Showing posts with label Arrow Head. Show all posts
Showing posts with label Arrow Head. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Kerepek Ngaku @ Arro Head

Assalamualaikum.

Bila dah beli 4 biji, try goreng buat macam kerepek dan pabila di makan ia sangat sedap apa lagi pergi cari lagi banyak laa sebab nak buat stok mengunyah musim hujan nie. Apa yang dicari dan digoreng tu? Itulah dye Buah Ngaku @ Arrow Head.

Kali nie beli banyak sangat. Dekat 2kg setengah. Memang mengoreng aje kerja aku. Dari pukul 7.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Tak pernah aku lelama kat dapur. Kalau lama pun kerja aku makan je. Sebab tu badan cam tong deram. Haha. Tak pe kan dah msuk tahun baru jadi aku nak berazam tak nak makan nasi. Rumate busuk jangan nak hasut suruh makan ok. Teman pergi makan boleh.

Hasilnya.. 

Dapat 2 bekas setengah. Semua bekas sama cam dalam gambar tu. Tapi yang setengah dah habis pun even pakat dop komen kata liut la, apa la. Mulut xleh dop diam. Orang buat suruh makan pun bising. Ish2x. Satu bekas akan dibawa ke Johor malam nie nak kasi kawan-kawan rasa. Tau semua orang tak pernah makan Ngaku nie. Nak makan macam mana kalau tau pun tidak. Hehe..

Kenapa beli banyak sangat sampai 2 1/2 kg? Tak mahal ke? Tak mahal pun murah je. Sekilo baru RM 2.98. Kalau yang masa beli 4 biji kat KB Mall tu rege dye RM 0.29/g. Kalau sekilo baru RM 2.99. Beza 1$ je. 

ehh kata beli 2 1/2 kg?

Yang tu plastik pertama. Ada satu lagi plastik. Jadi bila di tambah tolak sama dengan 2 1/2 kg.  Cuba la beli sebiji dua. Lepas tu goreng dan rasa. Kalau sedap leh laa beli banyak-banyak. Cepat musim nie je ada buah nie sebab nak dekat Chinese New Year. Lepas pada hari tu dah xjumpa dah buah Ngaku nie. 

Hasil selepas dikupas kulitnya..

 DUMEX DUGRO

Friday, December 30, 2011

Buah Ngaku @ Arrow Head

Assalamualaikum..

Aku penah tengok orang beli satu jenis buah nie kat satu pasaraya. Beli pula bukan sikit tapi banyak. Aku tertanya-tanya buah apa laa tu. Peliknya buah tu!! Tambahan itula pest time aku tengok buah tu. (Aish macam tak pernah pergi pasaraya je aku nie kan). Sekali tengok macam cendawan tapi cendawan apa macam tu. Aku tak terlintas langsung nak tengok dye punya nama kat kertas yang diletak dekat ngan buah tu.

Gambar culik kat Google

So aku buat tak tahu dan xnak amik tahu laa apa nama buah tu. Konon laa.. Lagipun yang beli buah tu semua yang mata sepet. Satu plastik tu penuh diorang isi. Tak cukup 1, isi lagi 1 plastik. Aishh diorang nie nak wat apa laa kan. 

Secara tak sengaja aku yang setiap hari pasti singgah dekat blog Mama Mia  nie telah terbaca satu entry Musim Arrow Head Datang Lagi. Bila tengok je gambar buah yang kat entry tu terus terjawab persaoalan aku yang selama nie tertanya-tanya buah apakah itu? Bila dah tahu nama buah dan Mama Mia pun ada cakap buah tu sedap dan cara nak masak pula hiris halus2 mcm nak goreng kerepek pisang tu, pastu goreng cam bese aku cam tertarik nak cuba. Tapi buahnya aku tak jumpa lagi kat pasaraya kat Kelate nie.

Kebetulah semalam pergi KBMall kemudian masuk Pasaraya Pasifik aku tertengok yang buah tu ada. So tanpa berfikir panjang aku terus beli sebab nak try rasa dan goreng macam yang Mama Mia cakapkan tu. Lagipun harga buah tu murah hanya RM 0.29/100g. Aku tak beli banyak cuma amik 4biji aje. Bukan kedekut ya tapi sebab nak try. Takut beli banyak-banyak membazir sebab tak makan. 

Balik rumah aku tanya la Mama tau tak buah apa tu? Mama aku cakap dye tak tahu. Aku cakap laa aku pun xtahu tapi ada baca kat blog nie (blog Mama Mia la) yang buah nie sedap dan di goreng. Dye goreng macam kerepek gitu. Esoknya iaitu hari nie aku dah pun goreng buah tu. Buat macam yang Mama Mia cakap laa. Bila dah masak aku rasa memang sedap. Tak rugi beli. Aku bagi Mama rasa dan dye pun kata sedap. Disebabkan hanya beli 4 biji aje dan semua orang cakap sedap dan makan banyak, kerepek tu dah pun habis. Jadi petang nie nak pergi Tesco, nak try cari. Kalau tak jumpa aku g balik kat KBMall tu beli dan goreng. Buat mengunyah time hujan cam nie best jugak nie.

p/s - Thnks Mama Mia sebab cerita pasal buah Arrow Head aka Ngaku nie. Memang aku Ngaku lah buah nie best!!!!


 DUMEX DUGRO


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails