Sunday, July 31, 2011

Rahsiakan pertunangan.. Hebahkan kematian..

'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'

Itulah yang sepatut dilakukan bagi Masyarakat Melayu yang mangamalkan ajaran Islam dan melaksanakan perintah Allah S.W.T. Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Namun hebahan pertunangan juga perlu diwawarkan terutamanya buat jiran-jiran sekeliling bagi mengelakkan umpak keji dan caci maki mereka. 

Cik Tom : Aku tengok Jona anak Pak Semait tu bukan main lagi dop keluar dengan budak jantan tu. Apa nama Shark eh? Perghh nama bukan main lagi. Takde apa-apa aku takut nanti kene gigit je.

Cik Kan : Aaah Cik Tom. Aku tengok juga. Ada mata katakan. Ishh. Pak Semait dan Mak Mah tak kawal ke hah? Apa punya Mak Bapak la. 

Cik Tom : Kalau aku jadi Mak Jona tu malu aku tau Cik Kan. 

Jiran-jiran tetangga nie kita tak tahu macam mana. Maklumlah semuanya manusia, mulut sendiri jaga dan sendiri tutup. Bila tak tahu cerita sebenar, jadi ikut sedap mulut mereka laa nak cakap apa pun kan. Kalau mulut tempayan, boleh juga tutup. Tapi kalau diwawarkan perihal pertunangan buat jiran-jiran pasti akan merubah persepsi mereka.

Cik Tom : Aku tengok Jona anak Pak Semait tu bukan main lagi dop keluar dengan budak jantan tu. Apa nama Shark eh? Perghh nama bukan main lagi. Takde apa-apa aku takut nanti kene gigit je.

Cik Kan : Aaah Cik Tom. Tapi mereka dan bertunang la. Katanya lepas raya nie nak langsung. Mereka keluar cari barang persiapan lah tu.

Cik Tom : Owh ya ke. Dah nak kahwin. Bagus la. Kalau aku jadi Mak Jona tu tentu aku suka sebab nak dapat menantu.

Tapi cukup la hanya wawarkan buat jiran-jiran. Tak payah nak wawarkan pada seluruh penduduk di dunia. Kalau lah pertunangan itu kekal hingga ke jinjang pelamin tak mengapa juga, tapi kalau tersangkut di pertengahan jalan. Mungkin akan menanggung malu. 

Dalam pertunangan nie banyak dugaannya. Kalau pandai menyelesaikan masalah dan dugaan pasti akan berjaya mengekalkan hingga ke jinjang pelamin. Tapi kalau tak dapat nak mengatasinya pasti akan putus walaupun alam pertunangan itu hanya sempat di kecapi selama dua bulan.

Itulah yang terjadi buat Khaitul Fahmi Che Mat [KFCM] dan tunangnya Aimie Harmelia. Berita putusnya pertunangan mereka terpampang jelas di dada akhbar Metro. Bagaikan pisang panas surat khabar Metro hari ini sehinggakan tak mencukupi sebabnya ramai berebut nak baca perihal mereka ini di samping cerita kematian Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz ataupun Aleesha Farhana.  Hebahkan kematian boleh, supaya orang ramai menghadiahkan Al-Fatihah buat si mati dan mendoakan yang terbaik buat si mati.


''Moga terputusnya pertunangan mereka tidak memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia''
''Moga kematian seseorang itu memberi iktibar kepada yang masih hidup''

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

8 comments:

shiema sufian said...

itulah org tua tua pesan, kalau bertunang jgn buat besar besaran.

ciQu said...

baiklah cikgu,
slamat berpuasa. =)

..hizamirahim.. said...

hurm.
dah takde jodoh kan.
nak buat mcm mane.
:)

Hans said...

apa2pun aku tetap sokong khairul fahmi dan tak salahkan dia dalam hal nih
:-)

p/s : Thanks Vote Hans :-)

asnizaziz said...

semuanya dah tersurat..mungkin ada hikmahnya..mane tau kan?ajal maut,jodoh semua di tangan Tuhan.

al-fatihah utk arwah asyraf.

AIZAMEV said...

setuju..!

Love hurt aeNnn said...

betulbetul.. :)

Nazz@Purple said...

kesian sebab ade pihak yang mengambil kesempatan membesar2kan lagi certa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails