Assalamualaikum..
Tajuk entry nak panjang..@_^
Tak usah lah bersusah payah nak menghadiahkan cermin buat orang lain, lebih baik hadiahkan cermin buat diri sendiri. Boleh juga tilik hari-hari apa yang kita lakukan itu betul atau tak. Jangan kerana nampak kesalahan orang lain terus nak hadiahkan dia cermin sedangkan diri sendiri yang buat salah tak nampak.
Kalau nak hadiahkan dia cermin juga, apa kata beli dua, satu untuk diri sendiri, satu untuk dia. Dia tilik nampak dia, sendiri tilik nampak sendiri. Cantik atau hodoh, tepuk dada tanya diri. Kalau nak tegur salah orang pun silakan, tapi pastikan terima kesalahan diri sendiri. Jangan nak ingat diri tu maksum sangat.
Betul manusia takde yang sempurna, jadi jangan la nak tuduh-tuduh. Face tu face cara yang paling baik. Juga janganlah dop cakap belakang. Fitnah!!
p/s ~ Marilah kita ingat mengingati antara satu sama lain.. Dunia nie dah hampir ke penghujungnya..
