Saturday, July 31, 2010

Lagi 16 Jam..Tinggallah kau..Selamat Jalan moga kita tidak ketemu lagi.



Berat mata memandang, berat lagi bahu aku yang menanggung semua ini. Untuk melepaskan kau pergi amat berat bagi aku kerana dikala angka 19 banyak mengajar aku erti kesusahan dan kesenangan. Pelbagai dugaan dan cabaran aku harungi dan itu semua tidak mematahkan semangat ku malah terus membangkitkan perasaan untuk meneruskan kehidupan ini. Kehidupan ini telah mengajar aku erti berdikari, kesabaran dan berusaha. Dalam episod angka 19 ini, tarikh 31 Disember 2009 merupakan satu sejarah yang aku memang tidak dapat lupakan. Untuk lebih lanjut tentang sejarah itu rujuk sini dan sini.

Betapa beruntungnya aku kerana dilahirkan di dunia ini. Sebelum itu, aku telah dinobatkan seorang yang berjaya dalam memastikan kehidupan ini milik aku. Kamu yang membaca juga merupakan seorang yang berjaya. Berjayanya kamu pada saat itu tidak bermakna kamu berjaya di saat ini. Namun usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil.

Angka 2 dikala ini sedang enak melambai-lambai untuk menjenguk aku. Angka 1 sedang dalam kesedihan bagi meninggalkan aku. Namun aku sebagai pemilik dan bakal menjadi pemilik angka-angka itu berasa teramat-amat sedih. Tiada lagi perkataan belas yang bakal terungkap di bibir mulut bila orang bertanyakan akan usia ini.

Nota kirikanan :
Akan mendapatkan big apple untuk angka 19

1 comment:

maisyara Pot! Pot! said...

tetiba ngidam dengan donut big apple. alahai... xD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails