Saturday, December 31, 2011

Lagu Tahun Baru

Assalamualaikum..

Lagu buat sahabat dan yang mengenal diri ini. Lagu nie pinjam je. Tapi apa yang aku nak cakap sama dengan lirik lagu nie. Jadi dengarlahhh..



 

2012 is at the door
Remember Life is short,
break the rules,
Forgive quickly,
Love truly,
Laugh uncontrollably,
And never regret anything that made you smile...


(⁀‵⁀,) ♥ ♥ ♥
.`⋎´ ♥¸.•°*”˜˜”*°•. ♥
... ♥¸.•°*”˜˜”*°•. ♥ ♥
...•°*”˜˜”*°•.♥


 DUMEX DUGRO

Friday, December 30, 2011

Buah Ngaku @ Arrow Head

Assalamualaikum..

Aku penah tengok orang beli satu jenis buah nie kat satu pasaraya. Beli pula bukan sikit tapi banyak. Aku tertanya-tanya buah apa laa tu. Peliknya buah tu!! Tambahan itula pest time aku tengok buah tu. (Aish macam tak pernah pergi pasaraya je aku nie kan). Sekali tengok macam cendawan tapi cendawan apa macam tu. Aku tak terlintas langsung nak tengok dye punya nama kat kertas yang diletak dekat ngan buah tu.

Gambar culik kat Google

So aku buat tak tahu dan xnak amik tahu laa apa nama buah tu. Konon laa.. Lagipun yang beli buah tu semua yang mata sepet. Satu plastik tu penuh diorang isi. Tak cukup 1, isi lagi 1 plastik. Aishh diorang nie nak wat apa laa kan. 

Secara tak sengaja aku yang setiap hari pasti singgah dekat blog Mama Mia  nie telah terbaca satu entry Musim Arrow Head Datang Lagi. Bila tengok je gambar buah yang kat entry tu terus terjawab persaoalan aku yang selama nie tertanya-tanya buah apakah itu? Bila dah tahu nama buah dan Mama Mia pun ada cakap buah tu sedap dan cara nak masak pula hiris halus2 mcm nak goreng kerepek pisang tu, pastu goreng cam bese aku cam tertarik nak cuba. Tapi buahnya aku tak jumpa lagi kat pasaraya kat Kelate nie.

Kebetulah semalam pergi KBMall kemudian masuk Pasaraya Pasifik aku tertengok yang buah tu ada. So tanpa berfikir panjang aku terus beli sebab nak try rasa dan goreng macam yang Mama Mia cakapkan tu. Lagipun harga buah tu murah hanya RM 0.29/100g. Aku tak beli banyak cuma amik 4biji aje. Bukan kedekut ya tapi sebab nak try. Takut beli banyak-banyak membazir sebab tak makan. 

Balik rumah aku tanya la Mama tau tak buah apa tu? Mama aku cakap dye tak tahu. Aku cakap laa aku pun xtahu tapi ada baca kat blog nie (blog Mama Mia la) yang buah nie sedap dan di goreng. Dye goreng macam kerepek gitu. Esoknya iaitu hari nie aku dah pun goreng buah tu. Buat macam yang Mama Mia cakap laa. Bila dah masak aku rasa memang sedap. Tak rugi beli. Aku bagi Mama rasa dan dye pun kata sedap. Disebabkan hanya beli 4 biji aje dan semua orang cakap sedap dan makan banyak, kerepek tu dah pun habis. Jadi petang nie nak pergi Tesco, nak try cari. Kalau tak jumpa aku g balik kat KBMall tu beli dan goreng. Buat mengunyah time hujan cam nie best jugak nie.

p/s - Thnks Mama Mia sebab cerita pasal buah Arrow Head aka Ngaku nie. Memang aku Ngaku lah buah nie best!!!!


 DUMEX DUGRO


Thursday, December 29, 2011

Bukan status nak jiwang #6

Assalamualaikum..

 

p/s - sebelum nak sangat sayang orang lain kene sayang diri sendiri dulu.
      - Cite Ombak Rindu kat u-tube dah di banned.. xleh nak tengok @ download dh.       

 
DUMEX DUGRO

Ombak Rindu Full Movie

Assalamualaikum.

Eh..eh.. Cite Ombak Rindu dah ada kat U-tube laa.. Sapa yang xpuas tengok cite nie pat2 download sebelum vidoo nie di banned. Nanti leh ulang tengok 2,3, 100 x. Tak payah bayar dah pree off charge je. 




Aku dah pernah tengok cite nie. Tak puas hati laa tengok kat panggung sebabnya orang baru nak feeling nak nitis air mata sekali satu panggung dop pakat gelak. Apa yang lawak tak tahu laa.. Kali nie nak tengok lagi. Nak nitis air mata pula. Nak tengok sorang-sorang di tengah malam. Kenapa tengah malam sebab time tu jiwa sayu mendayu-sayu.. Kita cian kat Izzah tau.. 

Cite Ombak Rindu kat u-tube dah di banned.. xleh nak tengok @ download dh.  

 DUMEX DUGRO


Wednesday, December 28, 2011

Ambillah waktu

Assalamualaikum..


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagian.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


copy dari majalah Dara Januari 2012..


p/s ~ Ambillah waktu sebanyak mana yang kamu perlu, jangan lakukannya tergesa-gesa kelak semuanya akan musnah dan hilang.

 
DUMEX DUGRO


Rabu tanpa Kata #21

Assalamualaikum..





p/s ~ ish2x.. sharing is caring laa tu..

 DUMEX DUGRO

Tuesday, December 27, 2011

Nafsu Muka Buku

Assalamualaikum..


Bila aku buka muka buku tadi aku tengok ramai yang share lagu Nafsu Muka Buku. Ehh lagu apa nie? Tak pernah dengar tajuk dan lagu nie pun. 


Sekali bila dah dengar nak dengar berkali-kali. Banyak mesej yang berguna dalam lirik lagu yang diubah dari lagu "Cinta Muka Buku" by Najwa Latif nie. Daripada lirik lagu tu yang paling aku tertarik ialah:

"NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAM kata lebih baik kau tinggal saja"

‎"jika kau cintakan aku, jumpalah waliku"


Sekarang apa yang berlaku pada diri sendiri bukannya salah Ibu mengandung, bukan  salah Bapa mendidik tapi salah diri yang tak pandai kawal NAFSU. 


 Kembalilah ke jalan Allah.. insyaAllah selamat duniawi & ukhrawi ツ

p/s ~ yang aku pelik masih ada lagi yang dislike video nie. Sedangkan lirik lagu tu adalah yang terbaik pada aku.

 DUMEX DUGRO


Masam manis 2011

Assalamualaikum..

Sepanjang 2011 yang telah berlalu pergi nak cakap banyak peristiwa yang manis dari masam tak juga. Kehidupan kita nie kalau tak berada diatas pasti akan berada dibawah. Begitulah lazimnya. 

Kebanyakkan mereka pasti lebih suka menulis yang manis-manis sahaja sebab yang manis itulah yang mengembirakan mereka. Bagi aku pula, bukan tak suka menulis yang manis, tapi yang masam itulah yang paling dikenang sebab ia banyak mengajar aku untuk bangkit dari kesilapan dan kejadian yang berlaku.

Namun sepanjang 2011 yang masam tidak sebanyak yang manis. Mungkin Allah S.W.T mahu menguji aku sejauh mana aku mensyukuri kemanisan yang aku lalui itu. Kenapa yang manis itu aku cakap Allah S.W.T nak menguji aku? Sebabnya Allah S.W.T nak tahu adakah kita akan lalai dan alpa dengan kemanisan yang diberikan juga adakah kita mengsyukurinya atau tidak. Bagi yang baru tahu, beringatlah jangan terlampau gembira dan leka dengan kemanisan di dunia ini.

Kemasaman 2011 tidak banyak yang dapat dikenang sebabnya yang berlaku hanyalah kejadian-kejadian yang kecil sahaja seperti kekangan masa untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir, kajian yang dilakukan kurang berjaya dan masalah bersama kawan-kawan. Tapi kemanisan 2011 betul-betul menguji aku. Apakah aku mengsyukurinya? Apakah aku akan menuntut demi mencari keredhaan-Nya? Semuanya tergalas dibahu. "Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".

Alhamdullilah setelah 3 tahun mengharungi perit letih menuntut ilmu akhirnya bulan sembilan baru-baru ini, aku selamat mengengami Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri. Aku telah berjaya mengembirakan keluarga paling penting kedua Ibu Bapa. Aku syukur dengan apa yang telah berlaku dalam hidup aku. Dengan kejayaan itu juga telah menyuntik semangat aku untuk terus menuntut ilmu ke peringkat seterusnya dan alhamdullilah aku sekarang tengah mendalami ilmu. Insyallah dengan usaha dan azam yang tinggi 2013 aku akan konvo buat yang kedua kalinya. Amin..

 
DUMEX DUGRO


Monday, December 26, 2011

Kiamat sudah dekat??

Assalamualaikum..

Tahun 2011 kini sudah hampir ke penghujungnya. Kurang seminggu sahaja lagi 2012 bakal menjengah. Jadi kiamat sudah dekat??? MasyaAllah.. Macam mana nie? Amal ibadat aku masih belum cukup? Dosa masih belum dicover dengan pahala? Waalahuallam..

Tahun 2012 dikatakan dunia akan kiamat ini hanyalah ramalan oleh orang putih. Siap buat filem bagai. Nak tunjuk mereka hebat lah tu, sedangkan pada hakikat sebenar Allah S.W.T lagi hebat. Lagi maha mengetahui. Tak payah dah ramal-meramal laa, kalau esok Allah S.W.T dah tetapkan dunia akan kiamat tak nanti tahun 2012 dah. Baik tobat hari nie juga. Lagipun Allah S.W.T telah berfirman:

"Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 3)

Sebelum mereka meramalkan bahawa tahun 2012 dunia akan kiamat, mereka pernah meramalkan tahun-tahun sebelum ini. Jadi bila tahun yang diramalkan itu dunia tidak juga kimat, mereka meramalkan tahun 2012 pula. Tak mustahil jika tahun 2012 sudah sampai ke penghujungnya dan dunia tak juga hancur musnah pasti mereka akan meramalkan tahun yang seterusnya. 



Kita sebagai hambanya dan hanya menumpang hidup di atas muka bumi nie haruslah sentiasa mempersiapkan diri. Jatuh bangun kita hanya bergantung kepada kehendak-Nya. Jika kita mampu mengharungi semua itu, kita mungkin sudah berjaya dalam ujiannya.


p/s - Tahukah anda ujian dari seseorang itu juga merupakan satu ujian daripada-Nya.




 
DUMEX DUGRO

Friday, December 23, 2011

Don't expect more

Assalamualaikum..



p/s ~ belajarlah untuk hidup dengan kekurangan.

Thursday, December 22, 2011

Belajar senang ke susah?

Assalamualaikum..

Aku pernah dengar dan aku sendiri pernah sebut yang "Belajar nie susah laaaaaaa"... Haha betapa vongoknye aku kan. Dah sah-sah laa benda tu haruslah susah, kalau senang idak laa orang sibuk nak belajar. Ish2x.. Ini laa sebabnya sebelum bercakap orang suruh fikir dahulu. Silap haribulan orang cakap kita **doh. Ini kes naye.  


Bila dah kita belajar dan kita tahu benda tu, nanti takdelah kita nak cakap "Belajar nie susah laaaaaaa" tapi kita pasti akan cakap "Belajar nie senang laaaaaaa". Jadi pasti berduyung-duyung orang nak belajar sebab kita dah setkan dalam fikiran mereka yang "Belajar nie senang laaaaaaa". Secara tak langsung makin ramailah yang bijak pandai dalam dunia nie. Juga akan meningkatkan semangat seseorang itu untuk belajar.




"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~Confucius.


p/s - Adik aku dah terpengaruh dengan senior dye yang cakap Darjah 4 nie susah..


 
DUMEX DUGRO

Dating berbaju kurung. Pendapat aku...

Assalamualaikum..


Dating tapi pakai baju kurung?? Bagi aku laa kan kalau dah buat benda yang salah di sisi agama tak payah laa nak cover dengan pakai baju kurung. Lagipun bila dah berbaju kurung nie tak mengubah apa-apa pun. Salah tetap salah. Apa kalau pakai baju kurung ingat boleh tebus kesalahan yang kau buat tu ke? Tak sama sekali ya. Konon kalau pakai baju kurung nampak baik laa?? Boleh diterima. Tapi hanya luaran je, syaitan yang ketiga tetap xnampak. Bagi aku kalau wat benda salah tu buat je laaaaaa.. xpayah nak cover k.. Hipokrikk..


Kalau nak nampak baik dan elok pada pandangan mata orang eloklah yang perempuan bawa teman. Tapi janganlah bawa anak saudara yang tak tahu apa-apa tu. Sekurang-kurangnya bawa lah yang cerdik pandai. Senang sikit nak tegur kita kalau ada salah silap. 

Ermm yang aku dop beria bercerita kat blog nie mesti korang tertanya-tanya "ala yang kau dap cakap dating salah pung pang pung pang tu kau tak dating ke? Aku pun penah dating juga, tapi aku tak pakai baju kurung pun pergi dating dan aku juga tahu salah sebenarnya dating tambah-tambah bila hanya berdua-duaan biarpun tanpa bersentuh-sentuhan. Tapi biasalah manusia nie kan lagi kita tahu salah lagi kita buat.. Tak gitu?


Bukan nak buka pekung sendiri, but aku admit kesalahan yang pernah aku buat. Aku pun dah tak buat dah perkara-perkara macam tu dan Insyallah hingga aku dan dia adalah pasangan yang halal. Siapa dia? Entah aku pun tak tahu sehingga tiba lah harinya. Mudah-mudahan Allah S.W.T ketemukan aku dengan si dia yang sememangnya untuk aku dunia dan akhirat. Amin..


P/S - Harap maaf dengan kata-kata aku jika ada yang terasa. Sebarang pandangan dan pendapat dari anda dialu-alukan. Terima kasih



 DUMEX DUGRO

Gelagat pengemis tak pandai menipu

Assalamualaikum..

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

p/s - untuk dapatkan sesuatu sanggup buat apa sahaja..

 DUMEX DUGRO

Wednesday, December 21, 2011

Buat baik @ Buat jahat??

Assalamualaikum.,

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali! Pribahasa tu bukan sahaja boleh digunakan untuk perbuatan atau tingkah laku sesama manusia tapi juga boleh digunakan untuk perbuatan dan tingkah laku kita dengan pencipta kita. Tahu sapa pencipta kita? Tak tahu pandai-pandai laa kau google cari. Kalau tak jumpa juga kau pergi cari ustaz, ustazah tanya. Tak pun kau tanya Ibu Ayah kau. 

Aku tahu buat baik bukan senang dan buat jahat bukan susah. Kenapa? Contoh, niat aku baik nak tolong kawan pergi beli ticket sebab aku ada kenderaan dan kawan aku tu takde kenderaan. Tapi kawan kepada kawan aku nie cakap yang aku pergi beli ticket sebab nak upah. See.. Aku buat baik(ikhlas) ada orang cakap sebab aku nak upah. Itulah yang aku maksudkan bukan senang untuk buat baik. Banyak cakap-cakap belakang, sindir-sindiran yang akan kau dengar nanti.


"Apa yang orang cakap tak payah nak amik dan simpan dalam hati. Apa yang penting Allah S.W.T itu tahu niat kita dan apa yang kita buat. Lagipun bukan manusia yang mengadili kita di akhirat kelak. Usah takut dengan mereka tapi takutlah dengan Allah S.W.T. " ~ Aku

Tapi berlainan pula dengan maksud buat jahat bukan susah. Contoh, aku tolak baju orang yang kat ampaian sebab aku penting diri sendiri nak jemur baju aku kat situ. Sedangkan baju orang tu tak kering lagi dan dye baru je jemur kat situ. Sebenarnya ini kira seperti balas dendam sebab sebelum nie baju aku pun penah orang tolak macam tu je. See.. Memang tak susah pun sebab dalam masa sesaat je dah buat jahat dengan menganiayai orang lain. 


"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche



 DUMEX DUGRO

Tuesday, December 20, 2011

Untukmu bakal suamiku..

Assalamualaikum..


Kehadapan Suami Masa Depanku,


Saya akan memasak. Saya akan membersih. Saya akan membeli-belah. Saya akan menjadi suri rumah yang terbaik, selama-lamanya, Inshaa'Allah.

Saya akan berpakaian untuk anda, saya akan mengekalkan penampilan saya untuk andaSaya akan pastikan untuk menjadi isteri yang terbaik selagi saya mampu, Inshaa'Allah.

Saya akan memberikan anak seberapa banyak yang anda mahu. Saya akan membesarkan anak-anak anda untuk menjadi yang terbaikSaya akan menjadi ibu yang terbaikInshaa'Allah.

Selagi anda janji saya satu perkaramembawa saya ke Syurga.



DUMEX DUGRO

Wednesday, December 14, 2011

Rabu tanpa Kata #20

Assalamualaikum..


p/s - kelas kau Mek Yam...


DUMEX DUGRO

Apabila belum tiba waktunya

Assalamualaikum..

Nyaris dilanggar?
Hampir meragut nyawa?
Tengok video kat bawah...

Situasi seperti video di bawah seakan-akan Allah S.W.T masih lagi mahu memberi kita peluang dan pengajaran yang paling bermakna dalam hidup. ''Sesungguhnya tidak akan seseorang mati sebelum sempurna rezekinya. Takutlah kepada Allah dan berhati-hatilah dalam mencari dunia."



p/s - percaturan yang ALLAH S.W.T lakukan adalah sebaik-baik percaturan..


DUMEX DUGRO

Monday, December 12, 2011

“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

Assalamualaikum..

Giveway yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah Cik Nisa yang cantik  ++ bergaya a.k.a pemilik  blog "Nisa suka menaip" mengumumkan akan hadiah-hadiah yang pelbagai jenis yang bakal dimenangi ket cini aku dah rasa berdebar-debar dan tak sabar rasanya nak tunggu Giveway apa yang akan dilancarkan. Meronta-ronta nak hadiah tu pun ada juga tapi dalam masa sana rasa takut giveway yang dilancarkan berat untuk aku sempurnakan pun ada juga.

Tapi alhamdullilah setelah dilancarkan aku dapati syarat-syaratnya tak sesusah yang disangka dan aku mampu untuk join. Cara yang digunakan untuk pemilihan pemenang pula berlandaskan ada rezeki boleh menang. Insyallah jika ada rezeki, aku pasti dapatkan mana-mana hadiah yang ditawarkan.  (Harapan menggunung)

Jadi untuk sesiapa yang nak join bersama-sama aku, syarat-syaratnya ialah :

Pertama :
Namakan entry tu “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

Kedua :
Letak banner giveway yang cantik seperti kat bawah dalam entry.

NEW Giveaway BANNER

Ketiga :
Letak semua link sponsors dalam entry dan backlink skali.



Keempat :
Wajib letakkan link sponsors kat bloglist. WAJIB yaa aku ulang.

Kelima : 
Promote entry sendiri untuk dapatkan title "Top Referral". 

Keenam :
Tekan butang LIKE dan TWEET kat entry Join now!!! The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay.

Ketujuh :
LIKE fan page Saya Suka Menaip

Kelapan :
Pastikan ketujuh-tujuh syarat diatas diikuti. 

Senang bukan syarat-syarat yang harus diikuti. Apa lagi jom join bersama-sama. “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay” akan berlangsung dari 6 DISEMBER hingga 31 DISEMBER. Anda masih berpeluang.

Cepat rebut peluang untuk dapatkan hadiah yang ditawarkan. Menarik..menarik.. dan BERBALOI-BALOI..



DUMEX DUGRO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails