi nama aku sebagaimana yang dipanggil. Dengan adanye ejaan seperti 'SHE' bermakna aku seorang perempuan.

Tajuk entry nie diambil daripada satu inbox Short Message Service (SMS) kepunyaan seorang teman yang dihantar oleh seorang teman. Kata seorang teman kepada seorang teman ini bahawasanya aku adalah jahat. Betulkah? Aku tersentak seketika setelah membaca mesej itu. Apakah salah yang aku telah buat sehingga aku dikatakan jahat dan diiringi pula dengan perkataan yang tidak elok iaitu B*B*!! Subhanallah.. Aku sangat kesal sekali.

Berterus terang merupakan langkah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini. Segalanya telah dapat diungkapkan hari ini. Dengan hanya perkara kecil yang aku nyatakan hanya sebesar kuman aku dikatakan jahat. Owh sungguh mudah penilaian terhadap diri aku yang teman itu lakukan. Jika aku mencuri atau merompak apakah gelaran yang akan diberi kepada aku?


Nota kirikanan :
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.


Saturday, July 17, 2010

''Bukan saja-saja nak Meroyan..Meroyan dengan bermotivasi''




Tak habis lagi dengan tajuk ''Meroyan''. Aku nak sambung sikit je lagi. Korang sabar ya. Aku nak meroyan dengan buat header baru. Kat atas tu lah header baru ciptaan generasi masa kini. Entah dari planet mana aku dapat idea nak buat header cam tu. Tapi bagi aku amat bermakna sebab bagi motivasi pada aku.

Aku sebenarnya budak yang jahat. Bukan jahat sampai nak mencuri, mencabul atau nak melucah kat sini, tapi jahat aku suka buli orang, suka wak sakit ati orang. Itu apa yang aku tau tentang aku lah. Aku bukan sengaja nak buat cam tu tapi dah orang buat sakit hati aku, dah orang buli aku takkan aku nak buat tak tahu pula. Macam aku nie takde perasaan plak.

Dengan header baru akan mengingatkan aku jangan buat jahat selalu. Tapi ada ketikanye kene buat baik juga supaya dapat tampung perbuatan jahat yang telah aku buat tu. Disamping tu aku juga nak ingat mengingati antara satu sama lain. Tak salah kan aku nak share dengan korang semua? Dengan itu jadilah header yang cam tu.

nota kirikanan :
aku suka dengan cara aku.
Kalau rasa aku tak betul sila tegur.Jangan malu-malu

''Meroyan''

Hari minggu yang sangat bosan. Ada kawan pun cam xde kawan. Semua buat hal masing-masing. Dok dalam bilik terperuk je. Entah pe yang diorang buat. Jangan tanya aku sebabnya aku pun tak tahu. Nak tau p tanye sendiri ya. Blok g14 KRP UTM SKUDAI. OkOk..



Hari nie buat julung kalinya aku telah menukar nama blog aku. Kenapa? Sebab aku meroyan hari nie. Bukan sebab anak mati(aku takde anak lagi ya) tapi sebab aku kebosanan yang teramat sangat. Dah tak tahu nak bagitahu cam mana yang aku bosan tu. Memang sukar nak cerita kat sini. Jadi sempena aku meroyan hari nie aku tukar nama blog kepada ''TEMPAT NAK MEROYAN''. Buat sapa-sapa yang nak meroyan dengan aku meh lah singgah blog aku. Aku juga tukar background blog aku nie. Colourful n petak-petak lagi. Siap dengan A,B,C n bla bla. Sebelum nie aku namakan blog aku 'Nothing'. Sebab? Dah memang nothing nama blog nie.. Atoii.

Nota kirikanan :
Sekarang nie pun ngah meroyan lagi..

''Maya Karim Sah Cerai''

Kuatnye aku tido hari nie.
Semalam dah lah tido awal.
Pagi pula bangun sekejap, lepas tu tido balik.
Apa nak jadi nie?
Journal tak cari lagi. (^.^)

Bangun je dari tido terus degar THRGEGAR..
Apa yang aku degar katanye,
''Maya Karim(artis tu!!) dah sah cerai dengan suaminya dengan talak satu''.
Jadi tamatlah sudah kontrovesi yang melanda mereka selama ini..
Tetttt..

nota kirikanan:
opss~ aku bukan minah gosip sebenarnya tapi dah tergosip sal artis plak..
wink2x~

Wednesday, July 14, 2010

''Sejarah perkataan itu''

Hari nie hari ketiga menjalani kuliah. Tapi hari nie takde kuliah pun. Apa yang ada? Hanyalah perjumpaan dengan lecturer bagi membincangkan tajuk-tajuk Projek Sarjana Muda (PSM) aka Projek Serabut Minda. Makin tension plak aku rasakan dikala ini. Minggu pertama dah sibuk mengalahkan punya harta berjuta-juta nak kene sattle. Apakah?

Semalam masa kuliah kimia bahan, seorang lecturer ada bercakap sal perkataan nie>>>
Air Besar!
Air Kecik!
Apakah? Ala yang benda yang korang dop buang tu lah yang besar dan yang kecik.
Perkataan nie mulanye dilahirkan masa zaman-zaman dahulu (sila kembali ke zaman dinasour).
Orang dulu-dulu tinggal kat tepi laut atau sungai. Jadi untuk proses pembuangan, diorang punya tandas atas air. Bila benda yang dibuang tu jatuh dan bunyi air berkocak besar jadi benda yang dibuang tu digelar air besar. Tapi bila yang dibuang tu menyebabkan air berkocak kecil, ia digelar air kecik.

nota kirikanan :
sapa yang dah tau sal keturunan perkataan ini?


Tuesday, July 13, 2010

''Pejam celik, celik pejam dah 300''>> telurdibasuh

0">
Sapa ehh telur dibasuh nie?
Owhh dye adalah follower yang ke 300 blog aku.
Tengok tu aku dah siap buat petak-petak khas lagi.

'untuk tumbesaran sila klik pada gambar'

Tentang dye yang dye dop crte ialah:
''telor itu bulat''
Betul ke telur tu bulat?
Ehh setahu aku bujur, tapi lau bulat leh lah dijadikan bola.
Leh tendang sana, tendang cnie.
Follower blog dye ramai tak setanding follower blog aku.
Blog dye menarik sebab ada macam-macam cerita.
Yang tak tahu pun bila bace blog dye pasti akan dapat tau.
So kalau sapa-sapa berminat nak tau apa yang korang nak tau leh lah usha blog telur dibasuh.

Nota kirikanan:
tahniah telur dibasuh kerana jadi follower yang ke 300 aku.
Tapi takde hadiah lah aku nak kasi..

Monday, July 12, 2010

''FinaL yeaR SudAH''

Hari nie amat memenatkan. Even tengah sakit kepala sebab terkene hujan masa balik kuliah tadi, aku nak buat menulis gak.

Tanggal 12 Julai 2010 bermula lah saat dan detik dimana aku menjalani kehidupan di universiti sebagai budak tahun akhir. Sampai jam 8.15 pagi tadi, tergesa-gesa gosok baju dan mandi sebab jam 9.00 pagi ada kuliah. Jadual kuliah sangat-sangat padat. Tak sempat nak rest dah ada kuliah tuk subjek lain. Nie lah cabaran yang harus ditempuhi. Tapi tadi dah terponteng satu kuliah. Kenapa? Sebab nak amik barang kat stor. Time ada kuliah tu lah stor nak buka. Malas nak lawan kerani kat pejabat terpaksa aku ponteng kuliah.

Balik amik barang terus simpan. Tapi semakin simpan semakin bersepah. Sekarang nie pun masih ada sisa-sisa yang dok tengah-tengah dalam bilik aku nie. Malas dah nak simpan. Sambung esok plak tu pun kalau aku rajin. Huhuhu

Setiap kali masuk semester baru mesti ada azam baru. Tapi azam dari awal semester lagi sampai sekarang tak penah berubah-rubah. Azamnya tetap sama. Kenapa? Sebab tak pernah azam yang sebelum nie tercapai. Sebelum masuk semester cakap nak buat itu, nak buat ini. Tapi bila dah masuk habuk pun takde.

nota kirikanan:
moga aku dapat berubah..

Sunday, July 11, 2010

''Euro Fun Park''

Tempat : Belakang Tesco sebelah terminal bas.
Buka sehingga 30 Julai 2010.



Hangout with all the sibling before going back to the UTM is the most enjoyable time that i have. Ayokk aku speaking indon opss mat salleh plak. Bukan nak balik London pun nak balik Johor je. Susah susah je dop speaking bahasa penjajah nie.

Sebelum aku ke cerita sal tajuk diatas, aku nak mintak maaf lah buat sapa-sapa yang dop tunggu entry dari aku nie sebab semalam takde entry yang dibuat. Ada ke orang tunggu entry aku? Entah-entah semua orang meluat kot. Whatever!!!

Malam sabtu baru nie aku p fun fair dengan adik beradik aku. Nama fun fair tu 'Euro Fun Park'. Papa ngan Mama tak ikut sebab diorang kurang sikit benda yang main-main cam gnie. Bukan main ramai lagi orang malam tu. Maklumlah malam minggu kan. Time time cam gnie lah semua orang nak jadi kelawar sebab esok tak payah sibuk sibuk nak bangun awal p kerja, tapi solat subuh tu kene lah bangun. Nak tengok ramai tak orang tengok pic kat bawah nie.


Nak masuk dalam tu kene bayar tau. 3 ya untuk dewasa dan 2 ya untuk kanak-kanak. Kaunter ticket lelaki dan perempuan diasing tapi manusia-manusia nie mana pandai membaca, semua hentam keroma. Kaunter lelaki pun ada perempuan, kaunter perempuan pun ada lelaki. Ishh susah sangat ke nak ikut peraturan cam tu? Sendiri jawab lah.

Fun fair cam gini jarang sekali nak ada kat negeri aku nie. Maklumlah Negeri yang bertittle kan ' Bandaraya Islam'. Nik Aziz susah sikit nak bagi sebab nanti ada pergaulan bebas dan melampaui batas plak.


Bila dah siap beli ticket semua dapat lah masuk dalam tu. Banyak juga lah permainan yang ada tapi ada yang berfungsi ada yang tak. Kempunan aku nak naik Roller Coaster sebab malam tu tak berfungsi lak benda tu. Jadi kene main juga benda lain, nanti kalau tak main rugi plak.






Jadi kami decide nak naik kereta then adik aku yang perempuan tu nak naik kuda. Pada awalnye kakak aku naik ngan adik lelaki aku. Tapi orang yang keje kat situ tak kasi dop lelaki perempuan. Mungkin dye ingatkan pakwe makwe kot. Kakak aku bagitau yang mereka adik beradik. Tapi orang tu tak kasi juga. Katanye nanti ada orang amik gambar then takut kerajaan negeri tau. Nanti dye kene buang kerja. Atoiii susah betul lau dah tittle 'Bandaraya Islam', adik beradik pun kira salah juga ehh. Nak tak nak kakak aku kene turun dulu then baru naik ngan aku.

Masa naik benda tu punya lah takut. Terutama masa dye buat putaran lawan arus. Cam nak tercabut je benda tu. Huh kalau tercabut aku rasa mati katak je. Sempat mengucap ke tak wallahualam. Kakak aku pulak dop berteriak, naik bingit telinga aku. Huhh nak naik sangat orang perempuan cam nie lah. Then sebab naik benda tu lah kepala aku pusing-pusing seperti tajuk entry kat bawah nie.



nota kirikanan ;
3 ya = 3 ringgit
fun fair nie penah ditutup selama 2 hari sebab tak ikut terma dan syarat.


Friday, July 9, 2010

''Ayokkk..pusing-pusing nie''

Penim kelapa uihh kepala lah..
.
.
.
.
Tersasul seketika penim punya pasal..
.
.
.
Nanti story mory naik lorry ya..
.
.
Teddy Bear Hakirow dah panggil minta di peluk..
.
Merangkak ke katil dengan jayanye..

~Adios Amigos~

''Bodoh tak leh nak tegur, pandai tak leh nak ajar''

Manusia,,manusia,,manusia,,
Tegur sikit nak marah-marah..
Tegur sikit nak mengamuk..
Nie lah orang kata ''bodoh sombong''..
Semua nak ikut kepala sendiri..
Bajet pandai sangat-sangat lah tuu..
Umur belum setahun jagung dah nak lawan orang..
Buat orang cam tunggul..
Bila nak sesuatu baru ''lembik gigi dari lidah''..
Takdenye aku peduli ngan kau..
Sendiri mau ingatlah..

Buat baik dibalas baik..
Buat jahat kau tunggulah balasannya..
Bukan balasan dari aku, tapi balasan dari yang maha Esa..
Kalau tak di balas di akhirat..
Kat atas dunia lagi kau dapat 'Cash' tau..
Takde hutang-hutang..
Jadi baik kau taubat sekarang..
Buat amalan banyak-banyak..
Aku doakan semoga taubat mu diterima dunia mahupun akhirat..

Orang kata mereka yang dengki akan kebahagian orang lain tak senang hidup di dunia selagi apa yang dye nak buat dekat seseorang tu tak berjaya. Betul ke tak? Aku pun rasa-rasa cam tu juga dan aku nak tambah sikit lagi, bukan setakat kat dunia nie kau tak senang hidup, malahan kat akhirat kelak kau akan bertambah-tambah tak senang hidup. Apa yang baik kita jadikan teladan dan apa yang tidak baik kita jadikan sempadan.

p/s ~ counting the day. That day will come..




Thursday, July 8, 2010

''pUsing TengOK keINdaHAN aLAM>> SekALI OraNG GileR AMik GambAR KAmi''

Memandangkan hari Ahad nie dah kene balik UTM Sanjungan Bangsa..
Tadi p pusing-pusing ngan kakak n adik naik moto tengok keindahan alam plus minus cuci mata usha-usha budak kampung yang hensem lagi bergaya..
Ingat terpaut lah kat mana-mana ensem boy tapi hampeh..
Sorang pun tak jumpa..

Tapi kami terjumpa orang giler..
Dye amik gambar kami naik moto lagi..
Tapi kami tak ambik gambar dye sebab kami tak bawak handfhone time tu..
Uishh menyesal sangat..
Kalau tak leh p bluetooth gambar kami yang dye ambik..
Hak3x..Mesti lawa kan..
Siap ada gaya lagi time ambik gambar kami..

Terbaik!!!!!
Nak p jejak orang giler yang amik gambar tadi lah!!

Monday, July 5, 2010

"LENSA BURUK, THE CONTEST"



Setelah dibaca secara keseluruhan apa yang dikehendaki oleh pemilik blog http://annemohdyassin.blogspot.com/ dan syarat-syarat pun sudah dipatuhi..

Foto yang menjadi taruhan ialah




Tajuk foto : Sos Cili Pilihan di KFC
Model Telefon Bimbit : Nokia 5610 Express
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana memberikan saya idea dalam mencari 'side' yang menarik untuk gambar yang lebih tertarik.

Mangsa seterusnya ialah :

http://kamiterritory.blogspot.com/
http://theonlyza.blogspot.com/
http://www.idasazarina.com/
http://syairsiparapara.blogspot.com/
http://batuburpblur.blogspot.com/

Sunday, July 4, 2010

BiLa pAKAi baJU ....mACam taK SELesA''

Dah seminggu asyik dok makan malam.
Berat pun dah makin bertambah.
Bila di tambah di tolak lemak dan isi jadi lah (biarlah rahsia)

Bila tengok dalam cermin

gnie jadinya
Ingat kan kurus upenya dah gemuk.

Kene kembali ke bentuk asal.
Supaya dapat menarik perhatian si memandang.
Ramai junior-junior baru yang berdaftar di UTM sana.
Apakah??
Faham-faham je lah.

Lagi seminggu dapat jumpa junior baru. Ahakzz
Tak sabar rasanya.



''Contest Mata Menawan''



~Klik pada gambar diatas untuk lebih lanjut~

Mata saya menawan?
Auuu memang tertawan..



Buat Mashi
Terima kasih daun Keladi.
Lain kali tag lagi..

*
*
*

Mangsa saya yang seterusnya ialah

http://shiydaaqma.blogspot.com/
http://norashikin-jamil.blogspot.com/
http://nardnerd.blogspot.com/


Saturday, July 3, 2010

''AMikk Kau sebIJI Pun aKU tak Kasi''

Argentina sila bungkus kain baju yang ada sekarang!!!
(di jemuran pun sila pungut juga)
Argentina balik naik perahu sudah!!!!!!
(yang buat pakai kertas bila time hujan buat main dalam air bertakung)

Maradona dah tergolek-golek>>macam bola
Apakah???
Tiada kene mengena ya.

German sumbat 4 bola dalam gol.
Argentina sumbat angin dalam gol.
Apa sudah jadi?
Kalah lah Argentina kepada German.

aMIK wak KELIK boLA aPI seBUTir Argentina..Wak BErlaTIH tuk fIFa SEterUSNYA..


''bERLagAk DiJAlaNAn>>GaGak HitaM''

Bajet kau hensem arghh..
Jangan ingat aku perempuan, aku tak berani.
Aku minah rempit di jalanan.
Kalau naik BMW ke, Lancer ke..
Aku bagi je kau pergi dulu td.
Tapi ko naik wira je pun.

BoleH BlAA...

Ingat tu jalan pak incik ngan mak incik kau ke?
Kalau kepunyaan mereka aku tak kisah sangat.
Kau boleh potong ikut mana ko suka.Potong Nyerong pun boleh.
Pak Sultan ngan Mak Permaisuri nak lalu pun pakai polis
Apakah???

Beradab bersopan kat jalan raya pun perlu gak.
Bukan nak lalu depan orang tua je kene bongkok kan belakang, bagi tangan jalan dulu.
Kat jalan raya pun kene juga tau.
Bagiterangkat tayar depan pun tak pe nak bagi beradab cikit.
Tapi kene saman dengan pak saudara lah.

Jadi apa yang nak disampaikan kat cnie.
Jangan potong Q ya.
Beratur ikut turn.

Thursday, July 1, 2010

''Friend Forever''

Baru lepas makan nasi + Budu.
Taruk durian sebagai penaik selera.
Cicoh dengan timun pun jadi doh.
3 kali namboh nasi


Muka pun jadi bertambah comey.lalala

************************************************
Hari nie last day menjalani latihan praktikal.
Sangat cdey bila mahu meninggalkan teman-teman.
Lelaki Perempuan semua di peluk dicium.

Kiss through the fhone, straw n apa-apa pun boleh.




Apa yang paling menarik sepanjang praktikal nie ..


~hangout with all da gurl~



~celebrate frdz birthday~

dan kami buat kacau dekat laptop kawan kami (Lelaki) . Apa yang terjadi..


~kami ambik gambar kami~

I WILL REMEMBER ALL THE GREAT TIME WITH ALL OF YOU.
ONE'S WE ARE BEING A FRIEND, WE WILL BE FRIEND FOREVER..

Friend Forever - Graduation

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails