Monday, November 28, 2011

Kreativiti semasa banjir

Assalamualaikum..

Maaf entry bergambar yang panjang..




















p/s ~ Gambar dari emel yang diterima..

DUMEX DUGRO

Sunday, November 27, 2011

1.1.1433

Assalamualaikum..


Salam Maal Hijrah. Moga dengan tahun Masihi yang baru ini akan dapat memberi lebih kesedaran pada diri kita yang umur kita makin bertambah. Dunia semakin menghampiri ke penghujungnya. Moga kita sentiasa bersiap sedia dari segi amal ibadat dan segala yang penting. 

S.E.L.A.M.AT. T.A.H.U.N. B.A.R.U (1.1.1433)

DUMEX DUGRO

Friday, November 25, 2011

Air sungai, laut, tasik, longkang + Air Hujan = Banjir

Assalamualaikum..

Apa khabar kampung aku ya? Banjir ke tak? Maklumlaa Kelantan kan dah banjir.  Terengganu, Kedah, Melaka dan Johor pun banjir juga.  Tapi bukan seluruh negeri laa hanya bahagian-bahagian tertentu sahaja. Mungkin dah ramai yang telah dipindahkan dan mungkin dah ada sesetengah kawasan tu penduduk yang sebelum nie dipindahkan telah pulang ke rumah masing-masing sebab air dah surut.  

Bila dah banjir, hujan nak keluar rumah pun rasa rimas, malas. Yelah dah air bertakung sana sini, pakaian pun jadi basah. Nak salin lepas tu basuh pun, sah-sah laa lambat nak kering. Bila dan lambat kering, baju mungkin jadi busuk sebab terperap dalam rumah je, matahari pula takde. Sabar je laa korang ya. Nanti bila dah habis musim hujan, nak basuh baju berbakul-bakul pun silakan laa. Insyallah time tu matahari sedia memberi khidmat yang terbaik. 

Aku yang kat Johor nie pun baju dah satu baldi penuh tak terbasuh lagi. Tapi aku bukan nak salahkan sebab turunnye hujan (kat sini petang dan malam je hujan), tapi sebab aku pemalas. Bukannye pemalas betul-betul tapi pemalas yang dibuat. Maksudnye alang-alang nak basuh cadar, selimut nak guna mesin basuh aku peram semuanya supaya senang basuh sekali gus. Lagipun kalau basuh cadar ngan selimut sahaja rugi. Lagipun masukkan duit RM 2.50 boleh basuh sampai 10KG. Berbaloi-baloi bukan?


Tambatan D'Raja dah naik air...

p/s ~ Bila dah duduk kat negeri orang nie, nak tahu update pasal negeri sendiri kenelah like mana-mana page Kelantan kat FB tu. Untung-untung ada gambar banjir terkini yang diupload. 

DUMEX DUGRO

Bukan status nak jiwang #3

 Assalamualaikum..



p/s ~ Aku perlukan sokongan daripada semua orang supaya aku lebih bersemangat..


DUMEX DUGRO

Wednesday, November 23, 2011

Rabu tanpa Kata #18 - BoboBOY

Assalamualaikum..


p/s - kucing yang datang menumpang kasih di rumah parents aku..

DUMEX DUGRO

suka kucing? tekan lah 'like'

Fenomena Khairul Fahmi Che Mat aka Apexx #2

Assalamualaikum..


Malaysia MENANG lawan Indonesia untuk Sukan SEA 2011 dengan penalti 4-3. Kehangatan kemenangan tu masih lagi terasa sehingga ke hari ini. Kamu memang hebat laa pemain-pemain bola sepak dan tak lupa juga kepada the only one penjaga gol kebangsaan En Apex. Kerana ketangkasan kamu menampan dan mendakap bola sepakan terakhir pemain Indonesia dan kerana bola itu bulat dan boleh bergolek, bola sepakan terakhir ketua pasukan Baddrol Bakhtiar telah masuk ke dalam pintu gol setelah terlepas dari dakapan dan pelukkan penjaga gol Indonesia. 

Minta atograf boleh. Kita senegeri. Muhaha

Kini, setelah zaman kejatuhan (jatuh ke) En Apex yang mana ada kadang-kala beliau tidak dapat mendakap bola dengan baik dan kisah putus tunang, fenomena kedua (fenomena pertama) En Apex kembali melanda. Beliau kembali dengan stamina yang lebih bertenaga dan gaya yang lebih encem membuatkan gadis-gadis diluar sana tergiler-gilerkan beliau (Hati-hati nanti kene kejar dengan Dahlia Teck).

Jatuh pun masih lagi nampak encem. Cool pula tu.

Teruskan usaha En Apex. Kontroversi dan kerja jangan campur adukkan. Bakat yang ada jangan disia-siakan. Walau apa terjadi (hal peribadi) tak akan merobohkan kepercayaan aku yang kau boleh lakukan yang lagi baik. Harumkanlah nama Malaysia. 

Semalam adalah suatu kenangan 
Hari ini adalah suatu kenyataan 
Esok adalah suatu penantian...
Kenangan semalam terselit di ingatan.. ♥

p/s ~ Go Apex Go..

DUMEX DUGRO
TESCO

Tuesday, November 22, 2011

Angkara salah faham

Assalamualaikum..



p/s  ~ Kesian..

Aummm

Assalamualaikum...

Sotong Paul membuat jangkaan skuad bola sepak Malaysia akan menang lawan Indonesia??


Yehh memang tak dinafikan lagi tekaan sotong Paul tu betul. Malaysia telah MENANG dengan penalti 4-3 mangalahkan Indonesia. Aku as a citizen of Malaysia very proud dengan kejayaan yang telah diraih oleh team Malaysia nie.

Tak dinafikan semalam kat UTM nie telah dilanda satu fenomena yang luar biasa. Majlis Perwakilan Mahasiswa telah berusaha untuk meminta pihak universiti meluluskan permohonan mereka untuk membuat satu tayangan besar-besaran di dewan besar memandangkan terdapat tiga skrin besar didalamnya dan mereka berjaya mendapatkan kelulusan itu. Ramai orang pakat g tengok dan semalam aku sempat meng'usha' kat sekitar dewan tu memang penuh sesak dengan kenderaan. Dah macam kat stadium je fenomenanya. Bila team Malaysia menang diorang ramai-ramai balik ke blok dengan mengibar jalur gemilang dan bersorak-sorakkan sambil membunyikan hon. Wahh memang gempak gempita laa sekejap. 

Aku pun tengok bola juga semalam. Tapi aku tengok kat bawah blok aku nie aje. Sebelum tu yang separuh masa pertama dah tengok kat tempat aku makan. Bukan sahaja lelaki, sekarang nie perempuan pun layan bola juga. Tak gol lagi pun dah terjerit-jerit, macam baru first time tengok. Tapi apa-apa pun enjoy la tengok semalam. Then hari nie nasib baik cuti. Yehhh bola menang, kami cuti. Terima kasih..

p/s ~ Bangga adanya team bola yang macam semalam. Berhabis-habisan menyerang dan bertahan Good Job. L.O.V.E.A.L.L

Monday, November 21, 2011

BE dari Dumex Dugro

Assalamualaikum..
http://www.blogresipi.com/wp-content/uploads/2009/12/NuffNang_2.0-full.jpg
Selepas kemunculan BE pertama iaitu RIM Playbook setelah pertma kali aku cashout pada 1 Oktober hari tu, kali nie aku dapat BE lagi dari Dumex Dugro. Time tengah problem internet nie lah baru nak dapat BE baru. Aishh nak suruh aku bertambah kerajinan update blog lah nie. Takpe nie satu semangat nie. Bukan selalu nak dapat cam nie.



Masa dapat BE Dumex Dugro nie, RIM Playbook pun dah jadi ME. Memang macam tu, jarang nak ada BE sama-sama running nie. Mesti salah satu je. Tapi takpe lah ada juga semangat untuk update blog dengan berterusan.


p/s ~ Bagilah BE banyak-banyak lagi yaa..



Sunday, November 20, 2011

Berusaha Selagi Terdaya..:_D

Assalamualaikum..


JANGAN SESEKALI MENGAKU KALAH!!!



Jika anda tidak boleh terbang - berlarilah
Jika anda tidak boleh berlari - berjalanlah
Jika anda tidak boleh berjalan - merangkaklah
tetapi walau apa pun berlaku...

teruslah bergerak...
Jauh perjalanan, Luas pandangan..
Lagipun banyakkan bergerak akan men'generate' minda kita dengan apa yang kita lihat.
Insyallah..
:_D


Aku dapat update blog. Owhh sukanya..

Assalamualaikum..

Sunyi je blog aku nie. Bilangan orang keluar masuk pun cikit je. Bila dah lama tak jenguk, tak buat "blogwalking" lagi lah jatuh bilangan yang keluar masuk. *Sedeykan. But it's ok lagipun aku bukan artis, bukan blogger hot nak bilangan pengunjung 1K. Seratus pun tak sampai. Berblog pun hanya suka-suka. Untuk meluahkan perasaan, menghilangkan bosan, mempromote apa yang patut.

Tapi sejak akhir-akhir nie aku susah sikit nak masuk ke blog aku nie. Tak sempat nak tengok. Dekat bilik line broadband macam siput sedut. Dekat lab pula tak boleh nak mengupdate sangat sebab ramai orang, nanti orang tahu aku ada blog. Aku tak suka publickan blog aku nie melainkan orang masuk secara tak sengaja. Sekarang nie pun aku update dari library universiti aku pakai kabel yang disediakan. Kalau pakai wifi aku tak sure sangat aku boleh update atau masuk ke blog nie. Rasanya kalau tak datang library hari ini entah bila laa aku boleh update dan ziarah blog aku nie. *Sayang gler-gler kot kat blog nie.

Aku datang library hari nie pun bukan semata-mata nak update blog, tapi aku datang teman rumate aku. Dye rajin, aku pemalas. Kenapa aku kata aku pemalas? Aku datang library update blog, download cerita, rumate aku pula datang library baca jurnal, *Teruknya aku.

p/s : Apa-apa lah janji aku dapat update blog kesayangan aku nie walaupun aku tahu takde orang baca.

Wednesday, November 16, 2011

Rabu tanpa Kata #17 - 3D

Assalamualaikum.








Nice!! Lagi? Klik 3D Drawing. The awesome 3D artwork I ever seen!. Enjoy wooo..

Tuesday, November 15, 2011

Peminat Ultimate Cheesy 7? Jom serbu Pizza Hut

Assalamualaikum..

Bukan niat nak jadikan blog nie sebagai blog iklan atau promosi tapi dengan niat untuk berkongsi. Kepada  peminat Ultimate Cheesy 7, pakat g serbu PIZZA HUT la pada 17 dan 18 NOVEMBER 2011. Bukan sebab ada makanan free tapi sebab ada Hot coupon yang anda boleh guna untuk dapatkan 3 Regular Ultimate Cheesy 7 Pizza pada harga RM 50

Berbaloi-baloi ke? Ermm kalau dah tawaran hebat Hot coupon pastinya berbaloi-baloi kot. Aku nak serbu pun aku bukan la peminat tegar Cheesy seperti yang aku pernah ceritakan dekat dibelanja oleh yang membelanja


Nak print kupon tu? G tengok dekat Pizza Hut Malaysia. Kat sana apa-apa kemusykilan boleh dibangkitkan. Tapi yang aku pelik ada orang kata kupon nie sah laku pada 15 dan 16 November.. Then ada pula kata tak boleh nak delivery. Entah aku pun tak tahu. Korang peminat Ultimate Cheesy 7 try check sndiri lah yaa. 

p/s ~ kupon yang aku dah download tarikh kat situ 15 dan 16 November. Maknanya hari nie dah boleh start beli la

Bayi! Mana?

Assalamualaikum..

Hanya sekeping gambar. Ada satu pasangan. Tak tahula laki bini atau pasangan merpati dua sejoli yang belum kahwin. Ermm sedang melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. mungkin.


Kalau pasangan itu telah berkahwin, hubungannya halal. Tak berdosa laa dop di tempat sunyi macam tu. Tapi kalau itu adalah pasangan yang belum sah hubungannya, maka haramla. Ermm ada yang tak tahu lagi ke pasal halal, haram ni?

p/s ~ Tiba-tiba nak cerita pasal halal, haram. Untuk peringatan kepada diri sendiri juga. Harap maklum.
Ada nampak bayi tak? Kat mana yaa?

Monday, November 14, 2011

Bukan status nak jiwang # 2

Assalamualaikum..


p/s  ~ perasaan malas membuak-buak dalam diri. Satu kerja pun aku tak buat malam nie. 

Biskut seksi..

Subhanallah tergamak ke nak buat biskut macam nie?
Ada rasa nak makan ke?
Ish2x, makanan dibuat macam-macam.
Terlampau kreatif sampaikan terfikir nk buat macam nie.
Kalau kreatif untuk kebaikan tak apa juga. 
Leh juga jamin masa depan kalau barang tu popular dan orang suka.


p/s ~ sapa suka makan biskut cam nie?

Sambutan hari jadi terakhir tahun ini

Assalamualaikum..

Hari nie tanggal 14 November 2011 ialah hari jadi adik kita yang bongsu. Udah adikkan mestilah yang bongsu. Tapi tak tahu la kalau ada yang bukan bongsu pun dipanggil adik. Itu namanya tak sedar diri. Dah tua bangka, dah ada adik pun nak dipanggil adik lagi. Manja terlebih. (Padehal  kita jelous). Huwawa.. Ini adalah sambutan terakhir dalam keluarga sebab bongsu kebetulan pula bulan kelahiran dye yang paling akhir.

Argh persetankan semua perasaan tu. Kalau nak cerita pasai jelous memang tak habis. Sekarang nak cerita pasai hari kejadian adik aku opss kita. Adik kita yang bongsu ni perempuan. Secara ringkas tentang adik kita ialah adik kita hari nie berusia 9 tahun. Dah habis darjah tiga baru masuk umur 9 tahun. Haha. Memang tak patutlah kan. Tapi kira adik kita nie kira bijak laa sebab Umur 8 tahun ++ dah masuk darjah tiga. Kita pun bijak juga dulu sebab kita pun dilahirkan pada bulan yang lambat-lambat juga. ^^,

Sebabkan bufday adik kita hari nie, dan kita masa nie pun dah ada kat Johor, jadi kakak kita, kakak yang sulung laa sebab kita anak nombor dua, telah rancang nak sambut bufday adik kita awal. Ermm dengan amik berkat tarikh cantik 111111, kita sambut bufday adik kita. Disebabkan kita dan pun beli hadiah dekat adik kita, jadi yang kek dan makanan lain kakak kita yang bayarkan. Lagipun kakak kita kerja dye ada duit banyak, kita pula masih belajar, duit pula harapkan Mama dan Papa. Kalau takde Mama dan Papa kita tak tahulah hidup kita macam mana. Entah masih lagi belajar atau pun dah kerja. Kene muhasabah diri nie. 

Nie kek kakak kita sponser. Kek Chocolate Huzelnut. Best. Kita lupa nak makan lagi b4 balik Johor. Huk3x..

Tu lah adik kita disamping hadiah-hadiah dan makanan. Sebabkan teringin dan nak ubah menu makanan, kakak kita beli pizza selalu beli ayam goreng. Nasib baik beli pizza, Papa kita kata sodap. Bila jarang makan, yang itulah sedap. 

Ermm last sekali SELAMAT HARI JADI ADIK. Kita sayang adik tau. Belajar rajin-rajin, kalau tak nanti kita jual hamster. Owhh kita lupa nak cerita, kita dah jumpa kedai yang jual hamster selain yang dekat KB Mall tu. Nanti kita cerita di entry lain yaa.

p/s ~ Ngade-ngade nak bahasakan kita, kita hari nie. Selalu bahasakan diri kita aku. Hehe

Sunday, November 13, 2011

Anda ada 30 minit


Assalamualaikum..

Hari nie apa yang harus dilakukan ialah menyudahkan cabaran dalam masa 30 minit. Yang biasa kita lihat kat televisyen rancangan yang di hoskan oleh Nabil tu ialah anda ada 60 saat. Disebabkan aku tak nak dikatakan meniru rancangan orang aku dah tukar masa daripada saat kepada minit. (Boleh tak macam tu?)

Apa yang perlu aku lakukan ialah dalam masa 30 minit aku harus habiskan makan-makanan seperti yang kat bawah nie. Makanan nie diimport dari Kota Bharu dan ini merupakan masakan kakak aku. (Aku request suruh dye masak daging blackpapper). Juga disebabkan dye punya sos kicap best aku suruh dye buatkan sekali. (Bukan senang kakak aku nie nak masak). Makan sos kicap dengan daging. Memang terangkat laa.

 

So, apa jadi dalam masa 30 minit?




HABIS!! Nama lagi cabaran yang harus dilakukan dalam masa 30 minit. Kalau tak habis, tak berjaya lakukan dikira gagal la. Lagipun ini cabaran makan-makan, kalau tak habis membazir je. Membazir nie amalan syaitan tau. Hehe.

p/s - korang dah makan?

Pemberitahuan

Assalamualaikum..

Dikala entry ini dipublishkan mungkin pemilik blog ini telah pun masuk ke negeri Johor. T_T
Semalaman tidur di atas jalan bertemankan cahaya bulan dan dibanjiri bintang (berangan).  Erm agak -agak boleh dimasukkan dalam Guinness Book of Records tak?  Nasib baik tak kene lenyek je. Hehe.. ^_^

  Huh entah kapan pula boleh balik Kelantan nie.
Kalau nak harap Raya AidilFitri tahun depan pula la. Tapi lambat lagi. Sedeynya dop negeri orang nie.
Takde siapa pun faham perasaan diri ini..

p/s ~ Dengan harapan hari nie sampai Johor, esok dah boleh balik.

Saturday, November 12, 2011

Bukan status nak jiwang # 1

Assalamualaikum..


p/s ~ Jam 8 akan memulakan perjalanan pulang ke Selatan..

Friday, November 11, 2011

Rahsia angka 11

Assalamualaikum..

Semua orang nak buat entry, nak post status, nak cipta kenangan pada 11.11.11. Maklumlah angka '11' cantikkan. Tapi ada rahsia disebalik kecantikkan angka itu.

Apa rahsianya.. Wahh!! excited tak nak tahu?
Rahsianya ialah angka '11' adalah angka yang miang-miang keladi. Sebabnye dengan berani di usiknya angka yang aku suka. Nak kene nie!
p/s ~ Terjumpa gambar tu dekat page Fitrihadi.com. Bila tengok dop usik angka '8' membuatkan aku tertarik nak share kat cnie..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails