Monday, November 16, 2015

Donut gebu gebas

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dengan hanya pakai resepi adunan roti manis, dapat juga buat donut gebu gebas. Sebelum ni pun ada buat roti sosej pelbagai style. Memang pakai resepi yang sama. Senang je kan macam2 boleh buat. I sukaa!! Tak payah nak cari resepi lain.

Semenjak dua menjak ni macam rajin je nak menguli. Seminggu tu adalah dalam 3,4 kali. Tepung gandum memang kene ada sentiasa. Kalau tiba2 rajin tu datang senang aje terus mengagau tepung dalam tempayan. Mautipan pun kene ada sokmo. Kalau takde mauripan cam mana nak meroti @ mendonut kan.


Ada cuba jual donut yang aku buat ni. Letak kat kedai x-mak sedara. Alhamdullilah laku lah juga. Dapat lah side income sikit. Mula2 buat tu orang komplen keras sikit. Tapi aku tak putus asa, buat dan buat lagi.  Cari punya napa jadi keras kan. 


Ada juga buat frozen. Untuk makan kat rumah je frozen tu. Senang nak goreng2 bila ada tetamu datang kan. Makan time hujan pun syok juga. Lagi2 musim tengkujuh dah masuk kan. 

p/s ~ lapa pulak tengok donut tu.

15 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

rajinnya kak.. bgs2.. sdp donut gebu..

Falsya said...

rajinnye dik..akak kan dari dulu xlps2 lagi nak buat donut..hehe

paridah said...

COMEL N GEBUS PASTI SEDAP...

tiga lalat said...

wahh rajinnyer buat donut gebus tewww ;p

Kakzakie said...

Bagus... berkat tak mengenal jemu utk mencuba dah boleh dpt side income
Kakak suka tengok org kita yg pandai business dgn menjual kuih..

Zie Has said...

memang gebu gebas donut tu ... cer share resepi sikit ;)

seraa rose said...

rspi sama dgn roti manis. Ada sertakan link kat entry tu.

seraa rose said...

smntara belum dpt kerja kak.. kerana terpaksa aku relakan.. :)

seraa rose said...

merajinkan diri..hehe

seraa rose said...

boleh la utk beginner.. hehe

seraa rose said...

ni pun cuba banyak kali jugak kak.. kalau keras tu nasib lah.. buang saja je aduan..

seraa rose said...

sdp2.. :)

Kakak Tiri Cinderella said...

Aaaaaa asyik jumpa entry pasal makanan jer... Lapo...... Gebu gebas tuu tak menahan T.T

CIK TOM said...

comel2 donutnya..ciktom pun baru gak bt donut...sama la ciktom pn ske bt frozen..nanti senang nak goreng lain kali..xpyah beli..jmat2..hehe

Mardiah Diana said...

Wahhh....memang gebu gebas donut tu.....suka makan donut yang gebu gebas....sedap....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails