Tuesday, November 17, 2015

Aiskrim Oreo homemade

Bismilahirhamanirahim dan Assalamualaikum..

Tak kira lah pagi ke hujan ke, kalau rasa nak makan tu memang makan je. Hehe. Sebab tu aiskrim memang xboleh xada dalam peti. Yang menjadi kegemaran tentulah perisa oreo. Lagipun bila homemade semua nak yang senang dan mudah je. Kalau nak buat yang pelangi tu leceh sikit nak kene asing2 ikut warna semua. Aku ni takde lah rajin sangat. 

Minggu ni punya

Minggu lepas punya

Seminggu satu bekas aiskrim. Haha. Yang paling banyak makan tentulah aku. Kedua banyak adik perempuan aku. Orang2 lain entah tahu ke tidak pasal kewujudan aiskrim ni. Sapa rajin selongkar peti dia lah yang makan paling banyak. 

Nak buat aiskrim ni senang teramat lah sangat. Sebab tu aku rajin buat je. Nak beli pun boleh je sebab aiskrim satu bekas bukanlah mahal sangat pun. Kalau promosi dah leh dapat RM3.99 yang bekas bulat tu. Jenama lupa pulak. Kalau walls, nestle lagi2 magnum memang tak dapat lah. Kos aiskrim homemade pun lebih kurang tu jugak. 

Ikut resepi pakai susu cair. Tapinya yg minggu lepas aku cuba pakai susu dutch lady fresh cream. Dan hasilnya lebih sedap berbanding pakai susu cair. Memang lepas ni buat pakai fresh cream lah. Kene simpan stok fresh cream, beli time promosi RM4.99. Kalau tak RM5 lebih kan. 

p/s ~ korang suka aiskrim perisa apa?

9 comments:

Falsya said...

rajinnye dik..akak nie niat nak buat tuh ade tp takat niat je laaa..buatnye smp skang xbuat2 lagi..hehe

cahayahidupku.blogspot.my said...

Eeeemmm dapnyaaaa.. aiskrim..
Rajin sungguh rose..
Akak ni takat beli kat kedai jer lah..
Tapi macam teringin nak buat sendiri :)

Zie Has said...

murahnya fresh cream tu ... biasa tengok RM8++

terliur lak tengok ais krim petang-petang ni :)

Unknown said...

xpe yg pnting niat dh ada.. kita ok la.. hehe

Unknown said...

ce try wat skali.. mst nak buat berkali2.. hehe

Unknown said...

makk aihh mahal tu.. xpernah jumpa lg harga sampai RM8 tu..

kakaktiricinderella said...

Yummmehhh.sedappp....saya suka aiskrim cokelat... Lagi best laa ada oreo bagai... Grr.
. Terliur lak...

CIK TOM said...

ciktom pun suka buat aiskrim sdiri..boleh letak perasa banyak2...ciktom plg suka bt perasa coklat oreo n jagung..

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini dik....wahh..aiskrim oreo....akak pun suka aiskrim oreo ni....sedap dan nak buat pun senang...hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails