Alhamdullilah. Dengan kurnian nafas yang engkau berikan kepada aku sehingga ke hari ini 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan, dapat laa aku menjalani ibadah puasa untuk kesekian kalinya. Tambahan pula pada hari yang cukup mulia ini juga genap laa sudah umur ku. Tak de berapa bulan, berapa hari tapi ianya hanya ada tahun.
Happy Bufday To Me
Moga di hari yang mulia ini, aku terus diberi peluang untuk meneruskan satu episod kehidupan yang penuh pancaroba dan dugaan yang silih berganti hadir. Juga moga aku diberi kesempatan untuk terus menjalani ibadah puasa dengan tabah dan sabar dan seterusnya meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga yang tercinta.
Setelah lima tahun berlalu, tahun ini aku diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa sebulan bersama keluarga. Juga menyambut ulang tahun kelahiran bersama-sama mereka. Begitu indah dan cantik percaturan yang engkau aturan dalam kehidupan aku.
Terima kasih buat teman-teman yang memberi ucapan tak kira melalui telefon, di FB, di Twitter juga di Blog Alya, sahabat aku. Tersangat sayu hati ini dengan ucapan yang korang berikan. Ada yang mendoakan kesejahteraan aku dan ada juga mendoakan kejayaan aku. Tak lupa ada juga yang mengucapkan Selamat Berpuasa. Hehe. Al-Maklum laa 1 Ogos = 1 Ramadhan.
10 comments:
HAPPY BELATED BUFFDAY & SELAMAT BERPUASE. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BERMAKNA DARI TAHUN SEBELUMNYA ^__^
happy birthday :)
semoga sukses selalu
excellence!
selamat ulang tahun kelahiran..semoga bertambah2 berkat umur..
Sanah helwah aidil millad said...^^
epi besday to u..
selamat berpose.. =)
singgah sini.
btw, epi belated bufday. :))
happy belated birthday..huhu..slmt puase juge :)
selamat tambah umur shera!wah sama serentak dgn Ramadhan!semoga diberkati olehNya!
HB dan salam Ramadhan
happy birthday awk. ^^
salam ramadhan. moga sentiasa di bawah lindungan Dia. =))
Post a Comment