Thursday, January 20, 2011

''Bila kita diam kita dikatakan setuju''

Kenapa? Itulah persoalan aku untuk ''Bila kita diam kita dikatakan setuju''.. Kebiasaanya situasi yang boleh dikaitkan dengan hal ini ialah bila ada sebelah pihak telah datang untuk meminang kita. Ibu bapa telah pun bertanyakan hal ini kepada kita sama ada kita menerima atau tidak pinangan dari pihak tersebut. Kebanyakkan anak-anak dara pasti mendiamkan diri dari mengungkapkan perkataan 'setuju' atau pun 'tidak setuju'. 


Namun begitu hal ini mungkin telah disalah tafsirkan oleh ibu bapa kita. Diam kita bermakna kita setuju. Namun aku ada pandangan dan pendapat sendiri kenapa kita diam. 

1. Tidak mahu mengecewakan Ibu bapa
- Mungkin bila kita berbicara dan kita katakan 'tak setuju'. Ini pasti mengecewakan ibu bapa. Bersedianya ibu bapa untuk menyerahkan tanggungjawab kepada seseorang tapi apa yang telah kita ungkapkan telah membuatkan mereka sangat sedih. 

2. Malu untuk mengaku
- Ada juga mereka yang malu-malu kucing. ''Malu tetapi mahu''. Bersetuju untuk menerima peminangan tersebut, tapi malu untuk membicarakan. Kadang-kadang orang yang seperti ini selalu terlepas apa yang diinginkan. 

3. Berfikir seketika
- Apa yang harus diketahui ialah bila diam bermakna kita sedangkan berfikir. Nasib kita yang hendak dipertaruhkan di tangan orang lain. Kita hendaklah berfikir sehabis baik. Dapatkan orang itu menjaga kita nanti? Dapatkah orang itu bersama kita hingga ke akhir hayat?


4. Cuba mengawal perasaan
- Berdebar-debar. Itulah perasaan yang kebiasaannya dirasakan oleh mereka yang dipinang (wahh macam ada pengalaman pula). Dengan cara berdiam diri pasti dapat mengawal perasaan itu. 


Itulah pendapat dan pandangan aku tentang ''kenapa kita diam''. Lain orang mungkin lain pandangan. Kepada yang mempunyai pandangan dan pendapat boleh tinggalkan komen entry ini. Apa yang ingin dipesan ialah jangan malu-malu, teruskan mengapai apa yang telah terhidang di depan mata. 

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Sunday, January 16, 2011

Jangan kerana mulut......

Jangan kerana mulut badan binasa. Tapi jika kerana mulut, pulut habis tak mengapa. Wahh pulut ikan kering. BEST juga kan.. Lapar pula aku rasakan..

~Cantik ke?~

Hah nganga luas-luas, tapi jangan sampaikan terkoyak sudah. Kalau nganga luas-luas mulut wangi tak mengapa, jangan mulut busuk sudah. Bukan busuk sebab makan petai atau tak gosok gigi (opss pagi nie aku tak gosok lagi), tapi busuk sebab dop menjaja cerita orang. 

~owhh busuk ek. Bau mulut kau lah!!~

Menjaja cerita-cerita orang yang sememangnya akan menjadi hot aka panas. Sampaikan terkibas-kibas. Lau jaja goreng pisang yang panas tu adanya faedah, leh makan juga, perut pun jadi kenyang. 

~Tau pun kau mulut jahat!!~

Jahat sebab apa? Kau faham-faham sendiri lah. Baik jadi orang bisu dari kau boleh berkata-kata. Menambahkan dosa aje dengan umpat keji kau tu. Tak puas hati dengan orang tu, janganlah pula dop menjaja perihal buruk dan rahsia orang tu. Kalau kau nak tahu, bertapa tingginya kepercayaan orang tu pada kau sehinggakan dye bercerita rahsia dye dekat kau. Tapi kau telah meragut kepercayaan orang tu.

Sampaikan sekarang aku dapat lihat, takde orang nak kawan dengan kau. Semuanya sebab mulut kau lah. Pot pet pot pet pot pet dop cerita dengan orang buruk baik orang lain. Kau tak rasa itu memalukan kau ke? Owhh mungkin tak lah kan sebab tu kau sibuk dop menjaja dekat orang. Aku cadangakan kau jaga lah mulut kau tu kalau kau tak nak kau makin kehilangan kawan. Nie cadangan je, kau tak nak ikut pun tak mengapa sebabnya aku tak dapat untung atau rugi pun. 

Kesimpulannya ''JANGAN KERANA MULUT!!''

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda



Saturday, January 8, 2011

Tiada yang tak cantik..

~ Semua gambar dari blog masing-masing.Minta izin guna untuk entry ini yaa.~

    
The Boss !  



Rina Salleh, Irine Nadia Marcello, Cik Epal, Fatin Liyana, Hanis Zalikha..
Siapa mereka? Cantikkan..

Semua orang suka yang cantik-cantik.. Ada ke yang tak suka yang cantik-cantik? Sila tinggal komen kat entry nie. Ingin berkenalan rasanya.

Persoalannya sekarang. Ada tak yang tak cantik? Sampaikan ada yang beria-ia mengubah apa yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Cucuk sana, cucuk sini, bedah sana dan ada yang bedah sini. Apa semua tu? Sesungguhnya apa yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T itu adalah sebaik-baik kejadian.

Tak payah nak ejek-ejek orang bila mana kita merasakan kita lagi cantik. Tak cantik seseorang itu pada luaran, tak bermakna mereka buruk di dalam. Tak macam kita yang hanya cantik dipandang, tapi dalam sedar mengejek orang. Buruk juga nampaknya pada pandangan orang. So beware kepada mereka yang macam nie.

So apa yang aku nak perkatakan ialah, tiada yang tak cantik. Even buruk di dalam tapi cantik di luar. Even cantik di dalam tapi buruk di luar. Bila cantik dalam dan luar, itu adalah package yang sangat menarik. Bagi yang buruk dalam dan luar, itu adalah satu ujian yang harus di tempuhi.


Motif gambar :
~ mereka blogger yang cantik dan terkenal..


Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails