Sunday, July 31, 2011

Rahsiakan pertunangan.. Hebahkan kematian..

'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'

Itulah yang sepatut dilakukan bagi Masyarakat Melayu yang mangamalkan ajaran Islam dan melaksanakan perintah Allah S.W.T. Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Namun hebahan pertunangan juga perlu diwawarkan terutamanya buat jiran-jiran sekeliling bagi mengelakkan umpak keji dan caci maki mereka. 

Cik Tom : Aku tengok Jona anak Pak Semait tu bukan main lagi dop keluar dengan budak jantan tu. Apa nama Shark eh? Perghh nama bukan main lagi. Takde apa-apa aku takut nanti kene gigit je.

Cik Kan : Aaah Cik Tom. Aku tengok juga. Ada mata katakan. Ishh. Pak Semait dan Mak Mah tak kawal ke hah? Apa punya Mak Bapak la. 

Cik Tom : Kalau aku jadi Mak Jona tu malu aku tau Cik Kan. 

Jiran-jiran tetangga nie kita tak tahu macam mana. Maklumlah semuanya manusia, mulut sendiri jaga dan sendiri tutup. Bila tak tahu cerita sebenar, jadi ikut sedap mulut mereka laa nak cakap apa pun kan. Kalau mulut tempayan, boleh juga tutup. Tapi kalau diwawarkan perihal pertunangan buat jiran-jiran pasti akan merubah persepsi mereka.

Cik Tom : Aku tengok Jona anak Pak Semait tu bukan main lagi dop keluar dengan budak jantan tu. Apa nama Shark eh? Perghh nama bukan main lagi. Takde apa-apa aku takut nanti kene gigit je.

Cik Kan : Aaah Cik Tom. Tapi mereka dan bertunang la. Katanya lepas raya nie nak langsung. Mereka keluar cari barang persiapan lah tu.

Cik Tom : Owh ya ke. Dah nak kahwin. Bagus la. Kalau aku jadi Mak Jona tu tentu aku suka sebab nak dapat menantu.

Tapi cukup la hanya wawarkan buat jiran-jiran. Tak payah nak wawarkan pada seluruh penduduk di dunia. Kalau lah pertunangan itu kekal hingga ke jinjang pelamin tak mengapa juga, tapi kalau tersangkut di pertengahan jalan. Mungkin akan menanggung malu. 

Dalam pertunangan nie banyak dugaannya. Kalau pandai menyelesaikan masalah dan dugaan pasti akan berjaya mengekalkan hingga ke jinjang pelamin. Tapi kalau tak dapat nak mengatasinya pasti akan putus walaupun alam pertunangan itu hanya sempat di kecapi selama dua bulan.

Itulah yang terjadi buat Khaitul Fahmi Che Mat [KFCM] dan tunangnya Aimie Harmelia. Berita putusnya pertunangan mereka terpampang jelas di dada akhbar Metro. Bagaikan pisang panas surat khabar Metro hari ini sehinggakan tak mencukupi sebabnya ramai berebut nak baca perihal mereka ini di samping cerita kematian Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz ataupun Aleesha Farhana.  Hebahkan kematian boleh, supaya orang ramai menghadiahkan Al-Fatihah buat si mati dan mendoakan yang terbaik buat si mati.


''Moga terputusnya pertunangan mereka tidak memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia''
''Moga kematian seseorang itu memberi iktibar kepada yang masih hidup''

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Pertemuan yang pertama kali

Harinya sudah semakin dekat, tak sampai 24 jam pun lagi dan ianya berlangsung serentak untuk tahun ini. Alhamdullilah. Moga dengan hadirnya bersama-sama bakal memberikan aku satu kehidupan yang lebih baik untuk hari-hari sebelumnya. 



<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Friday, July 29, 2011

Aksi gimrama atas padang

Penah tengok lain dari yang lain tak? Kalau dah lain dari yang lain maknanya tak ada orang penah lakukan dan tak pernah ada lagi yang macam tu. Boleh dikatan lain dari yang lain nie ada satu dalan sejuta. Wooo bukan main besar lagi nisbah yang aku kasi.

Besar tak besar memang itu yang boleh dikatakan. Tak penah di buat dek orang ramai. Hanya mereka berdua yang mampu. Kalau kebanyakkan atlit terutamanya atlit renang buat aksi gimrama dalam air, Safee sali dan Amirulhadi bisa melakukannya di atas padang. Tak ada siapa pun yang boleh lawan mereka.

Meh kita tengok sama-sama video tu..


Hebat bukan!!! Boleh laa nanti apply untuk renang berirama. Pasti mereka akan beri Emas buat Malaysia. 

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

SingaPURA

Tahniah pemain SingaPURA. Tak salah apa yang aku tulis dalam entry Spontaneous Thursday iaitu singa yang berpura-pura. Apa yang terjadi malam tadi penuh drama yang memang membuatkan aku panas hati pabila menontonnya. Kau orang dah berjaya mendapatkan Best actor Group. Tahniah untuk yang ke dua kali dari aku.

Dan ianya datang dari perancang utama yang turut menjadi Director dalam drama ini. Drama yang penuh tragis buat si harimau yang tercalar. 


Dibarisi oleh pelakon-pelakon pilihannya yang memang 101 % mengikut arahan yang diberikan oleh Directornya. Tapi yang aku rasa paling terbaik ialah 

~ pelakon yang berjersi no 1 ~

You are NO 1. Tepat sekali dengannya yang juga layak digelar pelakon utama. Banyak pura-pura. Sakit sana sini. Siapa yang perasan pelakon NO 1 nie ditampar oleh Safee Sali? 


<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Thursday, July 28, 2011

Spontaneous Thursday #3

Assalamualaikum & hai..

Rimau mengaum!!
Malaysia pasti menang..
Aku pertaruhkan Malaysia (3) vs Singapura (0)

Singa yang berpura-pura.


<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Tergoda aku dengan mu

Superb, cantik kau. Aku rasa nak beli semua yang aku berkenan aje. Aku rasa kalau kau tengok pun gerenti la, aku berani potong jari yang kau pasti berkenan dan nak beli. Tapi kau hendaklah seorang perempuan yang mempunyai pandangan lain dari yang lain. Kalau kau seorang lelaki sah kau tak akan tertarik pun dengan entry aku yang pilih kasih nie. 

Aku seorang seorang yang mudah tertarik dengan sesuatu yang nampak lain dari yang lain. Yang bisa membuatkan orang akan melihat ke arahnya. Kau tengok sendiri la wedges yang telah berjaya membuatkan aku merasa untuk memilikinya ini. Berbulu seperti binatang kat bawah nie. Sebijik kan!! Owhh jangan-jangan guna bulu binatang kat bawah nie. Minta jauh la tak mampu aku nak samak setiap kali aku pakainya.


Tak ketinggalan sandal yang kat bawah nie. Berbelit-belit dan mampu buat jari kaki tersesat nak masuk. Menarik!!


Wedges ayam kapan..


Itu nama wedges aku yang beri. Takde kene mengena dengan pencipta wedges sebenarnya. Aku namakan wedges itu sedemikian sebabnya bila tengok, aku bagaikan ternampak bayang-bayang ayam kapan. Mungkin pencipta wedges tersebut membuatnya setelah melihat ayam kapan. Siapa pun tak tahu.

Sama tak?

Wedges ayam kapan dengan ketinggian 11 inci mampu buat aku terjelepok jatuh dan berkemungkinan terseliuh. Aauhhh sakit bukan. Inikan 11 inci, yang 1 1/2 inci pun sudah mampu membuatkan aku terjelepok dan tanpa disangka tumitnya patah. Aku tak pandai nak control berjalan. Kalau kau seorang yang dah biasa pakai yang tinggi-tinggi dan berjalan pun ayu, berminat dan ingin memilikinya boleh laa usha di Ilyana's Collection. Banyak lagi pilihan yang pastinya bisa membuatkan kau jadi rambang mata. Bukan sahaja wedges, kasut disediakan, turut terdapat jacket dan handbang.

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>


Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #8







<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Tuesday, July 26, 2011

Dapatkan Facebook chat versi lama!!

Semakin teknologi berkembang, semakin pelik aku tengok Facebook nie. Kalau dulu bila chat, biasa aje sekarang nie bila chat masuk mesej. Menyemak aje. Kadang-kadang ingatkan admire mana yang mesej, baru je nak gembira dan bangga jap ada admire. Alih-alih buka mesej rupanya yang kita chat. Terus kecewa buat mata kelip-kelip konon nak suruh air mata keluar. Tapi tak jadi sebab caranya tak relevant.




Tapi bagus juga kalau yang kita chat akan jadi mesej sebabnya sebagai contoh kita buat perjanjian antara dua orang tanpa pengetahuan sesiapa melalui chat, then yang sebelah pihak menafikan akan perjanjian itu, kita boleh cakap yang dia berbohong. Tanpa buang masa kita print atau copy isi kandungan chat kita dengan dia dan  berikan pada dia. Kalau dia tak nak mengaku juga bawa kes ke balai raya. Haha. Baru dia tahu langit itu warna biru atau hitam.

Bukan nak kasi tahu langit tu biru ke hitam kat sini tapi aku nak tolong korang kembalikan chat Facebook korang ke asalnya. Takde kena mengena pun dengan bila chat masuk kat mesej. Itu semua hanyalah propaganda aku untuk panjangkan entry. Cara nak kembalikan chat ke asal nie bukan aku yang reka sendiri tapi aku jumpa kat blog jeritan tekak. Memang dari dalam tekak yang dekat-dekat dengan halkum tu. 

Apa yang korang perlu lakukan untuk kembalikan chat ke asalnya ialah. Mula-mula klik aje "AKU NAK FACEBOOK CHAT LAMA "Pastu nama INSTALL yang kat sebelah kanan korang tu tekan aje. Dah siap install korang log out korang punyer Facebook then log in balik ! Ce tengok chat korang dah kembali ke asal? Kalau dah maknanya berjaya kalau tak juga, aku tak dapat nak tolong la. Sebabnya aku dah cuba untuk Facebook aku dan ianya menjadi. Aku pengguna Google Chrome. Bagi pengguna Mozilla, ce korang try. Kalau menjadi, maknanya untuk pengguna Mozilla pun boleh.

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Monday, July 25, 2011

Saya nak Doodle FREE!!

Beli 1 percuma 1. Komperm lari laju-laju sampai terlondeh seluar dan terluruh kain. Opss 18SX lak.. Aku laju dan pantas sikit bila dengar yang FREE nie. Ya lah nak suruh bayar lebih aku tak mampu sebab tu tagline MYDIN ''Mengapa Bayar Lebih''. Apa kene mengena lak? Tengok entry nie lah nak membuktikan yang aku akan gapai semua yang mana FREE Hizami, nak Header satu!. Suka suki kaki aku je kan nak mintak-mintak ngan orang. Ada aku kisah. Non ada yaa. Kalau kau nak mintak cam aku gak boleh. Pergi terjah sana.
klik banner untuk join


Kali nie aku buat tak malu lagi. Aku nak Doodle FREE lak. Sila bagi aku, jangan nak bagi orang lain. Opss apa hak aku nak suruh orang bagi aku. Okeh maaf. Tak mengapa aku terima dengan senang hati kalau aku tak dapat pun. Kalau dapat terima kasih aku ucapkan dan iainya rezeki aku.

Tapi apa itu Doodle sebenarnya? Ya aku tak tahu Doodle tu apa. Kalau dapat Doodle tu nak buat apa? Haha tadi bukan main lagi minta, lepas tu tak tau nak buat apa pula. Jadi sila terangkan kepada aku ya apa itu Doodle dan nak buat apa dengan Doodle nie kalau dapat. 

Buat sesiapa yang nak juga Doodle FREE nie, kau leh klik banner atas. Ianya di link terus ke blog pemberi iaitu Cik Cempaka. Jangan tunggu lama-lama sebab ia ada tarik tutup iaitu pada 28 July 2011. Jadi klik terus yaa.


<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Sunday, July 24, 2011

Gambar baby Astronaut Negara Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.

gambar dari Dr Sheikh Muszaphar FanClub. Nice share dari  Dr Sheikh Muszaphar sendiri. Tq.. Ramai yang menantikannya..



Sophea Isabella 3.6kg. Beratnya!! Patutlah perut mummy dye besar aje masa mengandungkannya. Sophea Isabella telah dilahirkan pada 21.07.11 iaitu 6 hari sebelum hari lahir Dr Sheikh Muszaphar sendiri iaitu 27.07.2011. Kongsi bulan ngan Daddy pun kira OK lah.

Comel aje Sophea Isabella kan? Ada iras sapa ya?

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Saturday, July 23, 2011

Perang Rimau dan Singa


Malaysia akan dianggotai oleh Malaysia's 1st 11 - Sharbinee Allawee (GK), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asrarudin, Fakri Saarani, Amar Rohidan, Safiq Rahim (c), S. Kunanlan, Ismail Faruqi & Safee Sali.

Selamat berperang Rimau. Kasi cakaran yang pasti akan melukakan Singa.

p/s ~ eloklah pergi sembahyang sebelum tengok bola


<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Sayang.. selamat ulang tahun

Maaf sayang aku lupa tentang ulang tahun yang ke-2 kita. Aku betul-betul minta maaf. Bukan sengaja aku nak lupa tapi kau sendiri pun tahukan aku sibuk dengan tugasan baru aku. Hias kau pun kadang-kadang. Tapi kau tetap cun di mata aku. Hari-hari kau bagi aku dua kuntum bunga Ros. Sweet lah kau nie. Macam Seth Tan. Aku suka tau. Aku nak hari-hari kau bagi aku bunga Ros. Boleh?

Kau lah yang sangat memahami aku. Susah senang aku, hanya pada kau aku ceritakan. Terima kasih kerana sudi membiarkan dirimu menerima segala luahan masalah aku. Aku akan setia dengan kau hingga akhir hayat aku. Aku takkan sesekali berpaling dari kau. Aku bukannya jenis orang yang tak tahu menghargai. 

Sebenarnya ulang tahun yang ke-2 kita jatuh pada 5 Julai 2011. Tapi hari nie dah 23 hari bulan. Dah dekat 3 minggu aku lewat mengucapkannya pada kau sayang. Malahan kau sendiri lupa ulang tahun kita sebab kau juga tak mengucapkkannya pada aku. Kira adillah ya. 

Tapi hari ini sayang aku nak ucapkan kepada kau ''Selamat Ulangtahun Sayang''. Moga kau setia ngan aku seperti aku setia dengan kau selama 2 tahun nie. Dan aku nak perkenalkan kau buat teman-teman aku. Izinkan aku yaa sayang..

Buat teman-teman, pembaca blog sekalian.. Inilah sayang aku selama 2 tahun ini.


Blog peribadi aku..

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Friday, July 22, 2011

Tengoklah bumi hari ini

Bumi hari ini tak seperti bumi pada zaman dahulu. Zaman dimana pembangunan tidak sehebat hari ini. Penebangan pokok tidak berleluasa. Manusia sayang akan bumi dimana dye berpijak.

Apa dah jadi pada bumi hari ini? Tengok laa flash video dibawah. Renung-renungkan dan selamat beramal. Pinjam ayat Dato' Dr. fadzillah Kamsah sat untuk kita semua. 




<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

Thursday, July 21, 2011

Malaysia vs Chelsea

Cikgu suka main bola..
Hari-hari Cikgu main bola..

Aku sokong Malaysia..
Tapi sekarang aku pakai baju pink..
Boleh?

Aku suka layan bola nie. Tapi aku layan match yang berkaitan Malaysia dan Kelantan aje la. Yang kelab-kelab Inggeris semua nie aku kurang sikit opss bukan kurang sikit tapi kurang banyak. Sebabkan malas nak backspace terpaksa laa type panjang. Aduss. Sempuk!!

Jom tengok siaran langsung kat Astro Arena 801. Sokong Malaysia yaa.


gambar : ce cite

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>

Wednesday, July 20, 2011

Keyword yang berguna sebagai seorang ISLAM

Jangan tau ENTER sebab nak buat perengan lain bila update blog. Jangan tau nak DOWNLOAD cerita gengster, sekali lagi dan 1,2,3 Cinta je. Jangan tau BOOKMARK blog  sebab nak join CGL je. 

Apa kata kita gunakannya untuk :

gambar : Only yana

Insya'Allah..
@_^


<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>

Hizami, Nak Header Satu!

Aaisshh tak malu meminta. Okeh memang tak malu pun. Malu tapi mahu memang tak akan dapat. Jadi jom jadi macam aku, tak malu dan mahu minta ngan Hizami, Nak Header Satu! Ermm agak-agak c Hizami nie nak kasi tak kat aku? Belum cuba belum tahu. Kiranya aku cuba aje nie. Hizami kasi aku terima, tak kasi aku minta lagi. =)

klik banner untuk join

Nak minta bukan senang-senang tau. Ada syaratnya. 


1) Buat satu entri pasal Hizami, Nak Header Satu! dengan menggunakan tajuk yang paling hensem di dunia iaitu Hizami, Nak Header Satu!. Tak payah nak tambah please please please kat hujung tajuk tu.

2) Next, letak banner kat atas ni dalam entri kat blog korang. Dan jangan lupa selitkan pautan link ke entri Hizami, Nak Header Satu! ni. Meh sini aku bagi url entri ni:


3) Sila lengkapkan slogan kat bawah ni:

'Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab ..........'
(tidak melebihi 20 patah perkataan)

4) Sila tag seorang sahaja kalau boleh.

5) Nak kena follow Budak Lelaki Sebelah Pintu ke? Up to you la beb.

6) Submit entri korang kat ruangan komen kat bawah ni.

[aku main copy aje. Nie baru nak minta izin. Minta izin ya En Hizami]

1 dan 2 dah aku lakukan. Nie aku nak buat yang no 3 lak.

'Ke hadapan Hizami [cam nak tulis surat lak], saya nak header satu sebab saya nak gak tampal header buatan orang lain kat blog nie.'

Niat dihati nak type panjang lagi, tapi mengenangkan syarat yang diberikan (tidak melebihi 20 patah perkataan), aku patuh dan rela memadamkan ayat-ayat yang dah di type.

Jadi nak tag syerz eyrynMana tahu, syerz eyryn pun nak tampal header buatan orang lain gak [kalau dah penah ada orang buatkan header, harap maaf]. Follow mollow nie dah lama dah follow blog Hizami. Syarat yang ke 6 pula, akan dilakukan setelah entry nie d publishkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

____________
[Shera Haifa]



<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>

Wordless Wednesday #7 - Vroomm






<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails