Tuesday, November 1, 2011

Dibelanja oleh yang membelanja..

Assalamualaikum.. 

Sebelum nie aku penah cerita pasai craving for 10 layers pizza dekat entry penuhi tuntutan rasa nak makan. Kali nie pula, bukan sebab craving for something tapi sebab seorang sahabat aku yang ingin membelanja kami semua. Alhamdullilah rezeki jangan di tolak. Terima kasih buat yang membelanja kami iaitu 

Cik Mijashid..

Moga kamu terus dilimpahkan rezeki. Nanti boleh laa belanja kami lagi. ;)

Disebabkan Cik Mijashid yang belanja jadi haruslah dia yang membuat pesanan. Then we are lucky because Ultimate Cheesy 7 termasuk dalam pesanan itu. Ultimate Cheesy 7 nie adalah antara pizza keluaran pizza Hut yang terbaru. Diatas satu pizza itu dipenuhi dengan 7 jenis keju. Bagi peminat keju anda seharusnya tidak melepaskan peluang ini sementara masih ada. Aku bukan lah seorang peminat keju sebab tu aku tak craving sangat seperti mana aku craving CHUNKY LOADED -10 Chunky Layers!.

Bulat-bulat putih itu adalah antara kejunya. Aku hanya makan separuh daripada sekeping pizza tu. Kalau makan banyak-banyak nanti rasa muak pula.

Sebenarnya amat jarang sekali kami boleh keluar dan makan sama-sama. Sebabnya kami ada 1,2,3,4.. 12 orang semuanya. Nak keluar ramai-ramai nie sekurang-kurangnya nak kene ada 3 kereta. Tapi maklumla kami pelajar dan tidak berkemampuan jadi kami hanyalah keluar bersama-sama dengan naik bas free (sebenarnya dah bayar untuk perkhidmatan) ke Jusco yang disediakan setiap hujung minggu. Dengan perkhidmatan yang disediakan inilah kami bersama-sama makan pizza. 











2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails