Thursday, December 8, 2011

Short Film Tomato - Persabahatan

Assalamualaikum..

Tengok la sendiri video di bawah nie. Banyak perkara dan pembelajaran yang kita boleh amik. Moga serba sedikit dapat memberi kesedaran kepada kita dengan apa yang telah kita lakukan kepada kawan kita dan kawan kita lakukan kepada kita. 

Duduk jauh dari keluarga, membuatkan kawan, sahabat atau teman adalah orang yang paling dekat dan hampir dengan kita. Susah senang diharungi bersama. Onak duri di rentasi beramai-ramai. 

Keimanan dan ketakwaan hendaklah teguh supaya tidak disesatkan oleh syaitan laknatullah. Berdiri laa dengan berlandaskan al-Quran al-Karim, Insyallah kamu, anak cucu cicit Adam tidak akan sesat dan lalai. 


[133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; 
[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; 
[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 
[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. 

Ali-Imran:3:133-136

DUMEX DUGRO

4 comments:

shaliza khairi said...

dah tengok vid nih. message yg cuba disampaikan berjaya disampaikan. =)

zIyEn said...

dah tgk!short film yg sgt awesome,kan,kan?berbekas di hati~
drpd filem melayu yg ntah hape2 tu,baik tgk filem2 yg mcm nie,berpengajaran..=)

Unknown said...

@shaliza khairi ~ betul.. sampai dan kita dpt pengajaran dr filem tu walaupun pendek..

Unknown said...

@ziyen ~ baik tayang kat tv kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails