Tuesday, July 26, 2011

Dapatkan Facebook chat versi lama!!

Semakin teknologi berkembang, semakin pelik aku tengok Facebook nie. Kalau dulu bila chat, biasa aje sekarang nie bila chat masuk mesej. Menyemak aje. Kadang-kadang ingatkan admire mana yang mesej, baru je nak gembira dan bangga jap ada admire. Alih-alih buka mesej rupanya yang kita chat. Terus kecewa buat mata kelip-kelip konon nak suruh air mata keluar. Tapi tak jadi sebab caranya tak relevant.




Tapi bagus juga kalau yang kita chat akan jadi mesej sebabnya sebagai contoh kita buat perjanjian antara dua orang tanpa pengetahuan sesiapa melalui chat, then yang sebelah pihak menafikan akan perjanjian itu, kita boleh cakap yang dia berbohong. Tanpa buang masa kita print atau copy isi kandungan chat kita dengan dia dan  berikan pada dia. Kalau dia tak nak mengaku juga bawa kes ke balai raya. Haha. Baru dia tahu langit itu warna biru atau hitam.

Bukan nak kasi tahu langit tu biru ke hitam kat sini tapi aku nak tolong korang kembalikan chat Facebook korang ke asalnya. Takde kena mengena pun dengan bila chat masuk kat mesej. Itu semua hanyalah propaganda aku untuk panjangkan entry. Cara nak kembalikan chat ke asal nie bukan aku yang reka sendiri tapi aku jumpa kat blog jeritan tekak. Memang dari dalam tekak yang dekat-dekat dengan halkum tu. 

Apa yang korang perlu lakukan untuk kembalikan chat ke asalnya ialah. Mula-mula klik aje "AKU NAK FACEBOOK CHAT LAMA "Pastu nama INSTALL yang kat sebelah kanan korang tu tekan aje. Dah siap install korang log out korang punyer Facebook then log in balik ! Ce tengok chat korang dah kembali ke asal? Kalau dah maknanya berjaya kalau tak juga, aku tak dapat nak tolong la. Sebabnya aku dah cuba untuk Facebook aku dan ianya menjadi. Aku pengguna Google Chrome. Bagi pengguna Mozilla, ce korang try. Kalau menjadi, maknanya untuk pengguna Mozilla pun boleh.

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

1 comment:

NuR 'aQiLaH said...

pesnuk makin merepek kan..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails