Friday, July 30, 2010

Aku Suka >> Imam muda Pilihan Menang iaitu Imam Muda Asyraf

Pertama kalinya aku nak ucap tahniah kepada Imam Muda Asyraf kerana telah dinobatkan sebagai Imam Muda bagi musim pertama. Buat Imam Muda Hizbur juga tahniah diucapkan kerana sampai ke peringkat akhir. Juga ucapan tahniah buat Astro Oasis kerana dapat menjayakan program yang begitu bagus seperti Imam Muda ini. Malahan program ini turut mendapat sambutan di luar negara. Kita sebagai warganegara yang cintakan Malaysia patut bangga dengan pencapaian seperti ini.




Tinggal di asrama tidak bermakna aku tidak dapat melihat program ini. Dengan kecanggihan teknologi yang semakin membangun, hanya dengan menggunakan hujung jari jemari anda pasti anda dapat melihatnya. Buat sesiapa yang juga senasib dengan aku yang tidak dapat melihat rancangan ini di kaca televisyen pastikan anda klik di sini. Bukan hanya episod kemuncak yang dapat anda saksikan, malahan kesemua episod disiarkan.

Moga program Imam Muda ini terus mendapat sambutan dengan mengadakan Imam Muda musim yang pertama dan seterusnya seperti mana rancangan hiburan yang tidak putus-putus bersiaran di televisyen seperti Akademi Fantasia sehingga terdapatnya Akademi Fantasia musim ke 8 dan rancangan Mentor sehingga adanya Mentor musim ke 4. Rancangan ini terus mendapat sambutan sehinggakan para penonton tidak jemu-jemu untuk melihatnya. Harapan semoga program Imam Muda ini turut menpunyai peminatnya yang tersendiri juga.


Nota kirikanan :
Mengidam big apple!!!

3 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

saya juga suka imam muda...;-)

Unknown said...

sama2 sokong imam muda

Han$ Xy said...

best ar program nih...mantop!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails