Monday, July 12, 2010

''FinaL yeaR SudAH''

Hari nie amat memenatkan. Even tengah sakit kepala sebab terkene hujan masa balik kuliah tadi, aku nak buat menulis gak.

Tanggal 12 Julai 2010 bermula lah saat dan detik dimana aku menjalani kehidupan di universiti sebagai budak tahun akhir. Sampai jam 8.15 pagi tadi, tergesa-gesa gosok baju dan mandi sebab jam 9.00 pagi ada kuliah. Jadual kuliah sangat-sangat padat. Tak sempat nak rest dah ada kuliah tuk subjek lain. Nie lah cabaran yang harus ditempuhi. Tapi tadi dah terponteng satu kuliah. Kenapa? Sebab nak amik barang kat stor. Time ada kuliah tu lah stor nak buka. Malas nak lawan kerani kat pejabat terpaksa aku ponteng kuliah.

Balik amik barang terus simpan. Tapi semakin simpan semakin bersepah. Sekarang nie pun masih ada sisa-sisa yang dok tengah-tengah dalam bilik aku nie. Malas dah nak simpan. Sambung esok plak tu pun kalau aku rajin. Huhuhu

Setiap kali masuk semester baru mesti ada azam baru. Tapi azam dari awal semester lagi sampai sekarang tak penah berubah-rubah. Azamnya tetap sama. Kenapa? Sebab tak pernah azam yang sebelum nie tercapai. Sebelum masuk semester cakap nak buat itu, nak buat ini. Tapi bila dah masuk habuk pun takde.

nota kirikanan:
moga aku dapat berubah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails