Wednesday, November 23, 2011

Fenomena Khairul Fahmi Che Mat aka Apexx #2

Assalamualaikum..


Malaysia MENANG lawan Indonesia untuk Sukan SEA 2011 dengan penalti 4-3. Kehangatan kemenangan tu masih lagi terasa sehingga ke hari ini. Kamu memang hebat laa pemain-pemain bola sepak dan tak lupa juga kepada the only one penjaga gol kebangsaan En Apex. Kerana ketangkasan kamu menampan dan mendakap bola sepakan terakhir pemain Indonesia dan kerana bola itu bulat dan boleh bergolek, bola sepakan terakhir ketua pasukan Baddrol Bakhtiar telah masuk ke dalam pintu gol setelah terlepas dari dakapan dan pelukkan penjaga gol Indonesia. 

Minta atograf boleh. Kita senegeri. Muhaha

Kini, setelah zaman kejatuhan (jatuh ke) En Apex yang mana ada kadang-kala beliau tidak dapat mendakap bola dengan baik dan kisah putus tunang, fenomena kedua (fenomena pertama) En Apex kembali melanda. Beliau kembali dengan stamina yang lebih bertenaga dan gaya yang lebih encem membuatkan gadis-gadis diluar sana tergiler-gilerkan beliau (Hati-hati nanti kene kejar dengan Dahlia Teck).

Jatuh pun masih lagi nampak encem. Cool pula tu.

Teruskan usaha En Apex. Kontroversi dan kerja jangan campur adukkan. Bakat yang ada jangan disia-siakan. Walau apa terjadi (hal peribadi) tak akan merobohkan kepercayaan aku yang kau boleh lakukan yang lagi baik. Harumkanlah nama Malaysia. 

Semalam adalah suatu kenangan 
Hari ini adalah suatu kenyataan 
Esok adalah suatu penantian...
Kenangan semalam terselit di ingatan.. ♥

p/s ~ Go Apex Go..

DUMEX DUGRO
TESCO

3 comments:

Ardini Humaira said...

chaiyok apex.. kita senegeri juga :D kampung atok sekampung dengan apex hehe

nazirah said...

hehe btul btul btul walaupun apex bnyk kontroversi tp bile die beraksi mmg terbaik la .. time kasih apex ;)

~naddy~ said...

apex tgn MAGNET. terbaikk. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails